Soalan Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Soalan Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Contoh soalan temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19; Masih tercari-cari rujukan soalan temuduga untuk menduduki temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 JKM? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 secara rasmi di sektor awam, pendaftaran boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA8 di Portal SPA8i. Pendaftaran adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL TEMU DUGA

================

PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19 DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA SERTA DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN

(Tarikh Temu Duga : 20 Oktober 2019 - 25 Oktober 2019)

Pautan Alternatif:
----------------------------
Portal SPA :
----------------------------

Panduan Temu Duga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19


Anda dipanggil ke peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29? Sila baca Rujukan Peperiksaan Online PSEE S29.

Awal kalam, kami mengucapkan tahniah andai anda dipanggil ke temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19. Bukan mudah untuk terpanggil daripada ribuan calon yang lain.

Dalam artikel ini, anda boleh lihat contoh soalan temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19.

Perkongsian ini merupakan hasil daripada maklum balas yang kami terima daripada calon-calon lepas dan juga daripada beberapa siri temuduga yang kami terlibat secara tidak langsung yang lain.

Info : Gred asal perjawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat ialah S17. Telah ditambahbaik dan kini dinaikan kepada S19.

Unjuran pengambilan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Untuk maklumat pengambilan 2019, kami masih belum  mendapat informasi rasmi. Unjuran yang kami perolehi sudah agak lama. Namun, masih boleh digunakan untuk memberi gambaran.

Statistik berkaitan pengambilan jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 pada Tahun 2014 adalah seperti berikut:

  •  Jumlah permohonan: 301,517 orang
  •  Jumlah dipanggil temuduga: 2,521 orang
  •  Jumlah kekosongan jawatan: 22 orang

Sebelum itu, jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawa kami adalah sebuah blog kerjaya yang menerbitkan jawatan-jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh negara, di samping berkongsi tips kerjaya misalnya panduan soalan temuduga jawatan yang sedang anda tatap ini.


Oleh itu, kami kuat mencadangkan kepada anda agar mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di atas supaya anda tidak ketinggalan setiap kali ada update terkini.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner




Kadar Gaji Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Sebagai info, sifir gaji bagi skim S19 ini adalah :

  • Gaji minimum - RM1,352.00
  • Gaji maksimum - RM4,003.00
  • KGT - RM100.00

*Di samping elaun dan imbuhan yang seorang penjawat jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 layak terima.

Pengambilan Pembantu Pembangunan Masyarakat di JKM

Untuk pengetahuan anda, Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 adalah suatu jawatan yang tidak ditentukan secara spesifik dimanakah kelak anda ditugaskan sekiranya lulus temuduga ini.

Walaubagaimanapun, untuk temuduga yang akan dikendalikan SPA pada bulan Oktober ini, calon yang berjaya akan ditugaskan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jadi nasihat kami, sila jangan abaikan maklumat dan info yang boleh diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia misalnya TASKA, PSK, perkhidmatan pemulihan akhlak, perkhidmatan anak pelihara, Rumah Seri Kenangan, Rumah Ehsan, Desa Bina Diri, kes keganasan rumahtangga, penderaan kanak-knanak, operasi menyelamat pengemis dan lain-lain..

Pengambilan Pembantu Pembangunan Masyarakat di KEMAS

Selain di atas, SPA juga membuat pengambilan Pembantu Pembangunan Masyarakat untuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Seperti yang anda sedia maklumi, KEMAS merupakan jabatan yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Jangan lupa layari portal rasmi KEMAS untuk mendapatkan informasi mutakhir mengenai mereka.

Kemungkinan adalah amat tinggi bagi soalan temuduga berkaitan jabatan-jabatan ini dan perkhidmatan di bawahnya akan diajukan.

10 Tips Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Pada post kali ini, kami akan kongsikan 10 tips sebagai panduan temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

01. Tahukah anda apakah diskripsi tugas seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat S19?


" Bidang tugas seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 ialah membantu dan bertanggungjawab dalam segala urusan bagi pemulihan kanak-kanak cacat, perkhidmatan pemulihan akhlak dan lain-lain. "

" Di samping itu memberi khidmat nasihat kepada Pertubuhan Sukarela seperti Pusat Harian Kanak-kanak Terencat Akal, Rumah Orang-orang Tua dan Asrama Anak Yatim. "

Skop kerja Pembantu Pembangunan Masyarakat S19


Selain itu juga, sebagai seorang bakal Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19, perkara-perkara di bawah harus anda ambil tahu kerana ia akan mencerminkan kompetensi fungsional anda yang baik dan mantap.


a) Pengendalian Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga


  • Institusi Kanak-Kanak

Skim bantuan berkaitan, contoh: Bantuan Sekolah, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Cermin Mata, Bantuan Am Negeri

b) Pengendalian Perkhidmatan Warga Tua dan Orang Papa



  • Keperluan dan penjagaan warga tua
  • Institusi warga tua
  • Institusi Pemulihan Pengemis
  • Kaedah dan Peraturan berkaitan
  • Pusat Jagaan Harian Warga Tua


Skim bantuan berkaitan, Contoh: Bantuan Orang Tua, Bantuan Cermin Mata, Geran Pelancaran, Bantuan Am Negeri, Komitmen Antarabangsa

c) Pengendalian Perkhidmatan Orang Kurang Upaya



  • Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
  • Insentif-insentif OKU
  • Pendaftaran OKU
  • Institusi OKU

Skim bantuan berkaitan, Contoh: Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Alat Otopedik/ Alat tiruan, Bantuan Cermin Mata, Geran Pelancaran, Bantuan Am Negeri

d) Pengendalian Program Pembangunan Komuniti


  • Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (PPKK)
  • Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah / Bahagian (JKKD)
  • Briged Kebajikan Perdana
  • Pengurusan NGO
  • Lembaga Pelawat Institusi
  • Geran Pelancaran
  • Pengurusan Bencana

02. Ketahui di jabatan manakah anda akan ditugaskan nanti.


Biasanya di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Perlis, di Sabah dan pastinya di Sarawak.

Tapi seperti yang dinyatakan di atas, untuk sesi kali ini calon akan ditugaskan di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

03. Dimanakah mencari maklumat terkini berkaitan struktur organisasi, kempen dan aktiviti-aktiviti terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia?


Calon boleh mendapatkan maklumat tersebut dengan melayari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jangan lupa, untuk selalu menyemak dan mengemaskini permohonan SPA8i

04. Apakah dua contoh soalan temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 yang paling lazim diajukan kepada calon temuduga untuk kerja kerajaan?


Biasanya dua soalan yang paling lazim ditanya kepada calon adalah:

a. Calon diminta memperkenalkan diri, dan;

Tips - memperkenalkan diri dengan memastikannya ringkas, padat dan menyeluruh.

b. Alasan kenapa calon memohon jawatan sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat.

Tips - bagi sebab memohon pula, gunakan kreativiti anda tetapi jangan lupa menyatakan bahawa jawatan ini merupakan peluang untuk anda memberi sumbangan dan berbakti kepada negara.

Dua soalan ini merupakan peluang terbaik untuk mempamerkan kesesuaian diri anda dengan jawatan ini.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 berkaitan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


(Untuk makluman, selain Jabatan Kebajikan Masyarakat, SPA juga sering membuat pengambilan jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

05. Seterusnya, sila sediakan jawapan untuk contoh soalan berkaitan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti di bawah:

a) Siapakah menteri yang menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tersebut ketika ini?

b) Namakan timbalan kepada beliau?

c) Sebutkan motto Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan apakah warna rasmi bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat?

d) Sila sebutkan agensi-agensi yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

e) Apakah objektif penubuhan Jabatan Pembangunan Wanita?

f) Sebutkan lima dasar teratas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

g) Apa pula akta-akta yang berkaitan dengan kementerian ini yang anda tahu?

h) Apa yang awak faham tentang Kempen Sunshine dan apakah objektif utamanya?

Tips tambahan: Jangan hadkan diri anda dengan mencari maklumat setakat untuk mendapatkan jawapan bagi soalan (a)-(h) di atas saja. Luaskan bacaan dan rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang punya pengalaman ditemuduga untuk jawatan ini.


06.  Penguasaan Bahasa Inggeris

Satu lagi yang turut amat penting dititikberatkan ialah daya usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Anda harus bersedia ditemuduga dalam Bahasa Inggeris untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 ini.

Anda pun tahu peraturannya,

'penemuduga tanya dalam Bahasa Melayu jawab dalam BM yang amat baik'

'penemuduga tanya dalam Bahasa Inggeris jawab dalam BI yang fasih'.

07. Pengetahuan Am

Kerap kali, panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda atau mungkin cuma sekadar untuk berbual kosong tetapi dengan tujuan tertentu.

Macamana kalau perkara pertama yang keluar daripada mulut panel selepas anda duduk ialah - 'JDT Vs Kelantan semalam, berapa skor ya?'

Apa nak jawab kalau tak tahu. Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am termasuklah:


  1. Isu politik semasa
  2. Perkembangan sukan semasa
  3. Isu sosial hangat semasa

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 yang popular


Berikut merupakan antara koleksi soalan temuduga popular yang biasa ditanya semasa temuduga. Anda harus ingat bahawa koleksi soalan ini hanyalah sebagai panduan sahaja.


  1. Siapakah yang layak menjadi penerima Bantuan Pesakit/OKU Terlantar (BPT) dan berapakah jumlah bantuan yang layak diterima?
  2. Apakah sekolah selamat yang dinyatakan di dalam Akta Kanak-Kanak 2001?
  3. Berapa kategori OKU dan apakah tujuan pendaftaran OKU dibuat?
  4. Apa yang anda faham mengenai etika pekerja sosial?
  5. Apakah prosedur menangani kes-kes bencana?
  6. Apa sumbangan anda terhadap masyarakat?
  7. Apa yang anda faham tentang konsep pembangunan dan konsep masyarakat?
  8. Jelaskan peranan anda sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat.
  9. Apa perkdimatan yang disediakan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
  10. Berapa peratuskah Penjawat Awam yang ditangkap kerana terlibat dengan rasuah pada bulan Jun 2018?
  11. Apakah komen anda tentang larangan kepada Penjawat Awam untuk menyertai Skim Cepat Kaya?
  12. Apakah tujuan penubuhan Unit Integriti?
  13. Terangkan apa itu My Integrity Assesment (MyIA).


08. Rujukan khas persiapan temuduga

Anda amat disarankan untuk mendapatkan panduan utama menghadapi sesi temuduga kerja sektor kerajaan di bawah.

contoh soalan temuduga pembantu pembangunan masyarakat s19


Dalam rujukan ini anda akan dapat melihat dan mengetahui apa sebenar-benarnya yang dinilai oleh para panel penemuduga. Sudah pasti bukan semata-mata kelayakan akademik yang cemerlang!

Alhamdulillah. Ramai yang sudah berjaya mendapat kerja dengan kerajaan hasil daripada infomasi di dalam rujukan ini. Anda boleh lihat sendiri melalui banyak testimoni yang ada di sana.

Boleh digunakan apabila anda perlu menduduki sesi temuduga lain pada peluang akan datang pula.

09. Apakah akta-akta yang berkait rapat dengan tugas saya sebagai seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 nanti?


Manalah tahu kalau-kalau anda rajin mencari dan membaca akta-akta tersebut.

Berikut adalah akta yang amat berkait rapat dengan bidang tugas seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat S19:

  1. Akta Kanak-Kanak 2001
  2. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
  3. Akta Pusat Jagaan 1993
  4. Akta Orang Papa 1977
  5. Akta Orang Kurang Upaya
  6. Akta TASKA 1984
  7. Akta Pengangkatan 1952
  8. Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  9. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994


10. Apakah pula dasar-dasar negara atau pelan tindakan kerajaan atau hasil konvensyen yang sesuai saya baca bagi meluaskan lagi pengetahuan saya?


  1. Dasar Kebajikan Masyarakat Negara
  2. Dasar Warga Tua Negara
  3. Dasar Sosial Negara
  4. Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara
  5. Pelan Tindakan Kanak-Kanak Negara
  6. Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak
  7. Dekad Orang Kurang Upaya Asia Pasifik 1993-2002
  8. Biwako Millennium Framework of Action 2003 – 2012


Adalah menjadi harapan kami agar sedikit panduan yang kami kongsikan ini membantu persediaan anda menjadi lebih lengkap sebelum hadir ke sesi temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 itu nanti.

Semoga berjaya!

Semakan Keputusan Peperiksaan Online (PSEE) Pembantu Pembangunan Masyarakat S19


Bagi mereka yang telah dipanggil dan telah menduduki Peperiksaan Online (PSEE) memasuki perkhidmatan awam bagi jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 untuk ambilan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Semakan keputusan Exam Online (PSEE) tersebut boleh dibuat menerusi pautan di bawah :


Kepada yang berjaya, tahniah kami ucapkan. Jadi fokus anda kini adalah kepada sesi temuduga pula.

Jangan lupa, baca semula tips temuduga yang kami sediakan di atas kalau dah mula tak ingat.


Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner


6 comments:

  1. Terima kasih atas panduan di atas. Moga diberi kebaikan yang tidak putus atas kebaikan yg diberikan.

    ReplyDelete
  2. sekiranya pembantu pembangunan masyarakat di jabatan pertanian, apakah tugas-tugasnya?

    ReplyDelete
  3. Bulan 1 saya dapat temuduga bgi jawatan ni. Dan result dah keluar berjaya temuduga, masa interview dia tnya tugas sya sbgai pembantu tadbir PSH smasa bkhidmat dan apa yg kita thu mgenai jabatan mreka. Dan salah ssorg pgawai bagi sya satu soalan minda dh sya lepas mjawapnya. Senang cerita kalu nk jawatan ni, amat sesuai jika calon ada mlibatkan diri dlm sukarelawan. Mcm sya ahli anggota RELA atau mna2 bdn NGO. Yang penting tenang mjawap. Tuan tu jga tanya sya ktua jbatan dan menteri. Kalau diikutkan sgala tmuduga tu tk lah rumit. Mcm sembang kosong. Saya fikir susah tpi biasa2.. Yg penting kita kna lah prepare dgn sgala kemungkinan. Dan byk kan berdoa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,ade ade kena kursus ke mana² ke kalau dpt

      Delete
  4. Thank you very much indeed for the tips and information above. 😊

    ReplyDelete
  5. Bagaimana mahu membuat semakan ke atas permohonan Separa Latihan

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!