Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Contoh Soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam Gred WK29; Masih tercari-cari rujukan contoh soalan untuk menduduki temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Temuduga adalah suatu proses terakhir, dimana pihak SPA sendiri yang mengambil tempat untuk menjalankannya.

Temuduga diadakan bertujuan utama untuk menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu jawatan di sektor tertentu.

Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yang dibuat di peringkat peperiksaan dan penilaian kompetensi.
Baca juga : Panduan temuduga Penguasa Kastam WK41
Di antara kriteria yang akan diberi fokus termasuklah sahsiah dan minat terhadap jawatan, kelayakan akademik bersesuaian, keterampilan dan keserasian dengan bidang tugas yang diperlukan.

Seusai urusan temuduga, calon terbaik di kalangan calon berkualiti akan diperakukan untuk lantikan sebagai salah seorang pegawai ideal yang terpilih.

Temuduga Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Kami percaya anda menemui artikel ini adalah daripada kalangan calon yang terpanggil ke sesi temuduga Penolong Penguasa Kastam Gred WK29.

Statistik pengambilan Penolong Penguasa Kastam

Barangkali anda juga sudah tahu benar yang calon dipanggil ke sesi temuduga pada tahun ini adalah seramai 5,857 orang! Manakala jumlah kekosongan jawatan hanyalah sebanyak 30 tempat sahaja. Jadi temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 ini bukanlah sesi yang anda boleh main-main dengannya.

Tindakan-tindakan perlu untuk ke temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Berikut diterangkan secara ringkas tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan sebelum menghadirkan diri ke sesi temuduga ini:

TINDAKAN PERTAMA

Baca dan fahami kandungan surat panggilan temuduga, buat salinan fotokopi dokumen-dokumen diperlukan, dapatkan pengesahan bagi setiap salinan dokumen daripada pihak yang sepatutnya, susun dokumen dan salinan mengikut susunan yang betul di dalam fail holder, simpan di tempat yang selamat dan akhir sekali sediakan resume yang menarik hati penemuduga.

TINDAKAN KEDUA

Kenali dan fahami jawatan yang anda mohon termasuk tugas, jabatan, tangga gaji, sejarah jabatan, misi, visi dan lan-lain. Seterusnya, adakah anda minat dengan jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29?

Sekirnya anda memang tidak meminati jawatan ini, elok jangan pergi temuduga kerana walaupun anda berjaya masalah akan timbul ketika anda bekerja kelak.
Sila semak dan selalu update permohonan SPA8i anda
Akhir sekali, buat perancangan anda kerana sebarang kerja yang dibuat tanpa perancangan terlebih awal berkesudahan dengan kegagalan.

Misalnya, untuk perancangan ke temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 anda perlu mengambilkira 3 perkara utama:

1. Masa yang tinggal sebelum hati temuduga,
2. Tindakan-tindakan penting yang perlu didahulukan, dan
3. Sumber informasi yang perlu diperolehi.

TINDAKAN KETIGA

Langkah yang perlu anda ambil dalam tindakan ketiga ini adalah mandatori. Ia amat-amat penting sebagai persediaan ke temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29.


  • Pertama, jadikan diri orang yang berpengetahuan dengan membaca akhbar, menonton berita, bertanya dan melayari Internet.



  • Kedua, kenali dan fahami diri sendiri apakah anda seorang pendiam, pendai berkomunikasi, bercita-cita tinggi, pandai berlakon, jujur atau berfikiran positif. Kenali diri anda dan perbaiki kelemahan yang ada.



  • Ketiga, ketahui soalan-soalan yang berkemungkinan disoal dengan mengetahui dan memahami bidang kerja Penolong Kastam WK29, peka terhadap isu semasa, menambah pengetahuan am dan rajin bertanya kepada mereka yang ada pengalaman ditemduga.



  • Keempat, tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan membaca buku basic grammar, english newspaper, menonton english movie dan lain-lain teknik.



  • Kelima, amatlh penting bagi calon yang bakal menduduki temuduga Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 untuk menguruskan nota-nota dengan kemas dan teratur.


Jangan sampai kelam-kabut dan jangan sampai tunggang-langgang mencari nota yang diperlukan apabila ia benar-benar diperlukan.

Lima cara menulis nota yang efektif boleh dirujuk dalam panduan lengkap temuduga ini.

TINDAKAN KEEMPAT

Setelah kesemua tindakan di atas anda buat, apa pula kini?


  • Pertama, belajar jadi pelakon yang baik. Tahukah anda dengan membuat ujian/lakonan temuduga akan membantu dalam persediaan menjadi lebih rapi dan bersusun?



  • Kedua, jaga keselamatan dan kesihatan diri diri. Ini penting, kalau anda sakit bagaimana untuk menghadiri sesi temuduga.


Setakat artikel ini ditulis, SPA belum ada ura-ura untuk menjalankan temuduga secara online!


  • Ketiga, ketahui dimana lokasi temuduga anda kerana kita tidak mahu anda sampai sejam lewat daripada waktu temuduga anda.


Kalau anda bercadang menaiki kenderaan, anda perlu membuat kajian tahap kesibukan, tempat letak dan laluan yang akan anda lalui nanti.

Jadual Gaji Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Skim perkhidmatan ini termasuk dalam kumpulan pelaksana, sila rujuk jadual di bawah :

  • GAJI MINIMUM - RM1,498.00
  • GAJI MAKSIMUM - RM5,678.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN - M145.00


Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam WK29

Berikut adalah skop kerja atau bidang tugas hakiki perkhidmatan ini :

  1. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
  2. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
  3. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
  4. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
  5. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
  6. Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Setakat ini, pada kebiasaannya temuduga akan dijalankan oleh minimum 2 orang panel. 1 daripada pihak SPA dan 1 daripada pihak kastam sendiri.

Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang anda beri. Jadi beri jawapan-jawapan padu bagi soalan yang mungkin diajukan.
Bacaan lanjut : 6 contoh jawapan PADU semasa temuduga
Apa yang kami paparkan di bawah hanyalah contoh sahaja. Ia sebagai rujukan.

  1. Apakah kelebihan yang anda miliki berbanding calon temuduga lain?
  2. Jika diterima menjawat jawatan sebagai Penolong Penguasa Kastam WK29, apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada jabatan?
  3. Terangkan tentang tanggungjawab dan skop kerja Penolong Penguasa Kastam WK29 ?
  4. Boleh anda ceritakan secara ringkas prosedur untuk mengimport & mengeksport barangan ?
  5. Pandangan anda apakah langkah yang perlu diambil untuk mencegah aktiviti penyeludupan ?
  6. Jika ditawarkan bekerja di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, adakah anda sanggup ?
  7. Selain dari berbahasa Melayu, apakah bahasa lain yang anda boleh tuturkan?
  8. Anda boleh berbahasa Inggeris. Jadi, jawab soalan berikut dalam bahasa Inggeris. Terangkan fungsi Jabatan Kastam Diraja Malaysia ?
  9. Jabatan Kastam Diraja Malaysia bernaung di bawah kementerian mana?
  10. Siapakah menteri yang menerajui kementerian itu ?
  11. Apa yang anda faham tentang kawasan zon bebas cukai ?
  12. Apa yang anda faham tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)?
  13. Apa itu GST?
  14. Apa itu SST (Sales and Service Tax)
  15. Apa bidang tugas Penolong Penguasa Kastam WK29?
  16. Jenis Cukai di Pungut Kastam?
  17. Visi, Misi dan Fungsi Kastam?
  18. Etika Kastam (Soalan Wajib)


Demikian serba sedikit Panduan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 yang sempat dikongsikan kali ini.

Anda amat disarankan mendapatkan rujukan di bawah bagi menyediakan diri dengan lebih baik dan lengkap lagi - panduan persiapan temuduga edisi 2019.

Sudah ramai yang berjaya mendapat kerja dengan berpandukan rujukan ini. Anda boleh baca banyak tesimoni di sana.

contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam Gred WK29


Akhir sekali, kami doakan kejayaan anda dalam sesi temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!