Soalan Temuduga & Peperiksaan (PSEE) Pembantu Makmal C19

contoh soalan temuduga & peperiksaan online Pembantu Makmal Gred C19

Contoh Soalan temuduga & peperiksaan Pembantu Makmal Gred C19; Masih tercari-cari contoh soalan temuduga & contoh soalan peperiksaan online Pembantu Makmal C19? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Post ini kami bahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu :

  1. Panduan Temuduga Pembantu Makmal Gred C19
  2. Panduan peperiksaan PSEE Pembantu Makmal C19
Perkongsian ini agak panjang, jadi sila sediakan diri anda untuk meluangkan masa bersama kami.

Permohonan jawatan Pembantu Makmal C19

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Makmal C19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA8 di Portal SPA8i. Permohonan jawatan Pembantu Makmal C19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

1) Panduan Temuduga Pembantu Makmal Gred C19

Sebelum kita melihat lebih lanjut beberapa panduan temuduga Pembantu Makmal Gred C19 yang akan dikongsikan, kita lihat dulu unjuran statistik berkaitan jawatan ini.

Data ini sudah agak lama, tapi masih boleh dijadikan sebagai rujukan.

Statistik permohonan jawatan Pembantu Makmal C19

SPA telah mengesahkan bahawa sepanjang tahun 2012 jumlah permohonan yang diterima untuk jawatan Pembantu Makmal Gred C19 adalah sebanyak 220,506.

Ini merupakan suatu angka yang besar dan memberikan gambaran bahawa jawatan Pembantu Makmal Gred C19 adalah antara jawatan SPA yang amat popular dijadikan pilihan para calon.

Daripada 220,506 permohonan yang diajukan itu, hanya sebanyak 1,523 calon sahaja yang cukup bertuah untuk dipanggil ke stage seterusnya yakni temuduga.

Penempatan Pembantu Makmal C19

Barangkali masih ada kalangan pembaca terutama calon yang akan menduduki temuduga Pembantu Makmal Gred C19 yang agak kabur dimanakah mereka kelak akan ditempatkan sekiranya dipilih menjawat jawatan ini.

Untuk makluman, jawatan sebagai Pembantu Makmal Gred C19 tidak ditentukan secara spesifik tempat bertugas. Biasanya akan ditempatkan dipelbagai jabatan dan kementerian kerajaan.

Misalnya Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya.

*Nota : Selain SPA, KPM juga membuat pengambilan untuk jawatan ini dan mengadakan temuduga  menerusi SPP untuk lantikan Pembantu Makmal Gred C19

Berikut dikongsikan 6 panduan dan tips menjawab soalan temuduga Pembantu Makmal Gred C19:


1. Apakah bidang tugas seorang Pembantu Makmal?

Ini bergantung di jabatan atau kementerian mana anda bertugas kelak. Agensi yang berlainan, akan mempunyai perbezaan skop kerja bagi jawatan Pembantu Makmal.

Tapi biasanya, seorang Pembantu Makmal Gred C19 akan bertanggungjawab menjalankan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, membantu penyelenggaraan peralatan analisis, penyediaan stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.


2.Besar kemungkinan penemuduga akan bertanya soalan yang ada sangkut paut dengan agensi atau jabatan dimana anda akan bertugas kelak.

Misalnya anda ditemuduga untuk penempatan di Jabatan Kimia Malaysia, maka contoh soalan temuduga :  'apa yang kamu tahu tentang Jabatan Kimia Malaysia?' atau 'Jabatan Kimia Malaysia di bawah kementerian apa?' atau lain-lain soalan seumpama itu.

Untuk mempersiapkan diri andai disoal pertanyaan berkaitan Jabatan Kimia Malaysia, kami galakkan anda untuk melayari portal rasmi Jabatan Kimia Malaysia bagi mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan. Sediakan payung sebelum hujan.

Kalau sekiranya anda bakal ditemuduga oleh SPP, sudah pasti anda perlu ambil tahu berkenaan Kementerian Pendidikan. Jangan lupa melayari portal rasmi KPM untuk mendapatkan info-info yang sepatutnya.


3. Boleh perkenalkan diri anda?

Jangan ketawa! Percaya atau tidak, ini soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga!

Di sinilah silapnya kebanyakan calon. Mereka menjawab soalan ini dengan sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh.

Jangan jadi seperti mereka. Tunjukkan keseriusan anda dan jawablah dengan berasaskan kronologi masa.

Peruntukan masa yang wajar untuk menjawab soalan ini adalah sekitar 5 minit. Jangan meleret-leret, jangan merapu, jangan meninggi diri, angkat bakul dan jangan menipu.
Info tambahan : 6 contoh jawapan PADU dalam temuduga


Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner




4. Kenapa anda memohon jawatan Pembantu Makmal C19 ini?

Pertama sekali, nyatakan bahawa ini merupakan minat anda. Kaitkan tugas-tugas seorang Pembantu Makmal Gred C19 sebagai perkara yang anda sukai.

Jangan lupa juga menyatakan bahawa ini merupakan peluang anda untuk menabur bakti kepada negara yang tercinta. Biasa la. Kena poyo ckit. Nak hidup la katakan.. Haha..


5. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang sesuai untuk menjadi Pembantu Makmal?

Ini merupakan antara soalan killer yang membuat 30% - 50% calon tergamam. Tidak ada jawapan yang sesuai untuk soalan ini.

Gunakan segala daya kreativiti anda untuk membuat satu jawapan yang paling bernas dan mampu menarik hati penemuduga.

Siapkan jawapan anda awal-awal. Mana tahu nasib anda agak baik kerana diajukan soalan ini.


6. Saya belum pernah menduduki temuduga dan agak gementar. Jadi saya tidak mahu membuang masa mencari info yang belum tentu betul. Dimana mencari panduan temuduga paling lengkap dan menyeluruh untuk menjimatkan masa saya?

Anda boleh dapatkan panduan temuduga yang agak lengkap dan mencakupi semua aspek temuduga termasuk cara berpakaian, skema jawapan, kesilapan temuduga dan banyak lagi di rujukan persiapan temuduga kerja kerajaan.

Panduan ini tidak menjamin anda lulus, kami cadangkan khusus untuk mereka yang mahu menjimatkan masa dan mahu fokus pada persiapan untuk lulus sahaja.


Demikian 6 contoh soalan temuduga Pembantu Makmal Gred C19 yang dikongsikan kali ini.

Diharapkan ia akan membantu persediaan anda sedikit sebanyak sebelum ke sesi temuduga itu nanti.

Namun untuk panduan yang lebih lengkap dan komprehensif, anda mungkin boleh pertimbangkan rujukan persiapan temuduga yang kami cadangkan di atas.

Syarat lantikan Pembantu Makmal C19

Oh.. ya, syarat lantikan. Berikut adalah syarat yang masih digunapakai oleh SPA :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,357.00); atau


  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,413.40); atau


  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,469.80).
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Sekarang kita beralih ke bahagian kedua post ini, panduan peperiksaan online pula.

2) Panduan Peperiksaan online (PSEE) Pembantu Makmal Gred C19

Sebelum ke temuduga seperti yang sudah kami jelaskan dalam bahagian pertama post ini, anda terlebih dahulu dikehendaki menduduki satu tapisan.

Tapisan ini bertujuan menyingkirkan calon-calon yang tidak layak atau kurang menepati bagi jawatan ini.

Kali terakhir SPA menjalankan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Makmal C19 ialah pada 27 Jun 2019 yang lepas.

Semakan keputusan peperiksaan Pembantu Makmal C19


Bagi yang baru menduduki, keputusan boleh disemak melalui pautan berikut :

http://e-semakan.spa.gov.my/ pembantu_makmal/

Objektif exam online Pembantu Makmal

Peperiksaan online SPA ini bertujuan mengukur kebolehan daya pemikiran calon-calon yang dipanggil.

Anda akan diuji kemahiran mengaplikasikan maklumat yang sudah dipelajari semasa pembelajaran di intitusi pendidikan dan juga menerusi pengalaman.

Matlamat utama exam online Pembantu Makmal C19 selain untuk membuat penyingkiran calon ialah melihat sejauh mana kebolehan calon-calon yang datang daripada pelbagai latar belakang akademik dengan format peperiksaan tersebut.
Info tambahan : Tutorial cara-cara menduduki peperiksaan online SPA
Kalau begitu, mari kita kenali format exam ini.


Format exam online (PSEE) Pembantu Makmal C19


Exam ini melibatkan 2 kertas berasingan.

  • Seksyen A - Daya menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B - Kefahaman Bahasa Inggeris

Setiap seksyen atau kertas adalah penting untuk mengukur prestasi calon. Anda dikehendaki mempamerkan prestasi yang baik untuk kesemua kertas.

Jika hanya satu kertas yang cemerlang, manakala satu lagi kurang cemerlang. Maka prestasi keseluruhan calon adalah kurang memuaskan.

Jadi kami nasihatkan agar calon mendapatkan markah yang menggalakkan bag kedua-dua kertas, supaya prestasi keseluruhan dianggap baik.

Ingat : kelulusan peperiksaan ini merupakan salah satu syarat lantikan ke dalam skim Pembantu Makmal C19.

Contoh soalan Seksyen A peperiksaan online (PSEE) Pembantu Makmal C19


Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan :

  • Logik
  • Interpretasi Data
  • Matematik

Berikut kami paparkan beberapa contoh soalan daya menyelesaikan masalah :

1. Dalam tertib nombor 2,3,5,8, … , apakah nombor yang ke 7?

a) 12
b) 17
c) 23
d) 25

2. Nasri boleh menyelesaikan 5 soalan matematik dalam tempoh 7 minit. Berapa jumlah soalan matematik yang dapat dia selesaikan dalam masa 1 jam?

a) 41
b) 42
c) 43
d) 44

3. Dari nombor 1 hingga 30. Berapa jumlah digit 2?

a) 11
b) 12
c) 13
d) 14

4. Tukarkan 15300 saat kepada jam dan minit

a) 2 jam 15 minit
b) 2 jam 55 minit
c) 4 jam 15 minit
d) 4 jam 25 minit

5. Selesaikan, 2 jam 25 minit – 75 minit =

a) 1 jam 01 minit
b) 1 jam 20 minit
c) 1 jam 50 minit
d) 60 minit

6. Antara berikut yang manakah betul?

a) 0.32km bersamaan 3020m
b) 1.12km bersamaa 1012m
c) 0.45km bersamaan 4500m
d) 1.25km bersamaan 1250m

7. Diberi 125, 120, 110, x, 75 dan 50. Apakah nilai x?

a) 105
b) 100
c) 95
d) 85

8. Antara nombor berikut yang mankah paling dekat kepada 7.5?

a) 7.055
b) 8.065
c) 7.005
d) 8.005

Seksyen bahasa Inggeris peperiksaan online (PSEE) Pembantu Makmal C19


Dalam seksyen ini, anda akan diberikan petikan berbahasa Inggeris. Soalan akan diajukan dengan beberapa pilihan jawapan.

Seperti namananya, kertas ini dibuat untuk menguji kebolehan dan tahap pemahaman calon berbahasa Inggeris.

Jika belum ada perubahan daripada format asal sebelum ini, seksyen ini akan merangkumi dua (2) petikan pendek diikuti 10 soalan kefahaman dan 20 soalan tatabahasa (grammar).

Susah juga exam ni rupanya. Ada rujukan untuk memudahkan persediaan tak?

Ada.

InsyaAllah akan membantu sedikit persiapan calon. Cuma, seperti biasa, kami tak jamin lulus. Itu bergantung kepada rezeki masing-masing la kan, pun macam selalu juga.

Rujukan peperiksaan (PSEE) Pembantu Makmal C19


Rujukan Seksyen A

contoh soalan seksyen A Pembantu Makmal Gred C19

Komponen umpama LATIH TUBI untuk anda. Mengandungi 90 Soalan tambahan khas Seksyen A. Disediakan juga untuk rujukan tambahan anda nota berbentuk 'mind map'.

Rujukan Seksyen B

contoh soalan seksyen B Pembantu Makmal Gred C19

Untuk persediaan tambahan Seksyen B anda. 70 Soalan beserta jalan kira untuk memudahkan anda. Dibekalkan Nota Matematik dan helaian formula untuk memudahkan anda.

Rujukan Seksyen C

contoh soalan seksyen C Pembantu Makmal Gred C19

Merupakan format baru tahun 2019. EXTRA Seksyen C ini memberikan anda lebih soalan untuk faham dan tahu bagaimana pecahan penilaian seksyen ini.

Anda boleh dapatkannya dalam satu harga!




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner


10 comments:

  1. Salam...saya dapat temuduga di putrajaya...masalahnye...saya ada degree.perlu ke bawa degree?saya harap sgt akan berjaya dlm temuduga ni sbb mmg minat kerja makmal

    ReplyDelete
  2. time kasih kerana memberi sedikit info y sgt berguna ini.

    ReplyDelete
  3. saya pun sama, ada degree tapi dapat panggilan temuduga untuk jawatan ni. macam mana ya?

    ReplyDelete
  4. Mengikut surat tawaran tu, xde tertulis untuk bawa degree memandangkan jawatan ini peringkat SPM...Saye pon kurg pasti... Better call bahagian urusetia temuduga!!

    ReplyDelete
  5. :), yg ada degree tu cari la kerja gred tinggi sikit. Yg gred 20 keatas diploma sekurang2nya kalau tak silap saya. Kalau start sama2 dengan budak2 lepasan spm apa salahnya :). Tp sayang la, sijil tinggi2 dpt kerja taraf2 orang biasa2 aja :D. Cuba search kerja2 spt pegawai2 ke. Biasanya syarat2nya sekurang2nya diploma atau mungkin degree. Cer check tengok.

    ReplyDelete
  6. Pembantu Makmal C 22Thursday, 11 July, 2013

    Perjawatan Pembantu Makmal C17 lebih banyak diperlukan di Sekolah sekolah. Boleh memohon dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

    ReplyDelete
  7. saya ad diploma teknologi makmal dgn CGPA yg agk 'kuat',tp sayangnya pemilihan menggunakan kelayakan SPM yg kurang menyerlah..sedih betul!

    ReplyDelete
  8. salam. sy nk tanya, masa nk perkenalkan diri tuh kan, kita wajib jawab lam english ke malay????

    ReplyDelete
  9. Saya pun lepasan degree, tapi malangnya semua jawatan yang saya mintak memang tak dapat. sekarang sambung belajar lagi. dan sekarang baru dapat jawatan PM gred c19 ni. entah tahun bila saya mintak, saya pun tak pasti. mungkin sekarang saya dipandang. Harap-harap dapat la kerja ni. buat masa sekarang tawakkal aje la. Kalau ditolak. Nak buat macam mana. Takda rezeki.

    ReplyDelete
  10. Saya akan menjalani sesi temu duga 3 november ini..doakan saya dipermudahkan..terima kasih utk tips yg sgt berguna ini..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!