Soalan Temuduga Pembantu Perangkaan E19

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perangkaan E19

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perangkaan E19 ; Tgh cari rujukan Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perangkaan E19? Teruskan bacaan jika jawapan anda ialah ya.

Sekiranya korang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Perangkaan E19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA8 di Portal SPA8i. Permohonan jawatan Pembantu Perangkaan E19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Temuduga Pembantu Perangkaan E19


Sebelum itu, mari kita lihat dahulu gaji yang ditawarkan dan apakah syarat untuk layak dilantik ke dalam skim perkhidmatan ini.

Oh.. ya untuk info, kod gaji berkomputer Pembantu Perangkaan yang asal ialah E17, tetapi sudah diubah. Dan pada masa ini ialah E19.

Jadual gaji Pembantu Perangkaan E19

Berikut ialah jadual gaji minimum-maksimum bagi seorang Pembantu Perangkaan;

Gaji minimum - RM1,353.00
Gaji maksimum - RM4,005.00
KGT - RM100.00

Di samping elaun-elaun lain dan imbuhan yang layak.

Syarat lantikan & kelayakan Pembantu Perangkaan Gred E19

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Perangkaan Gred E19 :

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Memiliki mana-mana satu kelayakan berikut :

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji awal bermula pada Gred E19 iaitu RM1,353.00); atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan.
(Gaji awal bermula pada Gred E19 iaitu RM1,409.40); atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan.
(Gaji awal bermula pada Gred E19 iaitu RM1,465.80).

d) Calon lantikan juga perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Jika anda dipanggil ke exam online, baca cara-cara menduduki peperiksaan online SPA.

OK selesai. Jom kita terus ke panduan temuduga Pembantu Perangkaan.

Cara masuk ke bilik temuduga

Duduklah dengan tenang di ruang menunggu dan jangan terlalu banyak berborak dengan calon-calon lain. Kami tahu anda seorang yang mesra tapi itu akan menambahkan lagi rasa gementar anda.

Tambah-tambah lagi jika anda dengar latar belakang pendidikan atau pengalaman kerja calon-calon lain yang hebat-hebat belaka.

Setelah nama dipanggil, anda bolehlah melangkah ke dalam bilik temuduga. Ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk, ketuk 2-3 kali sahaja.

Semasa melangkah masuk ke dalam bilik itu, pastikan anda berjalan tegak dengan langkah yang kemas. Jangan berjalan terlalu cepat atau terlalu lambat.

Jangan angkat dada anda terlalu tinggi semasa berjalan (nanti tanggapan pertama penemuduga terjejas terhadap anda).


Ingat, tanggapan pertama penemuduga akan menentukan sama ada anda lulus atau gagal dalam sesi ini.

Bila sampai di hadapan panel penemuduga

Sesampai di hadapan para panel penemduga, beri salam atau ucapan selamat sejahtera dan hulurkan tangan anda.

Genggam erat tangan panel penemuduga (salam panel lelaki sahaja jika anda calon lelaki) dan begitu juga sebaliknya.

Ini menumbuhkan perasaan mesra antara anda dan para panel.

Pandang mata mereka dengan tepat dan senyum. Kemudian, berdiri tegak di sebelah kerusi yang disediakan.

Jika anda sudah diminta duduk maka duduklah dengan tenang dan selesa.

Jika belum, jangan sekali-kali duduk!

Tips: Ucaplah terima kasih kerana dibenarkan duduk, jangan ubah kedudukan asal kerusi dan jangan bersilang kaki.

Ops.. Nanti dulu

Sebelum itu, kalau anda baru pertama kali tiba ke blog ini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang rajin berkongsikan iklan-klan jawatan kosong sekerap mungkin dari seluruh pelosok negara.

Di samping itu juga, kami turut sering berkongsi tips-tips mencapai kerjaya impian misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini.


Oleh itu, kami amat-amat mengesyorkan anda agar mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di bawah supaya anda tidak ketinggalan setiap kali ada update terkini yang diterbitkan.

Ia percuma dan ia terus menerus ke dalam emel anda.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner




Panduan temuduga Pembantu Perangkaan

Kini, sesi temuduga sebenar pun bermula. Walau bagaimana pun, patut kami ingatkan, apa yang disenaraikan di bawah ini bukanlah Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perangkaan E19 yang sebenar kerana tiada siapa yang tahu apa bakal disoal oleh panel penemuduga kepada anda.

Simpan dalam ingatan, setiap calon ditanyakan soalan berbeza dan situasi yang dilalui juga turut berlainan walaupun anda dan calon lain ditemuduga pada hari yang sama!

Apa yang dikongsikan di sini adalah Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perangkaan E19 yang lazim ditanya sahaja.


Bahkan ada di antara contoh-contoh soalan ini juga mungkin turut ditanya dalam kebanyakan temuduga untuk pelbagai jawatan lain.

Berikut merupakan tujuh tips panduan temuduga Pembantu Perangkaan E19:

Contoh soalan temuduga Pembantu Perangkaan E19

01. Pertama sekali, sila sediakan jawapan untuk soalan-soalan yang berkaitan Jabatan Perangkaan Malaysia seperti di bawah:


a) Siapakah Ketua Perangkawan Malaysia sekarang?

b) Jabatan Perangkaan Malaysia berada di bawah Jabatan mana?

c) Siapakah menteri yang menerajui Jabatan tersebut ketika ini?

d) Namakan timbalan kepada beliau?

e) Apakah peranan Jabatan Perangkaan Malaysia?

f) Sebutkan visi dan misi Jabatan Perangkaan Malaysia dan apakah warna rasmi bagi Jabatan Perangkaan Malaysia?

g) Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya sebagai sebuah institusi pengumpulan dan pentafsiran perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysiaa tertakluk kepada akta / peraturan. Boleh anda terangkan akta / peraturan berkaitan yang anda tahu?

h) Apa pula fungsi Jabatan Perangkaan Malaysia?

i) Sila sebutkan bahagian-bahagian yang berada di bawah Program Ekonomi.

j) Bahagian Perangkaan Harga, Pendapatan dan Perbelanjaan berada di bawah Program Sosial / Demografi. Nyatakan fungsi bahagian ini.

Tips: Sila jangan hadkan diri anda dengan mencari jawapan setakat untuk menjawab soalan (a)-(j) di atas sahaja. Luaskan bacaan dan pengetahuan anda. Sebagai permulaan, kami cadangkan anda memulakan bacaan di Portal Jabatan Perangkaan Malaysia. Banyak info penting anda boleh ambil di sana.

Contoh soalan temuduga Pembantu Perangkaan - soalan wajib

02. Tahukah anda, terdapat satu soalan wajib dalam setiap temuduga yang dianjurkan SPA? Apakah soalan istimewa tersebut?

Iaitulah anda akan diminta memperkenalkan diri!

Hanya bentuk soalannya sahaja yang diolah dengan cara yang berbeza orang panel yang berlainan.

Tips: Sila sediakanlah skrip jawapan yang paling bernas (bukan angkat bakul ye) anda boleh fikirkan mengenai diri anda, tulis skrip tersebut ke dalam sekeping kertas dan hafal. Jangan terlalu panjang dan pastikan jawapan anda lengkap dan padat.

Contoh soalan temuduga Pembantu Perangkaan E19 - soalan teknikal

03. Panduan seterusnya, persiapkan diri anda untuk menghadapi soalan-soalan teknikal yang melibatkan tugas Pembantu Perangkaan E19 seperti berikut:


a) Ukuran Kecenderungan Pusat (untuk data berkumpulan): Min, Median dan Mod.

b) Pengukur Relatif: Peratus

c) Kadar: Kadar pengangguran, Kadar kelahiran, Kadar kematian, Kadar pertumbuhan dan Kadar hasil pertanian.

d) Nisbah

e) Indeks: indeks harga-harga dan indeks pengeluaran perindustrian

f) Pembulatan dan Angka Signifikan: Membulat angka dan Mencari angka signifikan.

g) Penukaran Unit Ukuran: Penukaran unit ukuran panjang, berat, luas dan isipadu ke sistem matrik dan sebaliknya.

h) Algebra Mudah: Persamaan mudah dan Persamaan serentak.

i) Jenis Data: Data diskrit, Data selanjar, Data kuantitatif dan Data Kualitatif.

j) Taburan Kekerapan: Kelas dan sela kelas, kelas sama, kelas tak sama dan kelas terbuka; Kekerapan kumulatif dan relatif; Persembahan taburan kekerapan dalam bentuk grafik (histogram dan polygon).

k) Persembahan Data secara Graf: Persembahan data secara graf melalui carta turus (carta turus mudah carta turus komponen, carta turus terkumpul, carta turus peratusan, carta turus dua pihak) : pictogram : kartogram : carta pai/bulatan: graf garisan.

Lagi bacaan tambahan : Soalan temuduga Pembantu Makmal C19.

l) Penakbiran Statistik: konsep dan perbandingan populasi dan sampel; Jenis-jenis pensampelan (pensampelan rawak mudah dan pensampelan bersistematik); Ralat pensampelan dan ralat bukan pensampelan.

m) Jadual Nombor Rambang: Menggunakan jadual-jadual nombor rambang dalam memilih unit-unit perangkaan seperti tempat kediaman, pertubuhan, punca pungutan hargadan sebagainya.

Konsep asas statistik Pembantu Perangkaan

04. Konsep-konsep asas penyiasatan dalam menghasilkan statistik juga jangan diabaikan. Kita tidak tahu mungkin ada di antara konsep asas ini yang bakal ditanya.

Sila ulangkaji konsep-konsep yang lazim digunakan di bawah:

a) Konsep-konsep yang digunakan dalam penyiasatan isi rumah dan pungutan harga-harga.

b) Konsep-konsep yang digunakan dalam penyiasatan pertubuhan dan interprise.

c) Konsep-konsep yang digunakan dalam penyiasatan pertanian.

d) Konsep-konsep yang digunakan dalam Demografi.

e) Konsep-konsep yang digunakan dalam Akaun Negara dan Perdagangan Luar Negeri.

Penguasaan Bahasa Inggeris

05. Satu lagi yang turut tidak kurang mustahak adalah usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Anda harus bersedia ditemuduga dalam Bahasa Inggeris untuk jawatan Pembantu Perangkaan E19 ini.

Anda pun tahu peraturannya, 'penemuduga soal dalam BM jawab dalam BM yang amat baik', 'penemuduga soal dalam BI jawab dalam BI yang fasih'.

Contoh soalan temuduga Pembantu Perangkaan E19 - pengetahuan am

06. Juga menjadi perkara biasa bagi panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda atau ada masanya mereka hanya sekadar ingin berbual kosong tetapi dengan tujuan tertentu.

Macamana kalau perkara pertama yang keluar daripada mulut panel selepas anda duduk ialah - 'Apa pendapat awak tentang strategi yang digunakan oleh jurulatih bola kebangsaan?'.

Apa nak jawab kalau tak tahu.

Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am termasuklah: Isu politik semasa, perkembangan sukan semasa, isu sosial hangat semasa

Dan isu berkaitan perangkaan seperti: Penunjuk ekonomi Malaysia, Indeks harga pengguna, Perangkaan getah bulanan, KDNKK negara dan lain-lain.

Rujukan persiapan temuduga

07. Akhir sekali, jika anda belum pernah menduduki sesi temuduga untuk sektor awam, tentulah belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.

Ada suatu rahsia yang kami ingin beritahu..

Panel bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai calon lain yang lebih cemerlang keputusannya.

Dalam mana-mana temuduga kerajaan - tidak kira sesi temuduga soal jawab atau pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan.

Perhatian panel adalah lebih kepada sahsiah, etika, pemakaian, komunikasi dan kesesuaian calon untuk jawatan berkenaan. Bukan semata-mata akademik!

Jangan terlalu bergantung kepada kelayakan akademik anda. Ia memainkakn peranan yang amat kecil sahaja.

Anda amat disarankan agar memperkemaskan diri dengan memiliki rujukan tambahan menghadapi sesi temuduga ini.

Rujukan ini cukup sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Pembantu Perangkaan E19 dan boleh digunakanpakai untuk semua jenis jawatan kerajaan yang dipohon dan bakal ditemuduga kelak.

contoh soalan temuduga Pembantu Perangkaan E19


Anda harus dapatkannya hari ini juga!

Bidang tugas Pembantu Perangkaan Gred E19

Akhir sekali, jangan sesekali lupa tugas utama seorang Pembantu Perangkaan Gred E19. Kemungkinan adalah agak tinggi untuk soalan ini diajukan.

Sebagai peringkatan, tugas seorang Pembantu Perangkaan Gred E19 ialah "bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan aktiviti-aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara".

Selamat menduduki temuduga Pembantu Perangkaan Gred E19 daripada kami dan semoga berjaya!

Semakan Peperiksaan Online PSEE Pembantu Perangkaan

Semakan keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) boleh dibuat melalui pautan berikut :


Semakan jadual temuduga Pembantu Perangkaan

Bagi yang lain, semakan jadual temuduga Pembantu Perangkaan E19 (Sabah) boleh diperolehi dengan menggunakan link ini :

Jadual temuduga Pembantu Perangkaan (Sabah)

Semakan keputusan temuduga Pembantu Perangkaan

Kepada yang baru sahaja selesai menjalani sesi temuduga, pasti berdebar menanti keputusannya. Sila buat semakan keputusan temuduga anda melalui pautan ini :




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

3 comments:

  1. temduga dalam basaha Ingeeris atau bahasa Melayu

    ReplyDelete
  2. pembantu perangkaan e17 ni macam keje dia banci banci tu la ye ?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!