Tutorial Cara-Cara Menduduki Peperiksaan Online SPA

Tutorial Cara-Cara Menduduki Peperiksaan Online SPA

Senarai penjadualan peperiksaan (PSEE) / ujian psikomterik / pemeriksaan fizikal, pancaindera & kecergasan; serta tutorial cara-cara menduduki peperiksaan online SPA.

Tutorial langkah demi langkah menunjukkan cara menduduki peperiksaan online SPA dengan betul. Video turut disediakan di bawah.

*Nota : tutorial cara-cara menduduki peperiksaan online SPA ini kami ambil dan adaptasi daripada terbitan media pihak SPA pada tahun 2015. Jadi mungkin sudah ada beberapa perkara yang diubah / ditukar SPA dalam peperiksaan online mereka bagi tahun 2019. Ini di luar kawalan dan pengetahuan kami. Harap maklum.

Tutorial Cara-Cara Menduduki Peperiksaan Online SPA


Kami menerima banyak permintaan agar menulis sebuah tutorial atau tunjuk cara bagaimana untuk menduduki peperiksaan online SPA.

Rakyat Malaysia secara umum sudah mengetahui bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bertanggungjawab dalam urusan pengiklanan, penapisan dan pelantikan anggota baru ke dalam perkhidmatan awam kini mengambil inisiatif menjalankan peperiksaan secara atas talian.

Semakan permohonan  pekerjaan melalui SPA boleh dibuat dari masa ke masa melalui portal online SPA8i.

Pengelolaan peperiksaan secara online adalah salah satu langkah menyambut kempen berjimat-cermat yang diperkenalkan oleh kerajaan. Jadi, di sini kami akan menunjukkan cara-cara menduduki peperiksaan online SPA dengan betul.

Satu lagi jenis peperiksaan online yang dijalankan oleh SPA ialah ujian psikometrik. Sekiranya anda dipanggil ke ujian ini, kami cadangkan anda baca penjelasan detil mengenai ujian psikometrik SPA online.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner



Kami kongsikan video di bawah untuk langkah-langkah menduduki peperiksaan online SPA yang lebih jelas.


Sekiranya anda mahu menjimatkan data internet dan lebih suka membaca. Tiada masalah. Anda boleh ikuti tutorial bertulis yang kami sediakan berikut.

Untuk mengelakkan anda daripada keliru,  sila ingat : cara penulisan tutorial di bawah ialah gambar dahulu, kemudian penerangan.

Gambar (atas), penerangan (bawah).



emel panggilan peperiksaan online SPA

Langkah 01:


Pastikan anda dipanggil menduduki peperiksaan online terlebih dahulu. Biasanya SPA akan menghantarkan panggilan menduduki peperiksaan melalui emel. Di dalam emel tersebut mengandungi butiran seperti:

  • Nama Peperiksaan bagi jawatan yang anda dipanggil,
  • No. Angka Giliran,
  • Pautan ke laman peperiksaan online SPA,
  • Tarikh Peperiksaan online diadakan,
  • Seksyen A, B dan C (jika ada)
  • Serta masa mula dan masa tamat peperiksaan online bagi setiap seksyen.

exam online spa

Langkah 02:


Apabila tarikh peperiksaan online tiba, buka pautan (link) yang diberikan SPA di dalam emel panggilan. Anda terlebih dahulu dikehendaki Log Masuk ke dalam sistem peperiksaan online dengan memasukkan Id Pengguna. Apa Id Pengguna anda? Sudah tentu No. Kad Pengenalan. Masukkan No. Kad Pengenalan anda tanpa tanda sengkang (-).

sistem peperiksaan online spa

Langkah 03:


Seterusnya, masukkan Katalaluan. Apa Katalaluan anda? Katalaluan anda ialah No. Angka Giliran yang anda perolehi daripada emel panggilan yang dihantarkan oleh pihak SPA.

peperiksaan online spa psee

Langkah 04:


Selesai memasukkan Id Pengguna dan Katalalauan dalam Langkah 2 dan 3 di atas, klik butang 'Login'.

psee malaysia

Langkah 05:


Anda akan dibawa ke muka laman seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Di sini, anda akan dikehendaki memilih sama ada mengambil peperiksaan online dari Malaysia atau luar Malaysia. Jika anda mengambil peperiksaan online SPA dari dalam negara, sila tanda (tick) 'Malaysia'.

psee spa

Langkah 06:


Kemudian, pilih dari negeri mana anda menduduki peperiksaan online itu.

psee spa8

Langkah 07:


Setelah selesai mengisi maklumat di Langkah 5 dan 6, klik butang 'Hantar'.

exam online spa gov my

Langkah 08:


Anda akan dibawa ke muka laman seperti di atas jika anda masuk beberapa minit lebih awal daripada jadual peperiksaan. Jangan buat apa-apa atau klik apa-apa. Tunggu sahaja.

exam online spa8

Langkah 09:


Secara automatik, laman di atas pula akan terpapar. Biasanya, Seksyen A yang akan dipaparkan dahulu. Di sini, anda sudah mula menjawab soalan.

exam online psee

Langkah 10:


Kita kenali dahulu makna warna-warna yang ada di dalam sistem peperiksaan online SPA ini:


  • Warna putih - soalan BELUM dilihat
  • Warna merah - soalan SEDANG dijawab
  • Warna hijau - soalan TELAH dijawab
  • Warna kuning - soalan sudah dilihat TAPI belum dijawab

Warna-warna ini akan memudahkan anda menyemak soalan-soalan ketika peperiksaan online SPA sedang berlangsung.

peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam

Langkah 11:


Apabila masa tamat, secara automatik satu tetingkap kecil akan terpapar. Anda perlu klik butang 'OK'. Jadi pastikan anda menjawab kesemua soalan sebelum masa peperiksaan tamat. Pastikan kesemua soalan sudah berwarna hijau.

peperiksaan online daya menyelesaikan masalah

Langkah 12:


Selepas butang 'OK' diklik, laman di atas akan terpapar. Biarkan sahaja.

peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (psee)

Langkah 13:


Tidak lama kemudian, paparkan seperti d atas pula akan menyusul. Ini akan berterusan selama 15 minit (kebiasaanya). Ini ialah waktu rehat anda. Bolehlah ke bilik air, minum, berehat, mengulangkaji atau sebagainya. Pastikan anda kembali semula ke depan komputer sebelum 15 minit tamat kerana Seksyen B akan dipaparkan sebentar lagi!

Soalan lazim (FAQ) mengenai sistem peperiksaan online 2019


Bolehkah saya dikecualikan daripada menduduki peperiksaan?

Tidak. Hanya calon Peningkatan Secara Lantikan (PSL) yang diberikan pengecualian daripada mengikuti Peperiksaan Online SPA (PSEE). Lantikan Terus dan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) wajib menduduki peperiksaan.


Bagaimana caranya untuk saya menduduki sesuatu Exam Online SPA8i?

Anda hendaklah mendaftar melalui Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) di pautan http://www.spa.gov.my. Sekiranya terdapat pengambilan bagi jawatan yang dipohon, dan anda memenuhi syarat dan asas tapisan, anda akan dipanggil menduduki peperiksaan yang berkaitan, secara online (dalam talian).


Bilakah sesuatu exam online (spa gov my) diadakan?

Peperiksaan hanya akan diadakan jika terdapat permohonan pengisian jawatan yang mensyaratkan peperiksaan daripada mana-mana kementerian / jabatan kerajaan kepada SPA.


Bolehkah saya menukar tarikh peperiksaan yang telah dijadualkan?

Tidak boleh. Peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam diadakan serentak di seluruh negara. Calon hanya dibenarkan mengambil peperiksaan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan sahaja.


Bagaimanakah saya dipanggil untuk menduduki peperiksaan online SPA?

Anda akan dimaklumkan melalui SMS, emel dan paparan di Portal SPA sahaja.


Adakah saya perlu hadir ke pusat peperiksaan untuk menduduki exam online?

Tidak. Tiada pusat peperiksaan disediakan bagi urusan peperiksaan online. Anda boleh mendudukinya di mana saja lokasi, asalkan ada kemudahan talian internet.


Di manakah saya boleh mendapatkan panduan exam online spa?

Calon yang dipanggil menduduki peperiksaan online boleh mendapatkan panduan mengenai peperiksaan melalui empat cara iaitu:

1) Pautan melalui emel panggilan menduduki peperiksaan
2) Pautan melalui Portal SPA
3) Video ‘Panduan Peperiksaan Online SPA’ yang kami kongsikan di atas.
4) Ruangan "Update semasa peperiksaan online SPA" di bawah ini

Update semasa peperiksaan online SPA

Berikut senarai peperiksaan online yang sedang dan akan dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa);


Tarikh exam online, 25 September 2019

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Semenanjung/Sabah/Sarawak)




Tarikh exam online, 04 Oktober 2019

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Semenanjung/Sabah/Sarawak)

1. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan U29

2. Latihan Penolong pegawai Farmasi U29

3. Latihan Penolong Pegawai Perubatan U29

Untuk lain-lain jawatan separa perubatan, semak panggilan peperiksaan di sini.


Tarikh exam online, 10 - 15 Oktober 2019

Peperiksaan Online memasuki perkhidmatan awam (PSEE)
Ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

1. Pembantu Tadbir N19 (Jabatan Perkhidmatan Awam)


Tarikh exam online, 18 Oktober 2019

Peperiksaan Online memasuki perkhidmatan awam (PSEE)
Ambilan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

1. Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

2. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

Beberapa peringatan penting peperiksaan online:

  • #1. Anda boleh mengambil peperiksaan online ini dimana saja termasuk di rumah, pejabat, taman, kafe siber atau lain-lain. TAPI pastikan kawasan di mana anda berada mempunyai talian Internet yang baik dan laju atau 'line clear' semasa menduduki peperiksaan ini.

  • #2. Jangan sekali-kali Log Keluar atau menekan butang 'Keluar Sistem' di sebelah atas kanan laman peperiksaan ini jika peperiksaan online SPA masih berlangsung.

  • #3. Jangan refresh browser anda sesuka hati.

  • #4. Pada selang waktu rehat (lebih kurang 15 minit itu) sebelum seksyen seterusnya dipaparkan, anda boleh berehat atau buat apa saja. TAPI pastikan komputer tidak dimatikan / 'shut down' atau tidak berada dalam keadaan 'sleep' atau 'hibernate'. Pastikan juga talian internet tidak terputus / terganggu.

  • #5. Pastikan lokasi dimana anda mengambil peperiksaan online ini terhindar daripada sebarang gangguan seperti kebisingan, anak-anak, tempat laluan, cuaca hujan, cuaca panas, terlalu berangin dan lan-lain.

Baca ini - sekiranya anda dipanggil ke ujian psikometrik.

---

P/s: Kami harap perkongsian ini bermanfaat, mohon kongsikan dengan rakan melalui Facebook, Twitter atau lain-lain saluran agar lebih ramai mendapat kebaikannya.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!