Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 JKM

Contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 JKM; Masih tercari-cari rujukan Contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 JKM? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 JKM secara rasmi di sektor awam, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Bagi yang dipanggil ke peperiksaan untuk jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, entri ini kurang sesuai. Lebih baik, terus saja baca entri lain sahabat kami iaitu contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.

Jadual gaji Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Berikut jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat S41;

Gaji minimum - RM2,078.00
Gaji maksimum - RM9,544.00
KGT - RM225.00

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan lain yang seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat layak terima.

Deskripsi tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Berikut adalah senarai tugas seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat :

Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.

Syarat lantikan dan kelayakan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Anda hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan.
  • (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau


Memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan.
  • (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

Dan

Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Semakan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
======================

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41 (JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT)
TARIKH PEPERIKSAAN : 18 OKTOBER 2019 (JUMAAT)

Pautan Alternatif:
----------------------
http://e-semakan.spa.gov.my/ pegawai-pembangunan-masyarakat-s41

Sila layari laman web:
----------------------
http://spa.gov.my/web/guest/ senarai-penjadualan-peperiksaan

PERHATIAN :
----------------------
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 akan dijalankan secara serentak dengan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29. Bagi calon-calon yang layak menduduki kedua-dua peperiksaan, anda hanya perlu menduduki satu (1) peperiksaan sahaja iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41.

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 9:30 pagi hingga 11:15 pagi.

Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Panggilan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 untuk tahun 2019 sudah dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 akan dijalankan secara serentak dengan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29.

Kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) pada jam 9:30pagi sehingga jam 11:15 pagi.

Sekiranya anda baru pertama kali dipanggil ke Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41, kami cadangkan anda baca dahulu tutorial cara-cara menduduki peperiksaan online SPA yang sudah kami sediakan.

Format Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Format Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 pada 18 Oktober 2019 terdapat sedikit perbezaan berbanding tahun-tahun lepas. Kali ini Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 tidak melibatkan seksyen psikomterik.

Tetapi pada kali ini, calon dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen C iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon 'sangkut'.

Untuk seksyen A, seksyen ini melibatkan pengetahuan am. Calon perlu, paling tidak, mengambil tahu isu-isu semasa di dalam dan luar negara. Calon dicadangkan membaca akhbar bercetak / online dalam julat masa 6 bulan lepas.

Secara ringkas, Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 mengandungi 3 bahagian utama iaitu :

  • Pengetahuan Am - Seksyen A

  • Daya Menyelesaikan Masalah -Seksyen B

  • Kefahaman Bahasa Inggeris - Seksyen C

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada kami mengenai beberapa contoh soalan dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 - Pengetahuan Am

Seperti namanya,apa yang diuji adalah kepekaan calon tehadap isu dan perkembangan semasa di sekeliling kita.

Khususnya dasar awam, pengurusan sumber, sistem pantadbiran dan seumpamanya.


1. Antara berikut, manakah padanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang TIDAK BENAR?

A. Majlis Daerah – kawasan luar bandar
B. Majlis Tempatan – pekan dan kampung baru
C. Majlis Perbandaran – bandar kecil
D. Dewan Bandaraya – bandar besar


2. Bahagian Sumber Manusia boleh diklasifikasikan sebagai

A. Sepasukan staf dan ahli yang bekerja dalam sesebuah perniagaan.
B. Segolongan warganegara yang berkhidmat untuk mengendalikan bidang pekerjaan awam dan swasta.
C. Sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah jabatan, persatuan atau organisasi.
D. Sekelompok manusia yang bekerjasama untuk membangunkan sistem pentadbiran negara.


3. Inisiatif untuk memudahkan perdagangan seperti yang terkandung dalam Deklarasi Nay Pyi untuk mengembangkan penubuhan Komuniti Ekonomi Asean 2015 sekaligus melaksanakan inisiatif Pasaran Tunggal Asean dan Pangkalan Pengeluaran adalah seperti berikut KECUALI

A. Sistem Transit Kastam Asean.
B. Langkah lain bagi aliran masuk bebas barangan, perkhidmatan, pelaburan, tenaga buruh mahir dan aliran bebas modal.
C. Sistem Persijilan Kendiri Asean dan Jendela Tunggal Asean.
D. Pelanunan di laut dan penggubahan wang haram.

Untuk contoh lengkap dan skema jawapan lengkap bagi seksyen A Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ini. Anda boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 berikut :

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 Tugas


Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 - Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengkehendaki calon menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Namun, jangan terlalu bimbang. Sesetengah calon memang mempunyai 'alergik' terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Untuk Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ini, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihhi sukatan pelajaran SPM sahaja. Lega bukan?

Berikut beberapa contoh soalan matematik Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 :


1. Kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura ialah RM100=S$31.56. Berapakah nilai RM jika S$157.78?

A) 500
B) 550
C) 600
D) 650


2. Negara Q mempunyai bangsa X seramai 0.47 juta orang. Bangsa Y pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa X. Manakala Bangsa Z adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa Y. Berapakah jumlah Bangsa Z di negara Q itu?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang


3. Sebuah buku rujukan mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

Untuk lebih banyak contoh soalan (dan jawapan) bagi seksyen B Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ini. Anda boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 berikut :

Peperiksaan online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 JKM


Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 - Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen 'killer' yang digeruni sesetengah calon. Soalan yang diketengahkan dalam seksyen ini pun masih tidak melebihi sukatan dalam SPM.

Soalan diolah dalam bentuk sama ada petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan pemahaman, soalan berkaitan grammar dan vocabulary.

Contoh soalan adalah seperti berikut :


1. The clown pulled silly faces to make the children laugh.

The word silly in this sentence means:

A: funny
B: bad
C: tricky
D: scary


2. The sentence below does not have any punctuation. Choose the option with the correct punctuation.

i am a good runner

A: i am a good runner.
B: I am a good runner
C: Im a good runner.
D: I am a good runner. 


3. Emily has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A: Emily has three animals in total.
B: Emily has more cats than dogs.
C: One of Emily’s cats is black.
D: All of Emily’s dogs have spots. 

Untuk lebih banyak contoh soalan seksyen C Peperiksaan online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ini. Anda boleh dapatkan rujukan Peperiksaan online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 berikut :

exam online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 JKM


Paling special ialah rujukan di bawah. Nota ringkas khusus untuk persediaan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 pada 18 Oktober 2019.

contoh soalan peperiksaan online psee Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 JKM

Nota : Kepada pembeli pakej contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 yang dah beli sebelum ni (termasuk pembeli tahun-tahun sudah), sila rujuk delivery page yang ada akses password semua tu. Kita dah masuk eBook bonus ni kat sana.

Selamat menduduki exam online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 daripada kami, dan diucapkan semoga berjaya!


Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!