Soalan Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29 ; Tgh cari rujukan Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29? Teruskan bacaan jika ya adalah jawapan anda.

Anda menemui artikel ini sudah pasti kerana anda adalah salah seorang calon yang dipanggil ke temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29.

Awal pertemuan, terlebih dahulu tahniah kami ucapkan. Ini sudah tentu salah satu daripada rangka usaha anda untuk membuat persediaan menghadapi hari temuduga nanti bukan?

Jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang berkongsikan iklan-klan jawatan kosong terkini dari seluruh negara.

Di samping selalu berkongsi tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini.

Oleh itu, kami kuat mencadangkan kepada anda agar mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di bawah supaya anda tidak ketinggalan setiap kali ada update terkini.

Permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29

Sekiranya ingin memohon jawatan Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan melalui borang SPA8 di Portal SPA8i. Permohonan jawatan kososng Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Harus diingat, tempoh sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Syarat lantikan dan kelayakan Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Diploma dalam bidang teknologi makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).

Dan

Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Jadual gaji Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29;

Gaji minimum - RM1,505.00
Gaji maksimum - RM5,696.00
KGT - RM145.00

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Pegawai Teknologi Makanan layak terima.

Penempatan Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29

Sedikit flashback, anda sebagai calon temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29 pasti sedia maklum bahawasanya calon yang akan dilantik ke jawatan ini akan ditempatkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana agensi di bawahnya.

Sebelum membaca perkongsian ini dengan lebih lanjut, suka kami tegaskan bahawa situasi temuduga setiap orang atau calon adalah unik.

Ini bermakna, tidak ada dua orang calon yang akan disoal dengan pertanyaan yang serupa 100%. Pasti ada perbezaan. Kalau tidak banyak, sikit pasti ada. Sebab itulah, jangan hairan jika ada antara calon yang berada di bilik temuduga lebih daripada 15 minit manakala yang lain pula kurang daripada 5 minit!

Oleh kerana itu, adalah suatu perkara yang mustahil untuk kami dapat kongsikan apakah soalan yang bakal ditanya kepada anda dengan tepat. Perkara itu hanya Tuhan yang maha Esa saja yang tahu. Baik. Dengan perkara itu anda sudah fahami, maka kita akan teruskan.

Berikut merupakan tips panduan temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29:

Deskripsi tugas Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29

1. Paling lazim, biasanya kami akan mengesyorkan anda membaca dan menghafal deksripsi tugas sebagai seorang Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29. Kenapa? Jarang-jarang sekali mana-mana calon tidak diajukan dengan soalan yang kerap ditanya ini. Sediakan diri anda dengan jawapan yang paling baik anda boleh perolehi (tidak kiralah dari mana pun sumbernya).

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29 (soalan bonus)

2. Tahukah anda, bahawa terdapat satu soalan bonus dalam setiap temuduga? Apakah soalan tersebut? Soalan ini tidak pernah terlupa untuk panel penemuduga ajukan.

Iaitu mereka akan meminta anda memperkenalkan diri. Sila sediakanlah skrip jawapan yang paling bernas anda boleh buat mengenai diri anda dan hafal.

Hanya bentuk soalannya sahaja yang dioleh dengan cara yang berbeza oleh panel yang berlainan.

Misalnya, ada panel yang bertanya seperti ini - 'Beritahu kami nama, no kad pengenalan, mak abah asal daripada mana, alamat semasa, tahun bila awak ambil SPM dan juga keputusan bagi setiap subjek yang awak ambil?'. Huh.. memang jenuh la nak jawab panjang lebar macam tu kan.

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29 (berkaitan pengalaman kerja)

3. Bersiap sedia juga dengan soalan berkaitan pengalaman kerja. Ini biasanya menjadi keutamaan panel terutama untuk jawatan yang melibatkan calon berkelayakan diploma atau ijazah.

Kerana ia melibatkan kebolehan anda melakukan kerja kelak apabila dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29.

Boleh jadi soalannya berbunyi - 'Apakah jawatan awak sekarang dan apa tugas yang awak buat?' atau 'Apa yang sedang awak lakukan sekarang?'.

Tips: Untuk soalan ini, penekanan harus anda berikan kepada tugas-tugas yang anda lakukan. Senaraikan semua tugas dari penting-penting sehingga yang remeh-temeh. Kalau boleh cakaplah sebanyak yang anda mahu sampai panel mencelah.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29 (soalan popular)

4. Berikut kami senaraikan beberapa soalan popular lain yang berkemungkinan akan ditanya dalam temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29. InsyaAllah ada di antaranya mungkin keluar. Carilah jawapan terbaik dan hafal:
  1. Siapakah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia sekarang?
  2. Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut ketika ini?
  3. Namakan timbalan kepada beliau?
  4. Nyatakan agensi-agensi lain yang turut terlibat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia?
  5. Apakah tugas Kementerian Kesihatan Malaysia?
  6. Sebutkan motto Kementerian Kesihatan Malaysia dan apakah warna rasmi bagi Kementerian Kesihatan Malaysia?
  7. Apa pendapat awak tentang Klinik 1Malaysia?
  8. Ebola Viral Disease atau EVD menjadi isu yang berlegar dalam masyarakat kita baru-baru ini. Bagaimana EVD berjangkit dan apa pula langkah pencegahan yang wajar diambil?
  9. Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan kempen berkaitan Denggi. Apa yang anda tahu mengenainya?
  10. Berikan beberapa maklumat yang anda tahu mengenai H7N9.
Tips tambahan: Jangan terhad mencari maklumat setakat untuk mencari jawapan soalan (a)-(j) saja. Luaskan bacaan dan rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang punya pengalaman ditemuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29.

5. Kita tidak tahu apakah nasib yang bakal menimpa, adakalanya panel akan mengajukan soalan jenis provokasi misalnya - 'kami rasa awak kurang sesuai untuk jawatan ini'.

Tips Penting: Soalan jenis ini memerangkap paling ramai calon. Nasihat kami, jangan cepat melenting, jangan cepat membuat andaian, juga jangan terlalu cepat mengalah dan menjadi kurang bermotivasi. Boleh jadi panel ingin melihat sejauh mana kematangan anda dalam menghadapi situasi menekan. Siapkan diri dengan jawapan bagi soalan jenis ini. Seperti biasa, sediakan skrip jawapan yang baik dan hafal. Adalah lebih baik menjangkakan perkara buruk berlaku dan kita sudah pun bersiap sedia menghadapinya.

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29 (pengetahuan am)

6. Ada masanya, panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda. Kadang-kadang hanya sekadar untuk berbual kosong tetapi dengan tujuan tertentu.

Macamana kalau perkara pertama yang keluar daripada mulut panel selepas anda duduk di kerusi dalam bilik temuduga ialah - 'Siapa menang bola semalam ya?'. Kelu kita jadinya kalau tak tahu.

Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am termasuklah:

  1. Isu politik semasa dalam dan luar negara
  2. Perkembangan sukan
  3. Isu hangat yang sedang heboh diperkatakan
  4. Isu berkaitan pemakanan dan kesihatan
Lagi Tips Penting: Sekiranya soalan politik diajukan adalah mengenai sokongan anda kepada siapa, katakan saja - 'saya menyokong kerajaan sedia ada'.

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29 (soalan jenis teknikal jawatan)

7. Sediakan diri anda untuk menghadapi soalan-soalan berbentuk teknikal yang melibatkan tugas Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29 seperti berikut:

a) Pengetahuan dalam polisi dan prosedur kerja: perkhidmatan sajian makanan, pengurusan perolehan, pengurusan pengesahan dan pengurusan masa.

b) Kawalan sumber: Perlaksanaan inventori dan Mengesan kebarangkalian berlaku kerosakan/kemalangan.

c) Kebolehan mengawal kualiti: menjalankan kajian kualiti/ kepuasan pelanggan, tindakan penambahbaaikan dan tindakan susulan menyelesai masalah/ isu berbangkit .

Penguasaan bahasa Inggeris

8. Selain daripada yang telah diterangkan di atas, satu lagi yang turut tidak kurang pentingnya ialah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Kami hampir pasti temuduga untuk jawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29 ini melibatkan sekurang-kurangnya satu soalan dalam bahasa Inggeris.

Anda pun tahu undang-undangnya, 'panel penemuduga tanya dalam Bahasa Melayu jawab dengan Bahasa Melayu yang amat baik', 'panel penemuduga tanya dalam Bahasa Inggeris jawab dengan Bahasa Inggeris yang fasih'.

Rujukan temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29

9. Bagi mereka yang pertama kali menduduki sesi temuduga untuk sektor awam, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.

Anda amat patut dan mesti memiliki panduan menduduki temuduga di bawah untuk kemudahan anda, ia mengandungi koleksi hampir 250 soalan temuduga dan skema jawapan padu.

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29 tugas


Panduan ini amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29) dan boleh digunakanpakai untuk semua jenis jawatan kerajaan yang dipohon.

Ia sebuah pakej yang anda perlu dapatkan segera kerana lengkap dan mengandungi banyak topik mustahak kepada seorang calon temuduga seperti apakah soalan lazim yang ditanya, apakah pula skema jawapan yang sesuai, cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung, etika pemakaian yang betul dan beberapa topik penting lagi.

Selamat menduduki temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29 daripada kami dan semoga berjaya!

Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!