Soalan Temuduga Penyelia Asrama N19

contoh soalan temuduga & peperiksaan Penyelia Asrama N19

Contoh Soalan Temuduga Penyelia Asrama N19 ; Tgh cari rujukan Contoh Soalan Temuduga Penyelia Asrama N19? Teruskan bacaan jika jawapan anda ialah ya.

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penyelia Asrama N19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA8 di Portal SPA8i. Permohonan jawatan Penyelia Asrama N19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Panduan Temuduga Penyelia Asrama N19

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah memuktamadkan tarikh temuduga untuk calon yang terpilih ke peringkat temuduga bagi jawatan Penyelia Asrama N19.

Statistik ambilan Penyelia Asrama N19

Menurut statistik yang dikeluarkan, bilangan permohonan yang diterima untuk jawatan Penyelia Asrama N19 adalah sebanyak 281 770 orang manakala jumlah mereka yang dipanggil temuduga (termasuk anda) cuma seramai 1 355 calon sahaja!

Jika anda baru pertama kali tiba ke blog ini, ingin kami beritahu bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang berkongsikan iklan-klan jawatan kosong terkini dari seluruh pelosok negara.

Bukan itu sahaja, kami juga sering berkongsi tips-tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini.

Baca juga : 44 sebab utama GAGAL dalam temuduga

Oleh itu, amat disyorkan agar anda mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di bawah supaya anda tidak ketinggalan update terkini.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner




Kita tidak mahu buang-buang masa, beberapa perkara di bawah adalah amat penting untuk anda ketahui, (sesetengahnya mungkin perlu dihafal) dalam usaha menyediakan diri menghadiri temuduga Penyelia Asrama N19.

Walaupun begitu, ingin diingatkan bahawasanya apa yang dikongsikan di bawah bukanlah tepat 100% sebagaimana yang anda harapkan. Ini kerana, suasana di dalam bilik temuduga adalah unik dan tersendiri untuk setiap indvidu.

Tiada dua orang yang sama dari segi soalan dan pengalaman temuduga walaupun kedua-duanya hadir pada hari yang sama untuk jawatan yang sama di lokasi temuduga yang sama!

Contoh Soalan Temuduga Penyelia Asrama N19

Setelah itu anda sedari, maka berikut dikongsikan beberapa panduan temuduga Penyelia Asrama N19, mudah-mudahan ia berguna kepada anda.

01. Mula-mula sekali, kami nasihatkan anda mengetahui dan menghafal diskripsi tugas seorang Penyelia Asrama N19.

Tips: Seorang Penyelia Asrama N19 bertanggungjawab memastikan asrama pelajar dalam keadaan yang baik, selamat dan selesa untuk dihuni para pelajar.

02. Seterusnya, sila sediakan skrip jawapan untuk memperkenalkan diri anda. Soalan ini adalah dalam kategori lazim.

Maknanya, ia adalah soalan yang wajib diajukan.

Tips: Skrip anda hendaklah ringkas dan padat. Paling baik hanya mengambil masa selama 3-4 minit untuk dituturkan. Sila hafal. Jangan pula anda baca skrip di hadapan panel penemuduga!

03. Bersedia juga dengan soalan 'reverse psychology'. Apakah bendanya tu? Antara contoh soalan temuduga Penyelia Asrama N19 jenis ini ialah - 'Sila ceritakan kelemahan yang ada pada diri anda.'

Tips: Jangan termakan 'umpan' dan menyerah diri dengan menceritakan kelemahan anda. Tetapi beritahu kelemahan yang adalah nilai positif. Misalnya anda tidak tahan melihat orang lain membuat kerja sendirian kecuali anda pasti membantu. Fikirkan lain-lain kelemahan anda yang boleh dipositifkan.

04. Soalan jenis 'situasi bidang tugas' kerap kali diajukan.

Contoh soalan temuduga Penyelia Asrama N19 : Bagaimana memastikan kebersihan, keselamatan dan keselesaan boleh ditingkatkan di asrama?.

05. Soalan berkaitan isu semasa amat-amat popular. Jangan ketinggalan apa-apa berita atau perkembangan terkini yang berlaku di dalam dan luar negara.

Kita tidak tahu isu mana satu yang akan diajukan. Mungkin isu berkaitan sosial, ekonomi, keselamatan, sukan atau lain-lain isu. Jadi bersedialah.

06. Paling penting, ambil tahu dasar-dasar Negara. Sekali lagi dinyatakan, hal ini amat penting! Sila baca dan fahami mengenai:
  1. Dasar Pembangunan Nasional.
  2. Dasar Persyarikatan.
  3. Dasar Penswastaan.
  4. Dasar Pendidikan.
  5. Dasar Pertanian.
  6. Dasar Sains dan Teknologi.
  7. Dasar Perindustrian Negara.
  8. Wawasan 2020.
  9. Dasar-dasar terkini
07. Sila sediakan diri juga dengan soalan-soalan 'berbentuk teknikal' yang menyentuh bidang tugas seorang Penyelia Asrama N19, termasuklah:

a) Asrama: Pengurusan asrama, Peraturan tetap asrama, Kebersihan dan keceriaan asrama.

b) Dewan Makan: Pengurusan hal ehwal makan minum pelatih meliputi premis dewan makan dan aspek kebersihan.

c) Disiplin: Berpengetahuan mengenai Peraturan Tetap Pelajar Institut tertentu (dimana anda ditugaskan kelak).

d) Prinsip Pertolongan Cemas: Kebakaran, Kecederaan, Lain-lain kejadian kecemasan.

e) Pentadbiran: Pengurusan berkaitan aset dan fasiliti, Kerosakan dan penyelenggaraan bangunan dan fasiliti.

f) Hal Ehwal Kebajikan Pelajar: Pengurusan kesihatan pelajar, Pengurusan cuti dan hal-hal kecemasan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

g) Pengambilan Pelajar: Status dan kekosongan bilik, Proses pendaftaran pelajar dan kemasukan asrama

08. Sebagai bacaan tambahan, kami syorkan bahan-bahan di bawah kerana ia amat baik dalam peningkatkan pengetahuan anda sebagai seorang Penyelia Asrama N19:

a) Panduan Pertolongan Cemas – Siri Kegiatan Ko-Kurikulum Penerbit, Bukumust Sdn. Bhd 2002.

b) Buku-buku panduan mengenai penyeliaan asrama / sekolah.

c) Pertolongan Cemas (Prinsip & Amalan)–Penerbit: RescentNews Sdn. Bhd. 2001.

d) Konsep Keselamatan Kebakaran Bangunan – M. David Egan (Terjemahan Bahasa Melayu) UTM.

09. Syor seterusnya, sila tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda. Anda harus bersedia ditemuduga dalam Bahasa Inggeris untuk jawatan Penyelia Asrama N19 ini.

Anda pun tahu peraturannya, 'penemuduga soal dalam BM jawab dalam BM yang amat baik', 'penemuduga soal dalam BI jawab dalam BI yang fasih'.


10. Akhir sekali, jika anda belum pernah menduduki sesi temuduga untuk sektor awam tidak kiralah anjuran pihak SPA atau SPP, tentulah calon belum mengetahui apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.

Anda amat perlu memiliki rujukan menduduki temuduga di bawah untuk rujukan pantas. Ia mengandungi koleksi lebih daripada 250 soalan temuduga sebenar dan skema-skema jawapan.

Ia sebuah pakej lengkap menghadiri temuduga secara am kerana mengandungi banyak topik penting untuk calon-calon temuduga seperti:

  1. - Cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung,
  2. - Apa perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas temuduga,
  3. - Etika pemakaian temuduga untuk jawatan bertaraf sijil, diploma dan ijazah,
  4. - Dan beberapa topik penting lagi.
Rujukan ini amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Penyelia Asrama N19 dan boleh digunapakai untuk semua jenis temuduga bagi jawatan kerajaan yang dipohon dan bakal ditemuduga kelak:

contoh soalan temuduga Penyelia Asrama N19


Selamat menduduki temuduga Penyelia Asrama N19 daripada kami dan semoga berjaya!



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!