Panduan Temuduga Penguasa Kastam WK41

Panduan Temuduga Penguasa Kastam W41

Contoh Soalan temuduga Penguasa Kastam WK41; Masih tercari-cari rujukan contoh soalan untuk menduduki temuduga Penguasa Kastam Gred WK41? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Panduan Temuduga Penguasa Kastam WK41.

Temuduga merupakan proses akhir dalam pemilihan, dimana pihak SPA sendiri yang mengambil peranan untuk menjalankannya.

Temuduga diadakan dengan tujuan utama untuk menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu jawatan di sektor kerajaan tertentu (dalam kes ini iaitu jawatan Penguasa Kastam WK41).

Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yang dibuat di peringkat awal (peperiksaan dan penilaian kompetensi).
Info tambahan : Semak dan kemaskini permohonan SPA8i anda
Di antara kriteria yang akan diberi fokus utama dalam sesi temuduga termasuklah sahsiah dan minat terhadap jawatan ini, kelayakan akademik bersesuaian atau tidak, keterampilan menarik dan keserasian dengan bidang tugas yang bakal dipikul kelak.

Selesai urusan temuduga, calon terbaik di kalangan calon paling berkualiti akan diperakukan untuk dilantik sebagai salah seorang pegawai ideal Penguasa Kastam WK41.

Kami percaya, tuan dan puan yang menemui artikel ini adalah terdiri daripada kalangan calon yang terpanggil ke sesi temuduga Penguasa Kastam Gred WK41.

Jadual gaji Penguasa Kastam WK41

Gaji Minimum - RM2,094.00
Gaji Maksimum - RM9,585.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM225.00

Statistik pengambilan Penguasa Kastam WK41

Pastinya anda tahu benar yang calon dipanggil ke sesi temuduga pada tahun ini adalah seramai 30,000 individu! Manakala jumlah kekosongan jawatan hanyalah sebanyak 600 tempat sahaja. Jadi temuduga Penguasa Kastam WK41 ini bukanlah sesi interview yang anda boleh main-main dengannya.

Bidang tugas Penguasa Kastam WK41

Berikut adalah skop kerja seorang Penguasa Kastam WK41 :

  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen. 



  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.



  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.



  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Rujukan tambahan : 6 contoh jawapan PADU semasa temuduga

Tips temuduga Penguasa Kastam WK41

Di sini, kami senaraikan secara ringkas beberapa tips panduan temuduga Penguasa Kastam WK41. InsyaAllah jika anda ikuti akan membantu persediaan:

Ambil Cuti

Jika anda bekerja, sila mohon cuti rehat kerana pihak SPA tidak mengadakan sesi temuduga Penguasa Kastam WK41 ini secara online!

Mohon awal, jangan tunggu tinggal sehari sebelum terikh temuduga. Apa kepentingannnya?

Ini bagi membebaskan fikiran anda daripada bebanan tugas di samping dapat menumpukan kepada persiapan-persiapan akhir.

Sediakan Pakaian Sesuai

Macam juga sediakan kata peribahasa yang berbunyi 'Sediakan payung sebelum hujan'. Jangan sekali-kali datang ke temuduga dengan baju T dan berseluar jeans!

Alamat memang kena halau lah.
Baca juga : Panduan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29
Bagi calon lelaki, semak tali leher, baju kemeja lengan panjang, seluar slack atau kasual, kot atau blazer, kasut hitam berkilat dan rambut dipotong kemas.

Bagi calon wanita pula, pastikan sudah ada baju lengan panjang (tidak kira kemeja atau baju kurung), seluar slack atau skirt atau kain sarung (mana-mana yang sesuai), kot atau blazer, kasut hitam bertapak flat dan lain-lain.

Untuk panduan lengkap memilih cara pakaian ke temuduga, sila semak panduan lengkap temuduga.

Sediakan Dokumen Diperlukan

Pastikan surat panggilan, sijil, diploma, ijazah, resume dan dokumen sokongan lain sudah dibuat salinan fotokopi dan disahkan oleh individu berkenaan.

Susun dengan betul, jangan tunggang-langgang di dalam fail holder baharu.

Simpan di tempat yang selamat daripada banjir, kebakaran, serangan serangga perosak seperti lipas dan tikus.

Susun dan Baca Nota

Siapa yang mahu hadir ke sesi temuduga Penguasa Kastam WK41 tanpa membuat nota?

Jadi sila semak dan susun mengikut bab atau bahagian nota-nota yang sudah anda buat.

Jangan setakat susun, buatlah review dan baca semula nota tadi.

Ini akan membuatkan otak menayangkan flashback ketika anda menulisnya sebelum ini dan memudahkan anda mengingat untuk tempoh yang lebih lama.

Tingkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Selain itu, satu lagi yang turut tidak kurang pentingnya ialah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda.

Kami hampir pasti temuduga untuk jawatan sebagai Penguasa Kastam WK41 ini melibatkan beberapa soalan dalam bahasa Inggeris.

Anda pun tahu undang-undangnya, 'panel penemuduga tanya dalam Bahasa Melayu jawab dengan Bahasa Melayu yang amat baik', 'panel penemuduga tanya dalam Bahasa Inggeris jawab dengan Bahasa Inggeris yang fasih'.

Jaga Makan dan Minum

Pernah dengar 'you are what you eat'?

Jangan sesekali singgah membeli makanan daripada kedai makan yang diragui tahap kebersihannya (time otw ke lokasi interview).

Juga jangan sesekali menjamah makanan dan minuman yang berlebihan garam, berlebihan bahan pengawet, berlebihan pewarna atau berlebihan bahan perisa.

Kita bukan setakat tidak mahu sakit perut pada hari temuduga diadakan tetapi juga menjaga tahap kolesterol dan kesihatan untuk jangka masa panjang.

Mohon Restu Ibubapa

Restu daripada ibubapa membawa seribu keberkatan dalam kehidupan.

Bukan setakat untuk temuduga ini sahaja bahkan di sepanjang kehidupan kita.

Salam tangan mereka, cium pipi keduanya sebelum gerak ke pusat temuduga.

Bagi yang tinggal berjauhan, call atau paling tidak sekalipun SMS lah.

Rehatkan Diri

Setelah semua persediaan dilakukan, inilah masanya untuk anda merehatkan diri.

Tenangkan hati dan lapangkan fikiran. Pelbagai cara boleh dibuat seperti menonton TV, baring-baring atau bersantai dengan rakan-rakan di kedai kopi.

Tapi pastikan anda balik awal dan tidur awal sebelum ke temuduga.

Berdoa Mohon Kejayaan

Sebelum tidur berdoalah kepada tuhan. Anda sudah berusaha sebaik mungkin.

Kini selebihnya kita serahkan kepada tuhan. Bagi yang beragama Islam, bangun awal sedikit (setengah jam sebelum solat Subuh masuk) untuk mendirikan solat hajat kerana waktu itu doa mustajab.

Contoh soalan temuduga Penguasa Kastam WK41

Sesi temuduga biasanya akan dijalankan oleh sekurang-kurangnya 2 orang panel. Seorang daripada SPA dan seorang panel lagi daripada Jabatan Kastam sendiri.

Cuba sedaya-upaya menjawab soalan temuduga dengan sebaik mungkin dan tambat hati mereka dengan jawapan-jawapan yang padu!

Berikut disenaraikan beberapa contoh soalan temuduga Penguasa Kastam WK41. Harus diingat, ini hanya sebagai rujukan sahaja.


  • Adakah anda pernah menghadiri seisi temuduga jawatan kerajaan sebelum ini?
  • Jika YA, apakah faktor yang menyebabkan anda tidak berjaya dalam sesi temuduga tersebut?
  • Apakah pekerjaan anda sekarang?
  • Apakah kelebihan yang anda miliki berbanding calon temuduga lain?
  • Jika diterima menjawat jawatan sebagai Penguasa Kastam WK41, apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada jabatan?
  • Terangkan tentang tanggungjawab dan skop kerja Penguasa Kastam WK41 ?
  • Boleh anda ceritakan secara ringkas prosedur untuk mengimport & mengeksport barangan ?
  • Pandangan anda apakah langkah yang perlu diambil untuk mencegah aktiviti penyeludupan ?
  • Jika ditawarkan bekerja di Sabah, Sarawak atau Labuan, adakah anda sanggup ?
  • Selain dari berbahasa Melayu, apakah bahasa lain yang anda boleh?
  • Anda boleh berbahasa Inggeris. Jawab soalan berikut dalam bahasa Inggeris. Terangkan fungsi Jabatan Kastam Diraja Malaysia ?
  • Jabatan Kastam Diraja Malaysia bernaung di bawah kementerian mana?
  • Siapakah menteri yang menerajui kementerian ini ?
  • Apa yang anda faham tentang kawasan zon bebas cukai ?
  • Apa yang anda faham tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)?
  • Apa itu GST?
  • Apa itu SST (Sales and Service Tax)
  • Terangkan perbezaan GST dan SST.


Rujukan temuduga Penguasa Kastam WK41

Untuk mendapatkan panduan penuh ke temuduga termasuk 250 koleksi soalan lazim temuduga dan teknik efektif menjawab soalan temuduga, sila dapatkan melalui pautan di bawah:

contoh soalan temuduga Penguasa Kastam WK41


Akhir sekali, kami doakan kejayaan anda dalam sesi temuduga Penguasa Kastam WK41.

Terlebih dahulu kami ucapkan selamat bertugas sebagai tuan / puan Penguasa Kastam!

-------------

Rujukan tambahan: Kami cadangkan anda membaca pelbagai info lengkap dunia perkastaman dalam usaha anda mempersiapkan diri dengan melayari Blog Penguasa Kastam.

1 comment:

  1. menarik tips ni... Selalu ramai calon tak cukup tidur sebab terlalu sibuk buat ulang kaji.. sebenarnya pengetahuan am bukanlah WAJIB tahu.. yg penting keyakinan diri ketika menjawab soalan daripada panel.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!