Spesifikasi dan Klasifikasi Perkhidmatan Awam Di Malaysia

Spesifikasi dan Klasifikasi Perkhidmatan Awam Di Malaysia

Spesifikasi dan Klasifikasi Perkhidmatan Awam Di Malaysia.


Dalam sistem perkhidmatan awam Malaysia, spesifikasi dan pengklasifikasian sektor awam boleh dipecahkan kepada empat kategori pembahagian utama digunakan yakni:

  1. - Kumpulan Pengurusan dan Profesional,
  2. - Kumpulan Perkhidmatan Sokongan I,
  3. - Kumpulan Perkhidmatan Sokongan II,
  4. - Kumpulan Perkhidmatan Sokongan III.

Baca : Faedah, manfaat dan imbuhan bekerja di sektor awam

Kumpulan Pengurusan dan Profesional


Kumpulan Pengurusan dan Profesional diisi oleh individu yang dilantik SPA dengan kelayakan minimum diperlukan ialah Ijazah Sarjana Muda. Kumpulan ini dikenali dengan Gred 41 dan ke atas.

Pada masa ini, terdapat 91 skim yang diwujudkan di dalam kategori perkhidmatan ini.

Contoh jawatan: Pegawai Kewangan Gred W41, Jurubahasa Serentak Gred N41, Jurugeospatial Gred J41, Akauntan Gred W41, Pegawai Penerangan S41, Pegawai Tadbir dan Diplomatik M44 dan lain-lain.

Kumpulan Perkhidmatan Sokongan I

Kumpulan Perkhidmatan Sokongan I / Kumpulan Sokongan 1, pula diisi oleh individu yang dilantik SPA dengan kelayakan minimum diperlukan iaitu Diploma atau STPM. Kumpulan ini dikenali dengan Gred 29 hingga 38 sahaja.

Pada masa ini, terdapat 79 skim yang diwujudkan di dalam kategori perkhidmatan ini.

Contoh jawatan: Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29, Penolong Pegawai Geosains Gred C29, Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29, Penolong Akauntan Gred W29, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 dan lain-lain.

Kumpulan Perkhidmatan Sokongan II

Kumpulan Perkhidmatan Sokongan II / Kumpulan Sokongan 2, pula diisi oleh individu yang dilantik SPA dengan kelayakan minimum diperlukan ialah SPM. Kumpulan ini dikenali dengan Gred 19 hingga 26 sahaja.

Pada masa ini, terdapat 80 skim yang diwujudkan di dalam kategori perkhidmatan ini.

Contoh jawatan: Juruaudio Visual Gred N19, Juruteknik Perubatan Gred U19, Merinyu Tali Air Gred J19, Pegawai Bomba Gred KB19, Pembantu Akauntan Gred W19, Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 dan lain-lain.

Kumpulan Perkhidmatan Sokongan III

Kumpulan Perkhidmatan Sokongan III / Kumpulan Sokongan 3, pula diisi oleh individu yang dilantik SPA dengan kelayakan minimum diperlukan adalah PMR. Kumpulan ini dikenali dengan Gred 11 hingga 16 sahaja.

Pada masa ini, terdapat 32 skim yang diwujudkan di dalam kategori perkhidmatan ini.

Contoh jawatan: Penghantar Notis Gred N11, Pengawal Keselamatan Gred KP11, Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11, Pembantu Operasi Gred N11 dan lain-lain.

Pengredan mengikut skim dalam sektor awam

Jenis Skim Perkhidmatan di dalam sektor awam biasanya boleh dikenali melalui huruf besar awalan pada gred.

Misalnya, jawatan yang dikelaskan ke dalam skim perkhidmatan 'teknologi maklumat' bermula dengan huruf 'F'.

Untuk lebih jelas, begini: skim jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41, skim jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 dan Juruteknik Komputer FT17.

Senarai skim sektor awam

Berikut senarai skim-skim perkhidmatan yang diwujudkan di dalam sektor awam:

  • A - Pengangkutan
  • B - Bakat dan Seni
  • C - Sains
  • D - Pendidikan
  • E - Ekonomi
  • F - Teknologi Maklumat
  • G - Pertanian
  • J - Kejuruteraan
  • K - Keselamatan
  • L - Perundangan
  • M - Tadbir dan Diplomatik
  • N - Tadbir dan Sokongan
  • P - Pencegahan
  • Q - Penyelidik
  • S - Sosial
  • U - Perubatan dan Kesihatan
  • W - Kewangan
  • X - Maritim

Jika anda meminati kerjaya di sektor awam, permohonan dibuat sepanjang masa melalui sistem bank data dan pada kebanyakan jawatan diuruskan pengambilannya oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan dibuat secara online melalui portal SPA8i.

Tahniah jika anda dipanggil ke temuduga kerja di sektor awam. Suka kami mencadangkan rujukan khas temuduga sektor awam di bawah:

Spesifikasi dan Klasifikasi Sektor Awam Di Malaysia




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!