Panduan Temuduga Pembantu Pustakawan Gred S19

contoh soalan temuduga Pembantu Pustakawan S19

Contoh soalan temuduga & ujian psikometrik Pembantu Pustakawan Gred S19; Masih tercari-cari rujukan untuk menduduki temuduga & ujian psikometrik Pembantu Pustakawan S19? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Untuk makluman awal, perkongsian kali ini kami bahagikan kepada dua subtopik, iaitu :

a) Panduan temuduga Pembantu Pustakawan

b) Ujian psikomterik Pembantu Pustakawan

a) Panduan Temuduga Pembantu Pustakawan Gred S19

Satu lagi jawatan yang berada di bawah SPA untuk proses pengambilannya ialah Pembantu Pustakawan Gred S19

Jawatan ini termasuk di dalam kumpulan sokongan dengan gaji Pembantu Pustakawan S19 permulaan minimum (RM1,352.00), gaji maksimum (RM4,003.00), sementara kadar kenaikan gaji tahunan adalah sebanyak RM100.00 setahun.
Sebelum itu, barangkali anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang menerbitkan iklan jawatan-jawatan kosong terkini setiap hari, di samping sering berkongsi tips-tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini.

Oleh itu, kami cadangkan kepada anda agar mendaftarkan emel di ruangan yang disediakan di bawah supaya anda tidak terlepas sebarang update terbaru. Prosesnya juga mudah, tidak sampai walau seminit pun.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner




Statisik pengambilan Pembantu Pustakawan Gred S19

Berbalik kepada topik, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh SPA, mereka merekodkan bilangan permohonan sebanyak 328,383 sehingga kini.

Untuk temuduga Pembantu Pustakawan Gred S19 yang akan dijalankan pada bulan Disember 2012 lepas, SPA telah menghantarkan surat panggilan temuduga kepada seramai 767 calon yang bertuah.
Jadi panduan temuduga Pembantu Pustakawan ini khas kami kongsikan untuk pembaca yang terlibat dalam temuduga kali ini.

Syarat dan kelayakan Pembantu Pustakawan S19

Warganegara Malaysia;
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

  • Calon Pembantu Pustakawan Gred S19 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Definisi perpustakaan

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam penduan ringkas ini, sila baca dan fahami dahulu defini asas perpustakaan berikut:

Perpustakaan merupakan bangunan / ruang yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam (kerajaan), institusi mahupun persendirian.
Awal dahulu perpustakaan hanya digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah. Kini, dengan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan dijadikan gudang yang mengumpulkan pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan.

Malah, kebanyakan perpustakaan pada hari ini turut menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum.

Info - Perpustakaan terbesar adalah "Library of Congress".
Kami jamin, soalan berkisar Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan lain-lain program atau perkhidmatan yang ada sangkut paut dengan PNM pasti akan keluar. Jadi sila dapatkan maklumat sebanyak-banyaknya di portal rasmi PNM.

Berikut dikongsikan 9 panduan temuduga Pembantu Pustakawan Gred S19:

1. Dimana saya akan ditugaskan kelak andai dilantik ke dalam jawatan ini?


Ambilan untuk temuduga kali ini tidak ditentukan oleh SPA dimanakah akan ditempatkan. Boleh jadi di PNM sendiri, kolej-kolej komuniti dan lain-lain tempat.

Walaubagaimanapun, itu bukan persoalan utama kerana apa yang paling penting buat masa ini ialah lulus temuduga dahulu.

2. Apakah skop tugas seorang Pembantu Pustakawan Gred S19?


  • Empat skop kerja atau bidang tugas utama seorang Pembantu Pustakawan S19 adalah:
  • Berperanan sebagai tempat simpanan dan rujukan bahan Pustakawan.
  • Berperanan sebagai pusat penyerahan hadiah dan rujukan terbitan keluaran jabatan.
  • Penglibatan dalam program hadiah dan pertukaran.
  • Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, termasuk pinjaman antara perpustakaan.

3. Buat rujukan lanjut berkaitan asas-asas ilmu perpustakaan, termasuklah:


  1. Definasi dan Konsep.
  2. Jenis-Jenis bahan perpustakaan.
  3. Jenis-jenis perpustakaan.
  4. Kaedah-Kaedah memperolehi bahan.

4. Anda seharusnya sudah mahir asas-asas teknologi maklumat


Kerana ini akan mempengaruhi fungsi anda sebagai seorang Pembantu Pustakawan Gred S19, termasuklah:


  1. - Word
  2. - Excel
  3. - Access
  4. - Power-Point

5. Kenali jenis-jenis perpustakaan

Sebagai seorang Pembantu Pustakawan S19, anda harus kenal dan tahu perbezaan 5 jenis Perpustakaan di Malaysia iaitu :


  • Perpustakaan Negara
  • Perpustakaan Akademik

Perpustakaan Akademik ialah memenuhi keperluan maklumat Institusi Pendidikan atau Latihan dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan.

Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat dan memperkukuhkan program pendidikan pelanggan ke arah pembelajaran sepanjang hayat.


  • Perpustakaan Awam
  • Perpustakaan Khusus / Khas
  • Perpustakaan Sekolah / Pusat Sumber

6. Asas pentadbiran dan perkhidmatan perpustakaan


Sebagai seorang Pembantu PustakawanS19, asas pentadbiran dan perkhidmatan perpustakaan mesti anda kuasai, termasuklah:

- Perpustakaan sebagai pusat ilmu dan maklumat.

- Perkara-perkara perkhidmatan

• Surat-menyurat
• Fail-memfail
• Memelihara dan menyimpan rekod
• Jabatan dan orang-ramai

- Perkhidmatan pinjaman / pemulangan.

- Perkhidmatan rujukan.

- Promosi.

7. Pengorganisasian dan pengaksesan katalog dan kelas


Lakukan kerja rumah dengan membuat bacaan lanjut berkenaan pengorganisasian dan pengaksesan katalog dan kelas, mencakupi:

- Pengenalan asas katalog.
- Tujuan dan fungsi katalog.
- Jenis-Jenis Katalog.
- Deskripsi katalog.
- Entri utama dan entri tambahan.
- Peraturan-peraturan dalam mengkatalog

8. Sediakan awal-awal jawapan terbaik dan menarik untuk soalan temuduga Pembantu Pustakawan Gred S19 yang lazim di bawah:


- Disuruh memperkenalkan diri.

- Ditanya mengapa memilih jawatan Pembantu Pustakawan Gred S19.

- Disoal apakah ciri yang sesuai untuk menjadi seorang Pembantu Pustakawan S19.

- Disoal kenapa anda layak diberikan jawatan ini.

Lagi beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Pustakawan S19


1. Boleh perkenalkan diri anda dan latar belakang?
2. Sebelum ini kerja sebagai apa dan dimana?
3. Kenapa pilih Pembantu Pustakawan?
4. Macam mana nak tingkatkan amalan membaca di kalangan penduduk?
5. Sebut tugas-tugas Pembantu Pustakawan?
6. Jelaskan isu membaca semasa terkini di dalam negara.
7. Siapa pengarah PNM?
8. Siapa pula timbalan beliau?
9. Suka membaca? Apa buku terakhir kamu baca?

9. Rujukan persiapan temuduga Pembantu Pustakawan Gred S19


Akhir sekali, bagi melengkapkan lagi persediaan, anda amat dicadangkan membaca panduan temuduga sektor awam.

contoh soalan temuduga Pembantu Pustakawan Gred S19


Panduan ini disusun khas untuk para calon yang akan menghadiri temuduga.

Membekalkan pengetahuan asas dan lanjutan berkenaan sesi temuduga.

Ia turut membincangkan sisi yang sering dipandang ringan di mata calon TETAPI berat di mata penemuduga seperti cara berpakaian, intonasi menjawab soalan, postur badan, body language dan banyak lagi!

Panduan ini bukan wajib tetapi cukup komprehensif dan mencakupi kesemua aspek-aspek di dalam satu-satu temuduga.

Akhir kata, tolong lakukan kerja rumah dengan membuat carian dan bacaan tambahan seperti yang dicadangkan di atas. Semoga berjaya di dalam temuduga anda. InsyaAllah!

Sekarang, kita ke subtopik kedua entri ini iaitu mengenai ujian psikomterik.

b) Ujian Psikometrik Pembantu Pustakawan S19


Sebelum layak dipanggil ke temuduga, terlebih dahulu anda harus melalui satu tapisan awal iaitu ujian psikometrik ini.

Ujian ini adalah secara online. Ia memerlukan persiapan rapi agar tidak duduk sia-sia menatap skrin laptop / smartphone saja pada hari ujian.

Adakah anda sedang mencari contoh soalan ujian psikomterik untuk jawatan Pembantu Pustakawan Gred S19?

Jika anda dipanggil ke ujian ini, sudah pasti persiapan yang lengkap dan teratur perlu dibuat.

Tiada sesiapa yang mahu menjawab ujian psikometrik tanpa bersedia. Itu hanya menempa gagal namanya.

Contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pustakawan S19


Anda sebagai calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha

A. Ya B. Tidak

Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu

A. Setuju B. Tidak setuju

Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga

A. Setuju B. Tidak setuju

Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya

A. Ya B. Tidak C. Tidak Pasti

Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.

A. Ya B. Tidak C. Tidak Pasti

Saya kurang gemar dengan aktiviti yang memajukan saya.

A. Ya B. Tidak C. Tidak Pasti

Untuk lebih banyak contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Pustakawan S19 (turut disertakan jawapan lengkap), anda boleh dapatkan melalui pautan di bawah :




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

1 comment:

  1. Agar saya dimurahkan rezeki berkhidmat dengan kerajaan malaysia.
    amiin

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!