Panduan Temuduga Penolong Pegawai Arkib S29

Contoh Soalan temuduga Penolong Pegawai Arkib S29

Panduan Temuduga Penolong Pegawai Arkib S29

Contoh Soalan temuduga Penolong Pegawai Arkib S29; Masih tercari-cari rujukan contoh soalan untuk menduduki temuduga Penolong Pegawai Arkib Gred S29? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Jadual gaji Penolong Pegawai Arkib S29

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat dahulu jadual gaji untuk jawatan ini. Sudah pasti ini menjadi antara faktor yang menarik untuk dilihat.. Hehe

Gaji minimum - RM1,493.00
Gaji maksimum - RM5,672.00
KGT - RM 145.00

Bidang tugas Penolong Pegawai Arkib S29

Berikut adalah deskripsi tugas hakiki seorang Penolong Pegawai Arkib :

Menguruskan sumber perolehan bahan-bahan arkib dari sumber-sumber awam/persendirian, pemprosesan, pemeliharaan, pengawetan, penjilidan, penyediaan panducari rekod, pemindahan, penilaian, ulangkaji dan penurunan taraf rekod-rekod yang terperingkat, aktiviti sebaran dan pengumpulan maklumat serta urusan pentadbiran dan kewangan.

Kelayakan Penolong Pegawai Arkib S29

Calon bagi lantikan terus hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
iii. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95);

Kelayakan tambahan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia.

Tips Temuduga Penolong Pegawai Arkib S29

Duduklah dengan tenang di ruang menunggu. Setelah nama dipanggil, anda bolehlah melangkah ke dalam bilik temuduga.

Ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk, ketuk 2-3 kali sahaja. Semasa melangkah masuk ke dalam bilik itu, pastikan anda berjalan tegak dan diiringi dengan langkah yang kemas.

Jangan angkat dada anda terlalu tinggi semasa berjalan (nanti tanggapan pertama penemuduga terjejas terhadap anda).

Ingat, tanggapan pertama penemuduga akan menentukan sama ada anda lulus atau gagal.

Kalau panel penemuduga senang bila pertama kali melihat anda, peluang anda lulus sudah terbentang luas!

Sesampai di hadapan panel penemduga, beri salam atau ucapan selamat sejahtera. Hulurkan tangan dan genggam erat tangan panel penemuduga (salam panel lelaki sahaja jika anda calon lelaki) dan begitu juga sebaliknya.

Ini membenihkan perasaan mesra antara anda dan para panel. Pandang mata mereka dan senyum.

Kemudian, berdiri tegak di tepi kerusi. Jika anda sudah diminta duduk maka duduklah dengan tenang dan selesa. Jika belum, jangan sekali-kali duduk!

Tips: Ucap terima kasih kerana dibenarkan duduk, jangan ubah kedudukan asal kerusi, jangan silang kaki dan sila letakkan beg di bawah.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Arkib S29

Sekarang, sesi temuduga sebenar pun bermula. Walau bagaimana pun, apa yang disenaraikan di bawah ini bukanlah Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Arkib S29 yang paling tepat kerana tiada siapa yang tahu apa akan disoal oleh panel penemuduga kepada anda.

Simpan dalam ingatan, setiap calon ditanyakan soalan berbeza dan situasi yang dilalui juga turut berlainan walaupun ditemuduga pada hari yang sama!

Apa yang dikongsikan di sini adalah Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Arkib S29 yang lazim ditanya sahaja.

Bahkan soalan-soalan ini juga mungkin turut ditanya dalam kebanyakan temuduga untuk pelbagai jawatan lain.

Sebelum itu, andai anda baru pertama kali tiba ke blog ini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang berkongsikan iklan-klan jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh pelosok negara.

Di samping, sering berkongsi tips-tips mencapai kerjaya impian misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini.

Oleh itu, kami kuat mengesyorkan agar anda mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di bawah ini supaya anda tidak ketinggalan setiap kali ada update terkini yang diterbitkan. Ia percuma dan ia terus ke dalam emel anda. Terima kasih.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner



Contoh Soalan Temuduga berkaitan Jabatan Arkib

1. Sediakan jawapan untuk soalan-soalan yang berkaitan Jabatan Arkib seperti di bawah:

a) Apakah tugas seorang Penolong Pegawai Arkib S29?

b) Siapakah Ketua Pengarah Jabatan Arkib Negara sekarang?

c) Jabatan Arkib Negara berada di bawah kementerian mana?

d) Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut ketika ini?

e) Namakan timbalan kepada beliau?

f) Apakah tugas Jabatan Arkib Negara?

g) Sebutkan motto Jabatan Arkib Negara dan apakah warna rasmi bagi Jabatan Arkib Negara?

h) Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya sebagai sebuah institusi penyimpanan rekod dan pemulihan, Jabatan Arkib Negara tertakluk kepada akta / peraturan. Boleh anda terangkan akta / peraturan berkaitan yang anda tahu?

i) Apakah objektif penubuhan Jabatan Arkib Negara?

2. Tahukah anda, ada satu soalan bonus dalam setiap temuduga? Apakah soalan tersebut? Anda akan diminta memperkenalkan diri. Hanya bentuk soalannya sahaja yang diolah dengan cara yang berbeza.

Tips: Sila sediakanlah skrip jawapan yang paling bernas anda boleh fikirkan mengenai diri anda dan hafal. Jangan menjawab terlalu panjang soalan ini, pastikan lengkap dan padat.

Contoh Soalan temuduga teknikal Penolong Pegawai Arkib S29

3. Panduan seterusnya, persiapkan diri anda untuk menghadapi soalan-soalan teknikal yang melibatkan bidang tugas atau skop kerja seorang Penolong Pegawai Arkib S29 seperti berikut:

a) Konsep Pengurusan Rekod: Definisi Rekod, Pengurusan Rekod, Pewujudan Rekod, Penggunaan dan Penyenggaraan Rekod dan Pelupusan Rekod.

b) Perundangan Dalam Pengurusan Rekod: Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dan Panduan Pengurusan Pejabat Bil. 5/2007 (Bab 6, 7 & 8).

c) Keperluan Ruang Penyimpanan Rekod: Spesifikasi Ruang Penyimpanan Rekod; Keperluan fizikal dan susun atur; Kawalan suhu, kelembapan dan cahaya; Keperluan peralatan / kelengkapan ruang penyimpanan rekod; Keselamatan.

d) Pelupusan Rekod: Definisi Pelupusan Rekod dan Faedah Pelupusan Rekod.

e) Pentadbiran Arkib: Kemasukan data (COMPASS, AMS, MAMS) dan Pencarian bahan.

f) Kertas dan Alat Tulis: Pembuatan, komposisi, jenis dan mutu kertas; Ujian kandungan asid, ketahanan kertas dan pengenyahan asid; Jenis dakwat, kesannya dan kerosakan terhadap kertas; Kerja-kerja Pemuliharaan Rekod.

g) Kerosakan Bahan Arkib: Kerosakan secara fizikal, Kerosakan biological dan Kerosakan kimiawi.

h) Pengawetan dan Penjilidan: Prinsip-prinsip pengawetan / penjilidan; Jenis dan proses pengawetan / penjilidan; Pengawetan / penjilidan rekod pelbagai saiz.

4. Jangan hadkan diri kepada pencarian untuk mencari jawapan bagi soalan teknikal di (a) - (h) di atas saja. Jika anda rajin, dapatkan juga maklumat lanjut dengan membuat rujukan lain. Antara rujukan yang dicadangkan ialah:

a) Panduan Pelupusan Rekod Awam: Siri Pengurusan Rekod Kerajaan. Arkib Negara Malaysia. 2010.

b) Maedke, Robek, Brown, 1974. Information and Records Management. London: Glenco Publishing Co. Inc. Encinpolicaliforni.

c) Jenkinson, Sir Hilary, 1965. A Manual of Archive Administration (2nd) ed.). London, United Kingdom.

d) Pelupusan Bahan-bahan Bercetak / Kertas Terpakai: Surat Kementerian Kewangan Rujukan KB557/97/54 Jld.4(47) bertarikh 3 November 1993.

Perbaiki penguasaan Bahasa Inggeris anda

5. Satu lagi yang turut tidak kurang mustahak adalah usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Bahan-bahan untuk arkib terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris jadi anda harus bersedia ditemuduga dalam Bahasa Inggeris untuk jawatan Penolong Pegawai Arkib S29 ini.

Anda pun tahu peraturannya, 'penemuduga tanya dalam BM jawab dalam BM yang amat baik', 'penemuduga tanya dalam BI jawab dalam BI yang fasih'.

Contoh Soalan temuduga pengetahuan am Penolong Pegawai Arkib

6. Juga kerap kali didapati, panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda atau ada masanya mereka hanya sekadar ingin berbual kosong tetapi dengan tujuan tertentu.

Macamana kalau perkara pertama yang keluar daripada mulut panel selepas anda duduk ialah - 'Sekarang ni, pasukan bola negara tangga ke berapa dunia ya?'.

Apa nak jawab kalau tak tahu. Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am termasuklah:

a) Isu politik semasa

b) Perkembangan sukan semasa

c) Isu sosial hangat semasa

d) Isu berkaitan dunia perekodan dan arkib

Rujukan persiapan ke temuduga

7. Akhir sekali, jika anda belum pernah menduduki sesi temuduga untuk sektor awam, tentulah belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.

Kami cadangkan rujukan menduduki temuduga di bawah untuk rujukan pantas anda, ia mengandungi koleksi lebih daripada 250 soalan temuduga dan skema-skema jawapan terbaik.

tips & Contoh Soalan temuduga Penolong Pegawai Arkib S29

Ia sebuah pakej lengkap menghadiri temuduga secara am kerana mengandungi banyak topik penting untuk calon-calon temuduga seperti:


  • Soalan lazim yang ditanya,
  • Skema jawapan yang sesuai,
  • Cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung,
  • Apa perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas temuduga,
  • Etika pemakaian temuduga jawatan bertaraf sijil, diploma dan ijazah,
  • Dan beberapa topik penting lagi.

Selamat menduduki temuduga Penolong Pegawai Arkib S29 daripada kami dan semoga berjaya!




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!