14 Tanda Konflik Di Tempat Kerja

Tanda Konflik Di Tempat Kerja

14 Tanda Konflik Di Tempat Kerja

Konflik sering berlaku di tempat kerja. Hal ini perlu ditangani dengan bijaksana agar tidak menjejaskan prestasi dan pengeluaran syarikat.

Sebagai majikan atau sebagai rakan sekerja, sila perhatikan dan ambil langkah pencegahan atau baikpulih dengan kadar segera.
Baca : Hak-hak pekerja yang diberhentikan
Berikut adalah 14 tanda yang boleh diperhatikan yang menunjukkan kewujudan konflik di tempat kerja anda.

01. Sikap tidak bekerjasama
02. Percanggahan personaliti
03. Perbezaan matlamat
04. Matlamat yang tidak cukup penjelasannya
05. Kemahiran berbincang secara terbuka
06. Rendah kemahiran mendengar
07. Penggunaan bahasa yang rendah
08. Peranan yang bersesuaian
09. Mengabai perintah
10. Kurang keterbukaan
11. Kurang kerjasama
12. Perbezaan pendapat tentang cara kerja
13. Kekaburan kawasan tanggungjawab persendirian
14. Kekurangan maklumat berguna
Baca juga : Kenaikan pangkat secara time-based sektor awam
Antara punca konflik secara umumnya adalah :


  • Keperluan
  • persepsi
  • kuasa
  • nilai
  • perasaan dan emosi


Sebagai peringatan bersama, jika kerana tanda konflik di tempat kerja anda sudah kelihatan. Suka kami mengingatkan mengenai beberapa perkara yang boleh mencetuskan konflik di tempat kerja seperti yang dijelaskan secara ringkas di bawah agar anda boleh mencari cara segera menyelesaikannya.
Baca seterusnya : faedah dan imbuhan kerja sebagai penjawat awam

Punca konflik di tempat kerja

perebutan sumber

Dalam sesebuah organisasi seperti syarikat atau pejabat atau jabatan atau agensi, persaingan sumber yang terhad akan mterjadi. Misalnya merebut peluang untuk jawatan, kewangan, keperluan pejabat untuk memenuhi keperluan masing-masing.

persandaran tugas

Seterusnya, persandaran tugas yang memelukan kerjasama di antara dua atau lebih pihak untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau amanah. Ketidaksefahaman dalam komunikasi misalnya akan menjadikan hasil kerja tidak  efektif dan kurang bermutu.

ketidakjelasan tugas dan tanggungjawab

Satu lagi yang ingin kami ingatkan kepada ketua jabatan atau majikan, mengenai ketidakjelasan tanggungjawab dan kuasa.  Apabila orang bawahan atau pekerja tidak jelas atau samar dengan kerjanya dan mengharapkan orang lain menyelesaikan tugasan tersebut. Ini biasanya walaupun tidak semestinya didorong oleh penyalahgunaan kuasa orang atasan yang mengamalkan pilih kasih dan ini juga akan mencetuskan konflik di tempat kerja.
Lebih lanjut, anda boleh baca tulisan awal kami mengenai 3 konflik di tempat kerja.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!