Soalan Temuduga Pembantu Laut Gred A19

contoh soalan temuduga Pembantu Laut A19

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Laut Gred A19 ; Tgh cari rujukan Contoh Soalan Pembantu Laut Gred A19? Teruskan bacaan jika ya adalah jawapan anda.

Kepada yang dipanggil menduduki peperiksaan Pembantu Laut pada 13 November 2019 (Rabu) ni, baca Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut ni untuk rujukan anda.

Jawatan kosong Pembantu Laut Gred A19

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Laut Gred A19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA8 di Portal SPA8i. Permohonan jawatan Pembantu Laut Gred A19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Untuk info, gred asal Pembantu Laut adalah A17, kini telah dinaiktaraf kepada A19. Kenaikan gred ini disertakan dengan penambahbaikan struktur gaji. Alhamdulillah..

Penjadualan temuduga Pembantu Laut Gred A19

SPA sekali lagi mengeluarkan panggilan temuduga untuk calon-calon yang akan berpeluang menjawat kekosongan jawatan sebagai Pembantu Laut Gred A19.

Temuduga Pembantu Laut Sabah dijadualkan pada 04 November 2019 - 07 November 2019.

Temuduga Pembantu Laut Semenanjung pula dijadualkan pada 04 November 2019 - 14 November 2019.

Statistik pengambilan Pembantu Laut Gred A19

Menurut statistik daripada pihak SPA, bilangan permohonan yang diterima kali ini adalah seramai 6 017 orang. Bilangan calon yang layak temuduga adalah serami 607 orang.

Jumlah kekosongan untuk jawatan Pembantu Laut Gred A19 cuma sebanyak 49 tempat sahaja.

Jangan lupa untuk selalu semak dan kemaskini SPA8i anda.

Jadi persaingan untuk mendapatkan jawatan ini adalah tinggi dan memerlukan seseorang calon bersedia dengan sepenuhnya.

Kami di Blog Tips Kerjaya tidak ketinggalan berkongsi panduan dan petua menghadapi sesi temuduga untuk jawatan Pembantu Laut Gred A19 ini.

Diharapkan ianya bermanfaat kepada para pembaca kami. Sebelum itu, mari kita lihat syarat lantikan dan gaji untuk jawatan ini.

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Laut A19

Anda hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih; dan

Memiliki kelayakan :

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • (Gaji awal bermula pada Gred A19 iaitu RM1,362.00); atau

Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
  • (Gaji awal bermula pada Gred A19 iaitu RM1,362.00); atau

Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages.
  • (Gaji awal bermula pada Gred A19 iaitu RM1,420.12); atau

Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages.
  • (Gaji awal bermula pada Gred A19 iaitu RM1,420.12); atau

Jika dipanggil ke exam, baca dahulu cara-cara menduduki peperiksaan online SPA

Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages.
  • (Gaji awal bermula pada Gred A19 iaitu RM1,478.24); atau

Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages.
  • (Gaji awal bermula pada Gred A19 iaitu RM1,536.36).

Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Jadual gaji Pembantu Laut Gred A19

Berikut jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Laut Gred A19;

Gaji minimum - RM1,362.00
Gaji maksimum - RM4,034.00
KGT - RM100.00

*Di samping lain-lain elaun dan imbuhan yang layak diterima.

Tips menghadapi temuduga Pembantu Laut Gred A19:


Anda hendaklah mengetahui bidang tugas sebagai seorang Pembantu Laut Gred A19.

Aspek Kewangan dan Personel

  1. Melaksanakan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan;
  2. Melaksanakan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan;
  3. Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat;
  4. Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor; dan
  5. Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan.

Aspek Industri (Perkapalan)

  1. Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot;
  2. Menyediakan dokumen dalam pengurusan dan penyelarasan siasatan untuk tujuan pendakwaan kes-kes marin;
  3. Menyediakan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun; dan
  4. Menyediakan rekod, perangkaan dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen.

Aspek Keselamatan Pelayaran

  1. Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran beroperasi mengikut garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA);
  2. Membantu dalam urusan yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin;
  3. Membantu dalam aktiviti penerimaan bangkai kapal dan salvaj; dan
  4. Membantu mengumpul maklumat untuk penerbitan buku air pasang surut.

Aspek Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan

  1. Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut;
  2. Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot;
  3. Bertanggungjawab dalam senggaraan dan inventori aset dan jeti jabatan;
  4. Melaksana urusan pentadbiran pejabat pelabuhan; dan
  5. Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala.

Aspek Penyelidikan dan Pembangunan (Latihan dan Infrastruktur)

  1. Membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika); kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan;
  2. Membantu mempromosi program latihan melalui media cetak dan elektronik;
  3. Membantu dalam penyediaan penilaian dan analisis program latihan; dan
  4. Membantu dalam penyediaan dokumentasi program latihan dan penyelidikan.


Anda juga harus tahu dimanakah anda akan ditempatkan kelak.

Sama ada di Jabatan Taman Laut Malaysia atau Marine Malaysia (Jabatan Laut Malaysia). Kenapa?

Soalan temuduga akan berkisar mengenai tempat dimana anda ditugaskan kelak. Untuk sesi November ini, SPA membuat pengambilan untuk Jabatan Marine.

Dimana mencari maklumat tambahan mengenai Jabatan Taman Laut Malaysia?


Dapatkan maklumat mengenai carta organisasi, info Taman Laut, profail jabatan dan lain-lain perkara penting di laman rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia.

Dimana mencari maklumat tambahan mengenai Marine Malaysia (Jabatan Laut Malaysia)?


Dapatkan maklumat mengenai carta organisasi, info jabatan marine, profail jabatan dan lain-lain perkara penting di laman rasmi Jabatan Laut Malaysia.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Laut Gred A19

  1. Introduce yourself please.
  2. Keja mana sekarang?
  3. Apa beza marine dengan maritim?
  4. Kenapa kapal perlu didaftarkan?
  5. Boleh beri situasi dimana kapal perlu didaftarkan semula walau dah daftar sebelum ni.
  6. Tatacara pendaftaran kapal. Sila jelaskan.
  7. Awak rasa Jabatan Laut Malaysia bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pengerukan di jeti terminal penumpang ke tak?
  8. Pernah dengar sistem Ship Clearance System (SCS)?
  9. Apakah fungsi utama Perkhidmatan Trafik Maritim?
  10. Berikan 3 jenis kapal yang perlu mematuhi keperluan STRAITREP?
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Laut Gred A19 di atas ni hanya bertujuan sebagai rujukan sahaja. Sudah tentu, lain calon maka lain pula soalan yang diajukan.

Rujukan temuduga Pembantu Laut Gred A19

Anda juga mesti memiliki panduan menghadapi sesi temuduga kerja kerajaan di bawah.

Ia mengandungi berpuluh-puluh skema jawapan kepada soalan-soalan lazim yang sering ditanyakan di dalam temuduga sektor awam.

Menerangkan etika berpakaian yang betul, mejelaskan personaliti dan pembawaan diri yang sesuai dan juga kisah-kisah benar mereka yang pernah menduduki dan lulus sesi temuduga di sektor kerajaan.

Paling menguntungkan, beli sekali saja tetapi anda boleh pakai lagi dan lagi ilmu di dalam panduan ini untuk sesi-sesi temuduga lain yang anda akan duduki pada masa akan datang.

Contoh soalan temuduga Pembantu Laut A19



Diharapkan 4 panduan menghadapai sesi temuduga Pembantu Laut Gred A19 ini memberikan sedikit manfaat kepada anda.

Kejayaan anda adalah tanda kebanggaan dan keberkesanan blog kami. Selamat menghadapai sesi temuduga dan semoga berjaya.


Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!