Panduan Temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41 JPJ

soalan temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Contoh soalan temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 JPJ; Masih tercari-cari rujukan untuk menduduki temuduga atau UKJK Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 JPJ? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Penguatkuasa KP41 JPJ secara rasmi di sektor awam, pendaftaran boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA8 di Portal SPA8i. Pendaftaran adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Panduan Temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Sebelum kita ke panduan temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 yang akan dibincangkan sebentar lagi.

Statistik pengambilan Pegawai Penguatkuasa KP41

Sebelum ini, gred asal jawatan ini adalah N41 tetapi SPA telah membuat perubahan dan ditukar menjadi KP41.

Kita teliti dahulu statistik pengambilan yang dikeluarkan oleh pihak SPA berhubung jawatan ini. Sehingga kini, bilangan permohonan yang telah diterima untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 adalah sebanyak 40 135.


Bilangan individu yang dipanggil ke sesi temuduga untuk ambilan kali ini adalah seramai 12 104 orang.

Dukacita dimaklumkan, bilangan tempat kosong yang ditawarkan cuma 38 posisi sahaja. Kalau nasib baik. Kalau tidak, mungkin anda berpeluang menjadi calon simpanan di antara 110 tempat itu.

Seperti yang anda sedia maklum, pada kali ini SPA mengadakan temuduga bagi pengambilan untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNHEP).

Sesi temuduga akan diadakan pada 7 Oktober 2019 - 18 Oktober 2019.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner




Sehubungan itu, sukalah pihak kami mencadangkan anda membuat persiapan lebih bagi menghadapi soalan-soalan temuduga yang berkaitan dengan GST dan pelaksanaannya.

Tidak dijamin keluar, tetapi kemungkinannya untuk keluar dalam temuduga kali ini adalah setinggi 71%. Jangan sia-siakan peluang anda dengan mengabaikan topik mustahak ini!

Baca juga : Panduan temuduga Penolong Juruaudit W29

Ini sekadar perkongsian maklumat sahaja. Tidak semestinya apa yang dinyatakan di bawah akan ditanya semasa sesi temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 itu nanti.

Ia lebih kepada soalan ramalan sahaja. Jadi dengan itu anda simpan dalam ingatan, maka berikut dikongsikan beberapa panduan temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred KP41:

Jadual gaji Pegawai Penguatkuasa KP41

Gaji yangditawarkakn untuk jawatan ini agak menarik. Patutlah ia menarik ramai sekali calon untuk memohonnya;

Gaji minimum - RM2,081.00
Gaji maksimum - RM9,547.00
KGT - RM225.00

Contoh soalan temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41


1. Dimana calon Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 yang berjaya akan ditempatkan?

Biasanya, Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 akan ditempatkan di agensi kerajaan yang utama yakni:

a) Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ).

b) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNHEP).


2. Sekiranya saya ditemuduga untuk ambilan SPA Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 bagi JPJ, apakah soalan yang mungkin bakal ditanya berkaitan JPJ?

Paling popular, anda akan ditanya mengenai nama Menteri Pengangkutan, nama ketua pengarah JPJ, isu panas semasa berkaitan jalan raya (misalnya berita terbaharu yang sedang rancak diperkatakan) dan kemungkinan besar topik berkaitan hala tuju semasa negara seperti NKRA.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan JPJ, anda boleh ke Laman Rasmi JPJ.


3. Bagaimana pula sekiranya saya ditemuduga untuk ambilan SPA Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 bagi KPDNHEP apakah soalan yang mungkin bakal ditanya berkaitan KPDNHEP?

Soalannya sahaja lebih kurang seperti di atas. Cuma luaskan bacaan anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan KPDNKK, anda boleh ke Laman Rasmi KPDNKK.


4. Sebenarnya, apakah bidang tugas seorang Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 ini?

Bergantung kepada kementerian atau jabatan mana anda akan ditempatkan kelak.

Berikut adalah deskripsi tugas berdasarkan penempatann yang mungkin.

Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)

Pegawai Penguatkuasa KP41 adalah bertanggungjawab menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan / Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 adalah bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.

Jabatan Pengangkutan Jalan

Seorang Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 adalah bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.


5. Apa lagi soalan lain yang mungkin bakal ditanya kelak?

Antara soalan lazim temuduga (yang wajib disoal) adalah:

  1. Sila kenalkan diri anda secara ringkas?
  2. Kenapa kami perlu pilih awak?
  3. Kenapa anda ingin bekerja dengan kerajaan, sedangkan gaji di sektor swasta lebih tinggi?
  4. Bagaimanakah awak boleh memberi sumbangan sekiranya dipilih untuk jawatan ini?
  5. Sanggup kalau kami hantar awak ke jauh ke pedalaman Sabah?

Peringatan:


a) Untuk jawatan 'pengurusan dan profesional' seperti Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 ini, kemungkinan adalah tinggi untuk penemuduga menyoal calon menggunakan bahasa Inggeris. Ia memang sering terjadi dan akan terjadi lagi.

Jadi siapkanlah diri anda dengan penguasaan perbualan bahasa Inggeris sedari sekarang!


Pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan Pegawai Penguatkuasa KP41

Sebelum dipanggil ke sesi temuduga di atas, calon dikehendaki melalui tapisan UKJK atau Ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan terlebih dahulu.

Apakah pemeriksaan dan ujian yang dilakukan ke atas calon?

Ujian pemeriksaan fizikal termasuk BMI

Fizikal zalon akan diperiksa untuk memastikan syarat-syarat berikut dipenuhi :

Sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. Jadi kalau anda agak berisi. Sila jangan makan dahulu sebelum menjalani pemeriksaan.

Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).

Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26

Ujian Vision Acquity

Pemeriksaan pancaindera calon hendaklah menenuhi syarat yang telah ditetapkan, yakni :

Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.

Juga, pengecaman warna (rabun warna) dan pendengaran yang tidak cacat.

Ujian pemeriksaan Tubuh

Calon akan diuji dan ditentusahkan sama ada cukup sihat dan cergas.

Latar belakang kesihatan juga akan disemak, sama ada calon pernah menjalai pembedahan sebelum ini atau tidak.

Ujian kawad

Ujian ini paling getir. Calon lulus atau tidak akan ditentukan sebahagian besar adalah melalui ujian ini. Pemeriksaan akan dilakukan ke atas lutut dan tangan.

Lengan bengkok sedikit pun sudah menjadi satu kekurangan yang ketara. Aduh..

Ujian kecergasan

Ujian kedua getir. Kenapa? Setelah lepas semua ujian di atas, anda akan diuji tahap kecergasan.

Bagi memastikan calon mempunyai fizikal dan mental yang kuat.

Antara ujian kecergasan yang dilakukan adalah :

  • Larian 2.4km dalam 14 minit.
  • Bangun tubi dalam masa dua minit sebanyak 30 kali.
  • Lari ulang alik 4x10m dalam 11 saat.
  • Lompat jauh berdiri.

Nota : Calon yang berjaya melepasi ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan akan dipanggil ke sesi temuduga.

Tips tambahan :

a) Calon hendaklah lengkap berpakaian sukan (termasuk kasut).

b) Bawa bersama IC dan surat panggilan pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan.

c) Patuhi semua arahan ketua penguji / pemeriksa.

d) Berada di pusat pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan lima belas (15) minit lebih awal sebelum masa pemeriksaan bermula.

Pada akhirnya..

Tidak kira sesi temuduga atau ujian UKJK, penemuduga bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai calon lain yang lebih cemerlang keputusannya.

Dalam mana-mana temuduga kerajaan - tidak kira sesi temuduga soal jawab atau pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan.

Penilaian calon lebih kepada sahsiah, etika, pemakaian, komunikasi dan kesesuaian untuk jawatan berkenaan. Bukan semata-mata akademik!

Jangan terlalu bergantung kepada kelayakan akademik anda. Ia memainkakn peranan yang kecil sahaja.

Oleh kerana itulah, anda amat disarankan agar memperkemaskan diri dengan rujukan tambahan menghadapi sesi temuduga di bawah.

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41


Selain itu, calon juga adalah dikehendaki membawa bersama resume yang lengkap dan dikemaskini semasa menghadiri temuduga untuk tatapan penemuduga.

Sudahkah anda siapkan resume diri akan menarik hati penemuduga? Kalau belum, sediakan resume yang baik dengan segera.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!