Panduan Temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19

contoh soalan temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 ; Tgh cari rujukan Contoh Soalan Temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19? Teruskan bacaan jika ya adalah jawapan anda.

Permohonan jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat N19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA8 di Portal SPA8i. Permohonan jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Panduan Temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Untuk sepanjang bulan September dan Oktober ini sahaja, pihak SPA menjalankan tiga sesi temuduga untuk jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19.

Jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang berkongsikan iklan-klan jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh negara.

Di samping selalu berkongsi tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini.

Oleh itu, kami kuat mencadangkan kepada anda agar mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di bawah supaya anda tidak ketinggalan setiap kali ada update terkini.

Penempatan Pembantu Setiausaha Pejabat

Sedikit imbasan, anda sebagai calon temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 pasti sedia maklum bahawasanya jawatan ini akan ditempatkan sama ada di pelbagai kementerian, jabatan kerajaan, pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan, pentadbiran kerajaan Melaka, pentadbiran kerajaan Pulau Pinang atau di pentadbiran kerajaan Perlis.
Sekiranya anda dipanggil ke ujian psikometrik, sila baca : 2 perangkap dalam ujian psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Situasi temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat

Sebelum itu, ingin kami tegaskan bahawa situasi temuduga setiap orang atau calon adalah unik. Ini bermakna, tidak ada dua orang calon yang akan disoal dengan pertanyaan yang serupa 100%.

Pasti ada perbezaan. Kalau tidak banyak, sikit pasti ada.

Sebab itulah, jangan hairan jika ada antara calon yang berada di bilik temuduga lebih daripada 15 minit manakala yang lain pula kurang daripada 5 minit!

Jadi adalah suatu perkara yang mustahil untuk kami mampu kongsikan apakah soalan yang bakal ditanya kepada anda dengan tepat.

Perkara itu hanya Tuhan yang maha Esa saja yang tahu. Baik. Dengan perkara itu anda sudah faham, maka kita teruskan.

Contoh soalan temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Berikut merupakan lapan tips & panduan temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19:
1. Paling lazim, biasanya kami akan mengesyorkan anda membaca dan menghafal deksripsi tugas sebagai seorang Pembantu Setiausaha Pejabat N19. Kenapa?

Jarang-jarang sekali calon tidak diajukan dengan soalan popular ini. Jadi sediakan diri anda dengan jawapan yang paling bagus anda boleh perolehi.

Tips: Tugas seorang Pembantu Setiausaha Pejabat N19 mirip kepada tugas seorang Pembantu Tadbir N19 dengan sedikit perbezaan sahaja.

2. Satu lagi soalan bonus daripada panel penemuduga ialah meminta anda memperkenalkan diri. InsyaAllah inilah soalan jarang tidak diajukan. Sediakanlah skrip jawapan yang baik dan hafal.

Tips: Terangkan serba sedikit berkenaan anda dan latar belakang keluarga. Apa yang lebih menarik minat panel ialah latar belakang pendidikan anda.

Tekankan lebih mengenai pengalaman kerja anda (jika ada).


3. Kadang-kadang panel penemuduga akan bertanya rancangan anda untuk melanjutkan pelajaran.

Tips: Jawab 'iya' dan nyatakan peluang untuk melanjutkan pelajaran jika bekerja di sektor awam lebih terbuka luas.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner




4. Adakalanya, panel akan mengajukan soalan jenis provokasi misalnya - "hmm.. nampaknya kelayakan awak terlalu bagus untuk jawatan ini".

Tips: Soalan jenis ini memerangkap paling ramai calon. Jangan cepat melenting dan jangan cepat membuat andaian.

Juga jangan terlalu cepat mengalah dan menjadi kurang bermotivasi.

Boleh jadi panel ingin melihat sejauh mana kematangan anda dalam menghadapi situasi menekan dan ditekan.

Tips untuk soalan temuduga teknikal Pembantu Setiausaha Pejabat

5. Sediakan diri anda untuk menghadapi soalan-soalan berbentuk teknikal yang melibatkan bidang tugas Pembantu Setiausaha Pejabat N19.

Secara am,

Berikut adalah bidang tugas atau deskripsi tugas Pembantu Setiausaha Pejabat N19 :


Seorang Pembantu Setiausaha Pejabat adalah bertanggungjawab memastikan urusan harian di pejabat / pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi / pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail.

Di samping itu, Pembantu Setiausaha Pejabat juga wajib memastikan semua keperluan rasmi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi / pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.

Skop kerja Pembantu Setiausaha Pejabat

Selain itu, sila ulangkajji dan baca mengenai skop kerja yang kami cadangkan di bawah :
a) Pengurusan kewangan: Perancangan, penyediaan dan kawalan belanjawan, Pengurusan perbelanjaan, Pengurusan perolehan, Pengurusan aset dan stor, Pengurusan hasil kerajaan, Akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan, Arahan Kewangan dan Perakaunan LKW 2006 dan Elaun-elaun dalam perkhidmatan.

b) Pentadbiran: Pengurusan fail dan rekod, Keurusetiaan (Urusan mesyuarat/bengkel/seminar/kursus) dan Pengurusan Dokumen Terperingkat.

c) Pengurusan Aset: Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pengurusan Stor.

d) Arahan Keselamatan: Keselamatan Fizikal, Keselamatan Dokumen dan Keselamatan Peribadi.

Tips untuk soalan temuduga pengetahuan am Pembantu Setiausaha Pejabat

6. Tidak terkecuali, ada masanya panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda.

Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am termasuklah:

a) Isu politik semasa dalam dan luar negara

b) Isu semasa pengurusan sumber dan pembangunan negara

c) Perkembangan sukan dalam dan luar negara

Penguasaan bahasa Inggeris dalam temuduga

7. Selain di atas, satu lagi yang turut tidak kurang pentingnya ialah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Siapa tahu, dalam temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 ini barangkali melibatkan beberapa soalan dalam bahasa Inggeris.
Jangan lupa : Menyemak & mengemaskini permohonan SPA8i anda
Anda pun tahu undang-undangnya,

'Panel penemuduga tanya dalam Bahasa Melayu, jawab dengan Bahasa Melayu yang amat baik'

'Panel penemuduga tanya dalam Bahasa Inggeris jawab dengan Bahasa Inggeris yang fasih'.

Rujukan persiapan temuduga sektor kerajaan

8. Bagi mereka yang pertama kali menduduki sesi temuduga, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.

Anda amat patut memiliki panduan menduduki temuduga di bawah untuk kemudahan anda, ia mengandungi koleksi 250 soalan temuduga dan skema jawapan:

contoh soalan temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19



Panduan ini amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 dan boleh digunakanpakai untuk semua jenis jawatan kerajaan yang dipohon.

Ia sebuah pakej lengkap kerana mengandungi banyak topik mustahak kepada seorang calon temuduga seperti :


  1. apakah soalan lazim yang ditanya,
  2. apakah pula skema jawapan yang sesuai,
  3. cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung,
  4. etika pemakaian yang betul
  5. dan beberapa topik penting lagi.

Selamat menduduki temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 daripada kami dan semoga berjaya!

Oh.. ya, sekali lagi diingatkan, bagi yang terlibat dengan Ujian Psikometrik bagi jawatan ini, sila baca post lepas kami mengenai ujian psikometrik jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!