Panduan Temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 JPJ

Panduan Temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 JPJ; Masih tercari-cari rujukan untuk menduduki temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 JPJ? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 JPJ secara rasmi di sektor awam, pendaftaran boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA8 di Portal SPA8i. Pendaftaran adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Panduan Temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Tatacara memasuki bilik temuduga yang betul

Duduklah dengan tenang di ruang menunggu yang disediakan dan jangan terlalu banyak berborak dengan calon-calon lain. Kami tahu anda seorang yang mesra tapi itu akan menambahkan rasa gementar anda.
Info : Gred asal jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa ialah N27, kemudiannya ditukar oleh SPA kepada KP29.
Apa lagi apabila mendengar bermacam-macam spekulasi berkaitan temuduga atau panel daripada calon lain. Tambah-tambah lagi jika anda dengar latar belakang pendidikan atau pengalaman kerja calon-calon lain.

Setelah nama dipanggil, bolehlah melangkah ke dalam bilik temuduga. Ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk, ketuk 2-3 kali sahaja. Jangan lebih.

Semasa melangkah masuk, pastikan anda berjalan tegak dengan langkah yang kemas.
Jangan berjalan terlalu cepat atau terlalu lambat. Tapi ingat, jangan mendada semasa berjalan (nanti tanggapan pertama penemuduga terjejas terhadap anda).

Ingat, tanggapan pertama penemuduga akan menentukan sama ada anda lulus atau gagal dalam sesi ini.

Tatacara di hadapan panel penemuduga

Sesudah sampai di hadapan para panel penemduga, beri salam atau ucapan selamat yang bersesuaian dan hulurkan tangan anda. Genggam sederhana erat tangan panel penemuduga (salam panel lelaki sahaja jika anda calon lelaki) dan begitu juga sebaliknya.

Ini akan menumbuhkan perasaan mesra antara anda dan para panel. Pandang mata mereka dengan tepat dan senyum. Kemudian, berdiri tegak di sebelah kerusi yang disediakan.

Jika anda sudah diminta duduk barulah duduk dengan tenang dan selesa. Jika belum, jangan sekali-kali duduk!

Tips: Ucaplah terima kasih kerana dibenarkan duduk. Ingat, jangan ubah kedudukan asal kerusi dan jangan bersilang kaki!

Ops.. Tunggu dulu

Sebelum itu, kalau anda baru pertama kali tiba ke blog ini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang rajin berkongsikan iklan-klan jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh pelosok negara.

Di samping itu juga, kami turut sering berkongsi tips-tips mencapai kerjaya impian misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini.
Oleh itu, kami amat-amat mengesyorkan anda agar mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di bawah ini supaya anda tidak ketinggalan setiap kali ada update terkini yang diterbitkan. Ia percuma dan ia terus menerus ke dalam emel anda.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner




Enam panduan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Kini, sesi temuduga sebenar pun bermula.

Walau bagaimana pun, patut kami ingatkan, apa yang disenaraikan di bawah ini bukanlah Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yang sebenar kerana tiada siapa yang tahu apa bakal disoal oleh panel penemuduga kepada anda.

Simpan dalam ingatan, setiap calon ditanyakan soalan berbeza dan situasi yang dilalui juga turut berlainan walaupun anda dan calon lain ditemuduga pada hari yang sama!

Apa yang dikongsikan di sini adalah Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yang lazim ditanya sahaja.

Bahkan ada di antara soalan-soalan ini juga mungkin turut ditanya dalam kebanyakan temuduga untuk pelbagai jawatan lain.

Berikut merupakan enam tips panduan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29:


01. Pertama sekali, sila selidiki kementerian mana anda akan ditempatkan. Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 di bawah ialah bagi ambilan ke KPDNKK.

Sila sediakan jawapan untuk soalan-soalan berkaitan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seperti di bawah:

a) Siapakah Ketua Pengarah KPDNKK sekarang?

b) Sebutkan beberapa agensi yang berada di bawah KPDNKK?

c) Siapakah menteri yang menerajui KPDNKK tersebut ketika ini?

d) Namakan timbalan kepada beliau?

e) Apakah peranan KPDNKK?

f) Sebutkan visi dan misi KPDNKK dan apakah warna rasmi bagi KPDNKK?

g) Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya sebagai sebuah yang mengawal selia perdagangan dan keusahawanan, KPDNKK tertakluk kepada akta / peraturan. Boleh anda terangkan akta / peraturan berkaitan yang anda tahu?

Tips: Sila jangan hadkan diri anda dengan mencari jawapan setakat untuk menjawab soalan (a)-(g) di atas sahaja. Luaskan bacaan dan tingkatkan pengetahuan anda. Sebagai permulaan, kami cadangkan anda memulakan bacaan di Portal KPDNKK. Banyak info penting anda boleh ambil di sana.


2. Tahukah anda, terdapat satu soalan wajib dalam setiap temuduga yang dianjurkan SPA? Apakah soalan istimewa tersebut?

Anda akan diminta memperkenalkan diri! Hanya bentuk soalannya sahaja yang diolah dengan cara yang berbeza orang panel yang berlainan.

Tips: Sila sediakanlah skrip jawapan yang paling bernas (bukan angkat bakul) anda boleh fikirkan mengenai diri anda, tulis skrip tersebut ke dalam sekeping kertas dan hafal. Jangan terlalu panjang dan pastikan jawapan anda lengkap dan padat serta tepat. Jangan menipu, kalau kedapatan buruk padahnya.


3. Seperkara yang sering ditanya adalah berkaitan bidang tugas seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Anda harus faham, bidang tugas jawatan ini berbeza sedikit bergantung di kementerian / jabatan mana anda ditempatkan.

Berikut empat diskripsi tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 berdasarkan penempatan yang sering dipilih oleh SPA:

a) Jika ditempatkan di Kementerian Dalam Negeri

Pegawai adalah dipertanggungjawabkan membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.

b) Jika ditempatkan di Kementerian Pengangkutan

Pegawai adalah dipertanggungjawabkan menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan. Biasanya penempatan memang di JPJ la  kan.


c) Jika ditempatkan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Pegawai adalah dipertanggungjawabkan menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

d) Jika ditempatkan di Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)

Pegawai adalah dipertanggungjawabkan membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

e) Jika ditempatkan di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi

Pegawai adalah dipertanggungjawabkan ke atas siasatan mengenai penyewaan tanah padi yang diwartakan. Menerima aduan dan memberi nasihat kepada tuan tanah/penyewa terhadap masalah-masalah penyewaan tanah padi serta mendakwa tuan tanah/penyewa yang tidak mematuhi Akta Penanam Padi (Akta 43/67).

Tips :  Membawa resume semasa hadir ke temuduga merupakan idea yang sentiasa baik.

4. Satu lagi yang turut tidak kurang mustahak adalah usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Anda harus bersedia ditemuduga dalam Bahasa Inggeris untuk jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ini.

Anda pun tahu peraturannya, 'kalau penemuduga soal dalam BM, maka jawab dalam BM yang amat baik', 'kalau penemuduga soal dalam BI, maka jawab dalam BI yang fasih'. Jadi, mungkin panduan mudah menguasai Bahasa Inggeris dengan cepat dan efektif ini berguna buat anda!


5. Juga menjadi perkara biasa bagi panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda atau ada masanya mereka hanya sekadar ingin berbual kosong tetapi dengan tujuan tertentu.

Macamana kalau perkara pertama yang keluar daripada mulut panel selepas anda duduk ialah - 'Apa pendapat awak tentang strategi yang digunakan oleh jurulatih bola kebangsaan dalam piala Suzuki baru-baru ini?'.

Apa nak jawab kalau tak tahu. Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am termasuklah:

a) isu politik semasa,

b) perkembangan sukan semasa,

c) isu sosial hangat semasa

d) Isu berkaitan dunia perdagangan dalam negeri seperti: rampasan yang dibuat, isu berkaitan peniaga, isu penipuan timbang dan sukat dan lain-lain.

Mengenai pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan (UKJK), sambung bacaan anda di bawah..

Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29


Jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 merupakan salah satu daripada 24 jawatan lain yang disyaratkan oleh pihak SPA menjalani pemeriksaan fizikal dan pancaindera.

InsyaAllah senarai jawatan tersebut akan kami perincikan dalam perkongsian lain nanti.

Pemeriksaan fizikal dan pancaindera menentusahkan bahawa anda memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan kebolehan pancaindera serta tahap kecergasan yang diperlukan.

Syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 JPJ

Ujian pemeriksaan fizikal termasuk BMI

Fizikal zalon akan diperiksa untuk memastikan syarat-syarat berikut dipenuhi :

Sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. Jadi kalau anda agak berisi. Sila jangan makan dahulu sebelum menjalani pemeriksaan.

Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).

Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26

Ujian Vision Acquity

Pemeriksaan pancaindera calon hendaklah menenuhi syarat yang telah ditetapkan, yakni :

Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.

Juga, pengecaman warna (rabun warna) dan pendengaran yang tidak cacat.

Ujian peperiksaan Tubuh

Calon akan diuji dan ditentusahkan sama ada cukup sihat dan cergas.

Latar belakang kesihatan juga akan disemak, sama ada calon pernah menjalai pembedahan sebelum ini atau tidak.

Ujian kawad

Ujian ini paling getir. Calon lulus atau tidak akan ditentukan sebahagian besar adalah melalui ujian ini.

Pemeriksaan akan dilakukan ke atas keadaan lutut dan tangan. Bengkok sedikit pun sudah menjadi satu kekurangan yang ketara.

Ujian kecergasan

Ujian kedua getir. Kenapa? Setelah lepas semua ujian di atas, anda akan diuji tahap kecergasan. Bagi memastikan calon mempunyai fizikal dan mental yang kuat.

Antara ujian kecergasan yang dilakukan adalah :


  • Larian 2.4km dalam 14 minit.
  • Bangun tubi dalam masa 2 minit sebanyak 30 kali.
  • Lari ulang alik 4x10m dalam 11 saat.
  • Lompat jauh berdiri.


Nota : Calon yang berjaya melepasi ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan akan dipanggil ke sesi temuduga.

Tips tambahan :

a) Pada hari ujian calon hendaklah lengkap berpakaian sukan.

b) Bawa bersama kad pengenalan dan surat panggilan pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan.

c) Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji / pemeriksa.

d) Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan lima belas (15) minit sebelum masa pemeriksaan bermula.

Baca ini, jika anda dipanggil ke temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41

Akhir sekali, jika anda belum pernah menduduki sesi temuduga untuk sektor awam, tentulah belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.

Psstt.. kami nak kongsikan satu rahsia

Penemuduga bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai calon lain yang lebih cemerlang keputusannya.

Dalam mana-mana temuduga kerajaan - tidak kira sesi temuduga soal jawab atau pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan.

Penilaian calon lebih kepada nilai integriti, sahsiah, etika, pemakaian, komunikasi dan kesesuaian untuk jawatan berkenaan. Bukan semata-mata akademik!

Sila jangan terlalu bergantung kepada kelayakan akademik anda. Ia memainkakn peranan yang agak kecil sahaja.

Kami amat menyarankan agar anda mempersiapkan diri dengan rujukan tambahan menghadapi sesi temuduga ini.

contoh soalan temuduga penolong pegawai penguatkuasa kp29


Selamat menduduki temuduga atau ujian UKJK bagi Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 daripada kami dan semoga berjaya!



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!