Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) W19

contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) W19


Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 ; Tgh cari rujukan Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) W19? Teruskan bacaan jika ya adalah jawapan anda.

Jawatan kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) W19

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA8 di Portal SPA8i. Permohonan jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Baca tambahan : Jika anda dipanggil ke peperiksaan online (PSEE) Pembantu Tadbir Kewangan W19 (Semenanjung) untuk ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 22 November 2019 ini. Dapatkan Pakej Rujukan Exam PT Kewangan Gred W19 atau baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 ini.

Sebelum kita ke panduan temuduga jawatan ini, kita lihat dahulu sepitas lalu syarat lantikan, jadual gai dan senarai tugas seorang Pembantu Tadbir (Kewangan).

Sebagai info, gred jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan)  telah dinaikkan ke W19 berbanding sebelum ini di gred W17.

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19

Anda hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih; dan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Juga Kepujian dalam mata pelajaran Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
  • (Gaji awal bermula pada Gred W19 iaitu RM1,353.00); atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Juga Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira).
  • (Gaji awal bermula pada Gred W19 iaitu RM1,409.40); atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan.
  • (Gaji awal bermula pada Gred W19 iaitu RM1,409.40); atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan).
  • (Gaji awal bermula pada Gred W19 iaitu RM1,465.80).

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan.
  • (Gaji awal bermula pada Gred W19 iaitu RM1,465.80).

Memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Jadual gaji Pembantu Tadbir (Kewangan)

Berikut jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Tadbir (Kewangan);

Gaji minimum - RM1,362.00
Gaji maksimum - RM4,034.00
KGT - RM100.00

Di samping elaun-elaun dan imbuhan lain yang layak diterima.

Senarai tugas Pembantu Tadbir Kewangan W19

Berikut adalah skop kerja atau tugas-tugas seorang Pembantu Tadbir Kewangan di sektor perkhidmatan awam.
  • Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan menolong pihak pengurusan atau penyelia dalam kerja-kerja seperti berikut:

  • Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.

  • Mengurus serta mengawal peruntukan.

  • Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.

  • Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.

  • Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berkaitan dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

Panduan Temu duga Pembantu Tadbir (Kewangan) W19

Pada kali ini, tibalah giliran untuk kami kongsikan panduan temuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19.

Pertama sekali, anda sebagai calon harus mempunyai idea tentang kadar persaingan bagi jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19. Kenapa ianya penting?

Pengetahuan kadar persaingan ini akan memberikan anda idea tentang berapa banyak usaha dan tenaga yang harus dicurahkan bagi mempersiapkan diri.

Jangan lupa, untuk selalu menyemak dan mengemaskini permohonan SPA8i.

Usaha dan tenaga yang bagaimana? Ini bergantung kepada berapa banyak pesaing anda.

Sekiranya tinggi, itu bermakna anda harus melengkapkan diri seteliti mungkin bermula daripada penyediaan resume yang menarik dan lengkap, asas temuduga perjawatan awam, pengetahuan khas berkenaan bidang tugas jawatan yang dipohon dan juga kemahiran menggunakan bahasa Inggeris.

Oh.. ya, sebelum itu, andai anda baru first time sampai ke sini, ketahuilah bahawa kami adalah sebuah blog kerjaya yang berkongsikan pelbagai iklan kerja kosong terkini sekerap mungkin.

Di samping pelbagai tips dan panduan kerjaya misalnya atrikel yang sedang anda teliti ini. Oleh itu, kami kuat mencadangkan kepada anda agar mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di bawah agar anda langsung tidak ketinggalan update-update terbaru.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner



Statistik pengambilan jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan)

Jadi kita mula dengan statistik pengambilan jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 yang diambil daripada portal rasmi SPA.

Jumlah permohonan yang diterima untuk mendapatkan jawatan ini adalah sebanyak 36 307, sementara calon yang terpilih untuk menjalani sesi temuduga adalah seramai 4 161 orang sahaja.

Kalau berdasarkan jumlah kekosongan jawatan yang ada setakat ini yakni 220 tempat maka peratus peluang lulus setiap calon cuma setinggi 5.28% sahaja!


Ini adalah peratus peluang lulus yang amat rendah. Kadar yang baik adalah sekitar 30.00% (pada masa kini) dan ini tentulah bermakna usaha lebih mesti diambil untuk meningkatkan peluang anda lulus.

Inisiatif perkongsian panduan temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 kami di bawah diharapkan meninggikan sekurang-kurangnya lagi 5% - 10% kadar peluang lulus anda. InsyaAllah.

Penyediaan resume yang menarik dan lengkap

Biasanya, sesi temuduga memerlukan calon untuk menghantarkan resume bersama dengan dokumen asal dan salinan bagi kad pengenalan dan sijil-sijil akademik yang lain.

Resume menjadi perkara wajib untuk setiap temuduga kerja sektor swasta mahupun awam.


Untuk lebih pasti tentang keperluan penyediaan resume ini, sila berhubung dengan pihak SPA melalui talian telefon yang disertakan di dalam surat / emel panggilan temuduga anda.

Sekiranya ia memang diperlukan, resume yang disediakan hendaklah dalam format yang betul dan mencakupi keseluruhan keperluan yang dikehendaki.

Untuk merujuk cara menulis resume yang betul, kami galakkan anda membaca Panduan Menulis Resume Diri Komprehensif.

Asas temuduga perjawatan awam

Berita baik yang anda perlu ketahui mengenai sesi temuduga adalah terdapat bahagian-bahagian wajib di dalam temuduga yang jarang berubah dan stereotaip dalam di antara satu temuduga dengan temuduga yang lain.

Jadi bahagian ini memang mudah untuk diskor sekiranya diketahui oleh para calon.

Bahkan inilah salah satu daripada peluang anda untuk menaikkan lagi peratusan lulus untuk terpilih menjawat jawatan berkenaan.


Antara bahagian wajib yang disoal di dalam setiap sesi temuduga kerja kerajaan adalah seperti memperkenalkan diri, alasan memilih kerja kerajaan, kenapa anda layak diberikan jawatan ini dan beberapa soalan lagi.

Untuk senarai lengkap soalan-soalan wajib temuduga kerja kerajaan dan juga skema jawapan yang sesuai, boleh rujuk Panduan Temuduga Kerja Kerajaan.

Soalan temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 mengenai bidang tugas jawatan yang dipohon

Soalan seterusnya yang akan diajukan kepada para calon adalah berkenaan pengetahuan khas mengenai bidang tugas sebagai seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) W19.

Pihak kami berani katakan, tidak lebih daripada 60% daripada calon yang dipanggil menyediakan diri di dalam bahagian ini. Ini juga peluang yang anda mesti rebut.

Sebagai seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) W19, anda seharusnya pernah mendengar 'Akta Acara Kewangan 1957', 'Arahan Perbendaharaan' dan 'Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor'.

Cuba cari dan baca kandungan 'Arahan Perbendaharaan' seperti di bawah:

i. Bab A

  1. Prosedur Kewangan.
  2. Kumpulan Wang Disatukan.
  3. Anggaran Hasil Dan Perbelanjaan.
  4. Pindah Peruntukan Dan Anggaran Tambahan.

ii. Bab B

- Prosedur Perakaunan.

Bahagian I : Mengawal Terimaan, Bayaran dan Menyimpan Wang Awam
  1. Am.
  2. Terimaan.
  3. Bayaran.
  4. Panjar.
  5. Kebankrapan.
  6. Cek dan Draf.
  7. Peti Besi atau Bilik Kebal.
Bahagian II : Prosedur Perolehan Bekalan Perkhidmatan dan Kerja
  1. Am.
  2. Pembelian, Tender dan Kontrak.
  3. Perabot dan Kelengkapan Pejabat.
  4. Percetakan dan Alat Tulis.

iii. Bab C Audit, Kehilangan dan Prosedur Hapuskira.

Baca juga kandungan 'Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor' yang merangkumi:
  1. Penerimaan Barangbarang.
  2. Tuntutan.
  3. Sistem Penyimpanan Stok.
  4. Pelupusan Barangbarang.
  5. Kawalan-kawalan Barang Tak Luak.

Kemahiran menggunakan bahasa Inggeris

Jangan tidak tahu, bahasa Inggeris juga diaplikasikan di dalam sesi temuduga kerja sektor awam.

Berdasarkan perkongsian pembaca-pembaca blog ini rata-rata daripada mereka disuruh memperkenalkan diri dan menyatakan alasan memilih sektor awam di dalam bahasa Inggeris.

Anda dipanggil ke exam online? Sebelum duduk, baca dahulu tutorial cara-cara menduduki peperiksaan online SPA.

Bahkan ada temuduga yang dijalankan 50% dalam bahasa Inggeris. Terutama jawatan-jawatan kategori pengurusan dan professional.

Jadi adalah menjadi satu hal yang kritikal untuk anda mempersiapkan diri dalam penguasaan bahasa Inggeris yang baik.

Kemahiran memperkenalkan diri

Satu lagi soalan bonus daripada panel penemuduga ialah meminta anda memperkenalkan diri. InsyaAllah inilah soalan jarang tidak diajukan. Sediakanlah skrip jawapan yang baik dan hafal.

Tips: Terangkan serba sedikit berkenaan anda dan latar belakang keluarga. Apa yang lebih menarik minat panel ialah latar belakang pendidikan anda. Tekankan lebih mengenai pengalaman kerja anda (jika ada).

Sambung belajar atau tidak?


Kadang-kadang panel penemuduga akan bertanya rancangan anda untuk melanjutkan pelajaran.

Tips: Jawab 'iya' dan nyatakan peluang untuk melanjutkan pelajaran jika bekerja di sektor awam terbuka lebih luas.

Soalan jenis provokasi

Adakalanya, panel akan mengajukan soalan jenis provokasi misalnya - 'kelayakan awak terlalu bagus untuk jawatan ini'.

Tips: Soalan jenis ini memerangkap paling ramai calon. Jangan cepat melenting dan jangan cepat membuat andaian. Juga jangan terlalu cepat mengalah dan menjadi kurang bermotivasi. Boleh jadi panel ingin melihat sejauh mana kematangan anda dalam menghadapi situasi menekan.

Contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19

Berikut kami senaraikan contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan yang paling kerap ditanya. Bukan semua di bawah akan disoal. Ikut nasib anda la kan.

01. Cuba awak sebutkan tugas Pembantu Tadbir Kewangan.

02. Apa itu panjar? Panjar ada berapa jenis? Huraikan.

03. Apa itu sebut harga?

04. Apa itu tender? Ada berapa jenis?

05. Apa itu perolehan kerajaan. Apa yang paling biasa digunakan?

06. Sebutkan jenis perakaunan yang diamalkan di Malaysia.

07. Ceritakan apa yang awak tau mengenai belanjawan. 

08. Beberapa soalan berkenaan Bajet 2019 (ikut tahun anda ditemuduga).

09. Dasar-dasar negara. 

10. TN50

11. Lambang jata negara.

12. Integriti (soalan ni memang kerap diajukan).

13. Nama PM ,menteri kewangan pertama , menteri kewangan kedua, timbalan menteri kewangan pertama, timbalan menteri kewangan Kedua, KSN, DYMM YDPA, ketua perbendaharaan.

14. Soalan berkaitan masalah rasuah.

15. Sanggup dihantar ke Sabah dan Sarawak? 

16. Anda diberi situasi. Ceritakan cara anda selesaikan.

Apa kehendak penemuduga?

Sebetulnya, panel bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai calon lain yang lebih baik kelayakannya.

Dalam mana-mana temuduga kerajaan, tidak kira : sesi temuduga soal jawab atau pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan (UKJK).

Penilaian dan perhatian panel terarah lebih kepada sahsiah, kesantunan, etika, pemakaian, komunikasi dan paling utama - kesesuaian anda untuk jawatan berkenaan.

Hal-hal ini pula perlu diketahui dengan betul setiap satunya dan ia tidak dapat dilakonkan secara spontan. Kerana ia memerlukan latihan dan harus selalu diamalkan.

Jadi temuduga bukan semata-mata berkaitan akademik!

Sila jangan terlalu berharap kepada kelayakan akademik anda sahaja. Ia memainkan peranan yang begitu kecil.

Sebab itulah, anda amat disarankan memperkemaskan diri dengan rujukan tambahan menghadapi sesi temuduga seperti di bawah.

Contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) W19


Lakukanlah persediaan terhadap hal-hal yang dibincangkan di atas. Kejayaan tidak datang dengan mudah.

Ia mendambakan usaha dan persiapan yang rapi. Didoakan kejayaan anda dan selamat menduduki temuduga.




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

23 comments:

  1. tips2 yg mnarik dan brguna kpda sy... tq..:)

    ReplyDelete
  2. Tq... Sgt bmanfaat.. sy jugak salah seorang calon utk jawatan ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la .. kena temuduga kat mane??

      Delete
  3. bgus sgt berguna tp neves sgt..klu da dip perlu ker bwk dip..tp msa aply dlu mmg isi bhgian dip pnye..

    ReplyDelete
  4. thanx...
    sgt membantu sy..
    tp sy ade dip mcm mane ek?
    sy mohon untuk spm..
    perlukan saya bg tahu penemuduga itu nanti?

    ReplyDelete
  5. bawak je lah..saya pun der dip gak..

    ReplyDelete
  6. semoga berjaya..sy harap sgt dapat keje ni..sbb ni kali ke2 saya di panggil temuduga.saya juga calon simpanan.brape pratus saya akan dapat keje ni????

    ReplyDelete
  7. betul ke temuduga dlm bahasa inggeris?? ada sape2 yg pernah dpt temuduga tak sebelum ni?? kongsikanlah pengalaman sbb sy pun calon jugak, xpernah dpt pun sebelum ni.... neves sgt2

    ReplyDelete
  8. interviu dlm bahasa melayu ja... dia mesti tanya jobs description. sy interviu bln 7 baru ni. Alhamdulillah dpt.

    ReplyDelete
  9. saya pon akan mghadiri interview lusa. tapi saya apply under spm.. perlu ke saya bagitahu ada diploma & bawa diploma saya? sebab takut kalau bawa diploma kne reject lak.

    ReplyDelete
  10. panduan yg boleh membantu...yg ade kelulusan dip pun bwk je...dlm permohonan dah ade rekod kte...interview half in bi half lg bm..=)
    yg penting keyakinan mase menjawab soalan pihak penemuduga je.

    ReplyDelete
  11. resume dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris?

    ReplyDelete
  12. Dulu time interview SPP guna dip dpt jer....skrg dpt interview jwtn yg sama tapi SPA plak....hope x kena reject la kali ni...boring r keje kt sekolah...hehe...

    ReplyDelete
  13. ada x yg kna interview dlm bi??sy nerves la...apa lg soalan ek yg diorang tya??

    ReplyDelete
  14. tq its usefull :)

    ReplyDelete
  15. ooohhh tq sbb minggu depan ada temuduga PT kewangan nie....tq..tq...sgt2 berguna...

    ReplyDelete
  16. Tips yang boleh saya kongsi :

    1. Bersedia. Kena tahu senarai tugas dan tangga gaji.
    2. Jujur memberi kjawapan.

    http://adwazeye.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. baru lepas interview bulan lepas tuk AADK dan dia soal dalam bahasa English....tapi simple je,,xpyh pnjg2 penerangan....

    ReplyDelete
  18. Thank you. . .^_<

    ReplyDelete
  19. nervous ni......1st time iv...kalau dlm bi lg takut....dh x power bi......

    ReplyDelete
  20. terima kasih banyak...sangat membantu :D

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!