Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29

Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29

Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29; Masih tercari-cari rujukan Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Permohonan jawatan kosong Penolong Juruaudit W29

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Juruaudit W29 secara rasmi di sektor awam, pendaftaran boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA8 di Portal SPA8i. Pendaftaran jawatan Penolong Juruaudit W29 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Tempoh sahlaku permohonan jawatan kosong Penolong Juruaudit W29 bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Semakan penjadualan temuduga Penolong Juruaudit W29

SPA sudah mengeluarkan jadual temuduga bagi jawatan Penolong Juruaudit W29. Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut :


Tarikh temuduga : 17 November 2019 - 29 November 2019

Statistik Pengambilan Penolong Juruaudit W29

Pada tahun 2012, seramai 11 532 calon telah mengemukakan permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Juruaudit W29.

Daripada jumlah permohonan tersebut, seramai 552 orang amat bertuah dipanggil ke sesi temuduga yang dianjurkan oleh pihak SPA.

Jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawa kami adalah sebuah blog kerjaya yang menerbitkan jawatan-jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh negara, di samping berkongsi tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda tatap ini.

Wajib baca : 6 jawapan Paling Padu dalam temuduga

Oleh itu, kami kuat mencadangkan kepada anda agar mendaftarkan emel di ruangan yang disediakan di bawah supaya anda tidak ketinggalan setiap kali ada update terkini.

Menurut data yang dikeluarkan oleh pihak SPA sendiri, jumlah kekosongan jawatan Penolong Juruaudit Gred W29 yang ada hanyalah sebanyak 41 tempat sahaja (data 2012). Ini memang suatu berita yang membimbangkan terutamanya kepada para calon dipanggil temuduga Penolong Juruaudit W29.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner




Disebabkan persaingan sengit itu, kami di Blog Tips Kerjaya mengambil langkah membantu dengan berkongsikan tips temuduga Penolong Juruaudit W29 di bawah.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29 (berkaitan skop tugas)

1. Anda sudah tahu diskripsi tugas seorang Penolong Juruaudit W29? Kalau belum, baca di bawah..

- Penolong Juruaudit W29 adalah bertanggungjawab menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

Baca juga: Panduan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19

Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29 (berkaitan kementeran / jabatan)

2. Ketahui di jabatan manakah anda akan ditugaskan kelak.

- Jabatan Audit Negara.


3. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat Jabatan Audit Negara daripada laman rasminya.



4. Pengetahuan am tentang Jabatan Audit Negara dan perundangan audit anda mestilah mantap.

- Jadi hafal nama menteri, pembantu menteri, pengarah dan lain-lain jawatan utama di Jabatan Audit Negara. Misi dan visi pun jangan lupa.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29 (jenis teknikal)

5. Sebagai seorang Penolong Juruaudit Gred W29, mahu atau tidak, anda sewajarnya faham dan megetahui akan Asas Pengurusan Kewangan seperti:

  1. Pengurusan akaun awam (penerimaan, panjar wang runcit dan bayaran).
  2. Perolehan kerajaan (bekalan, perkhidmatan dan kerja)
  3. Pengurusan aset (inventori, tatacara hapus kira dan tatacara pelupusan aset)
  4. Pengurusan stor (verifikasi stok dan pemeriksaan stor)
6. Paling penting, seorang Juruaudit tidak lari daripada memperkatakan tentang Asas Pengauditan, ini termasuklah:

- Pengenalan Audit Dalam
a. Sejarah perkembangan
b. Fungsi dan peranan audit

- Teknik Asas dan Pendekatan Audit
a. Objektif Audit
b. Bidang tugas dan tatacara audit

- Peranan Audit Dalam dan Luar
a. Perbezaan peranan dan fungsí

Penting: 44 fakor gagal dalam temuduga. Elakkan semuanya!

- Sistem Kawalan Dalaman bagi Perakaunan Manual dan Berkomputer
a. Asas dan konsep Sistem Kawalan Dalaman
b. Fungsi kawalan dalaman
c. Perbezaan antara perakaunan secara manual dan komputer

- Kaedah-Kaedah Pengauditan
a. Jenis-jenis pengauditan
b. Kaedah pengauditan

- Pengurusan Stor Kerajaan
- Pengurusan Fail dan Rekod (Jenis-jenis fail dan rekod)
- Penyediaan Kertas Kerja dan Laporan Audit
- Pengauditan Berkomputer
- Temuramah Audit

Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29 (yang popular)

  1. Ok.. ceritakan serba sedikit tentang diri awak.
  2. Semasa belajar, ada terima sebarang biasiswa atau pinjaman?
  3. Kenapa awak nak join government?
  4. Apakah yang awak tahu tentang tugas Penolong Juruaudit?
  5. Tahu tentang audit report?
  6. Berapa jenis audit report yang ada?
  7. Apa jabatan yang memerlukan laporan audit ye?
  8. Mengapa mereka memerlukannya?
  9. Katakanlah laporan audit silap. So apa jadi?
Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29 di atas ni hanyalah sebagai rujukan sahaja. Mungkin dapat yang sama dan mungkin juga dapat soalan lain.

Tapi elok sangat kalau dapat siapkan jawapan awal-awal. Jadi persediaan tu lebih baik.

Rujukan Temuduga Penolong Juruaudit W29

7. Tips terakhir untuk temuduga ini, suka kami mencadangkan agar anda mendapatkan segera panduan menghadapi sesi temuduga kerja sektor kerajaan di bawah.

Bagi yang pertama kali menduduki sesi temuduga Penolong Juruaudit W29, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.

Anda patut dan mesti miliki panduan menduduki temuduga di bawah.

Rujukan ni amat sesuai dimanfaatkan calon-calon temuduga Penolong Juruaudit W29 dan boleh digunapakai untuk semua jenis jawatan ambilan kerajaan yang dipohon.

Dapatkan secepatnya. Ia sebuah pakej lengkap. Mengandungi banyak topik mustahak untuk seorang calon temuduga Penolong Juruaudit W29.

contoh soalan temuduga Penolong Juruaudit W29


Ini kerana komponen sahsiah, persoanliti dan perwatakan calon amat mempengaruhi faktor pemilihan oleh penemuduga. Panduan ini menerangkan dengan amat teliti aspek-aspek ini.

Semoga berjaya!



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner



14 comments:

  1. terima kasih untuk tips. saya salah seorang antara 552 calon yang dipanggil untuk temuduga.

    ReplyDelete
  2. same with me...kat mn kamu temuduga?

    ReplyDelete
  3. gud luck buat kamu berdua..
    jgn gentar..buat sehabis baik..
    iallah rezeki berpihak pada kita..
    - dr meja penolong juruaudit.. ;)

    ReplyDelete
  4. hanya sminggu lg result intrvw bakal keluar..nervousnya

    ReplyDelete
  5. 4hb ritu staff SPA ada call sy bertnya sy kerja atau x skrg n beberapa soalan lg... Sy tnya camner ngan result dia jwb sedang bt semakan terakhir... Hopefully ada rezki InsyaAllah...

    ReplyDelete
  6. Result postpone 20hb la plk..... suspense jer huuu.....

    ReplyDelete
  7. tertanya2 tentang penempatan samaada di tempatkan di HQ or cawangan, any info???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. same with me...hopefully putrajaya i will be there..

      Delete
  8. alhamdulilah saya berjaya ..ada sesiapa lg yg berjaya selamat bertemu nanti..plz contact me [email protected]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah. Tahniah Epy. Kami turut berbangga dan gembira di atas kejayaan anda.. :)

      Delete
  9. Salam .. semo sya akan mendudkim ujian tersebut pada 17 May 2013 ni .. doakan saya berjaya .. tips ini sungguh bermakna

    ReplyDelete
  10. nak tanya lah kalo sy sdg blaja n x bekerje tp sy pg interview ni.agak2 die reject x saya

    ReplyDelete
  11. boleh saya tahu soalan untuk exam kemasukkan penolong juruaudit

    ReplyDelete
  12. salam.sape yg pernah pergi exam penolong juruaudit,sedikit tunjuk ajar.tq

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!