Semakan Temuduga/Peperiksaan (PSEE) Separa Perubatan Sesi Januari 2020

Semakan Temuduga & Exam Online Separa Perubatan

Post ini dipecahkan kepada dua bahagian utama, iaitu :

a) Semakan Keputusan Peperiksaan online (PSEE) Separa Perubatan ambilan Sesi Januari 2020

b) Semakan Panggilan Temuduga Separa Perubatan ambilan Sesi Januari 2020

a) Semakan Keputusan Peperiksaan online (PSEE) Separa Perubatan ambilan Sesi Januari 2020

Berikut adalah hebahan terkini daripada pihak SPA :

MAKLUMAN TERKINI: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
===================

Semakan keputusan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Januari 2020 di Kementerian Kesihatan Malaysia (Semenjanjung)

Bilangan calon yang menduduki peperiksaan : 24,377 orang calon
Bilangan kekosongan jawatan : 625

---------------------

Semakan keputusan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Januari 2020 di Kementerian Kesihatan Malaysia (Sabah)

Bilangan calon yang menduduki peperiksaan : 6,463 orang calon
Bilangan kekosongan jawatan: 140

---------------------

Semakan keputusan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Januari 2020 di Kementerian Kesihatan Malaysia (Sarawak)

Bilangan calon yang menduduki peperiksaan : 4,943 orang calon
Bilangan kekosongan jawatan : 140

---------------------

Pautan Semakan :
---------------------
http://e-semakan.spa.gov.my/ separa-perubatan-ambilan-2020/

Jangan lupa : Menyemak dan mengemaskini permohonan SPA8i anda

Nampaknya keputusan peperiksaan separa perubatan sudah dikeluarkan.

Sudah semak?

Nama anda tersenarai?

Tahniah kami ucapkan kalau begitu!

Selepas ini anda akan menduduki temuduga untuk tapisan akhir sebelum layak mengikuti latihan separa perubatan sesi Januari 2020 (semakan penjadualan temuduga boleh dibuat di bawah).

Sebagai bekalan, suka kami cadangkan simulasi temuduga di bawah. Ia sudah membantu ramai calon temuduga separa perubatan sebelum ini.

Tahun ini giliran anda pula untuk mendapatkan manfaat daripada rujukan ini.

contoh soalan temuduga separa perubatan sesi januari 2020


Jadual pengambilan latihan separa perubatan

Bagi yang layak, calon Paramedic Training atau Latihan Separa Perubatan (bertaraf diploma) akan diberi surat panggilan temuduga. Tapi anda kena lalui dan lulus dahulu peperiksaan online.

Biasanya, temuduga akan dilakukan pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari tahun hadapan. Manakala, temuduga akan dibuat pada April bagi kemasukan sesi Julai.

Senarai jawatan dalam Separa Perubatan

Bagi calon pertama kali, ada yang bertanya - latihan separa perubatan ni apa nama jawatan dia?

Berikut adalah senarai penuh latihan Separa Perubatan bertaraf diploma di bawah bidang kuasa pengambilan SPA :


01. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
02. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
03. Latihan Jururawat
04. Latihan Juruterapi Pergigian
06. Latihan Juruteknologi Pergigian
07. Latihan Juru X-Ray
09. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Ini pula senarai latihan Separa Perubatan bertaraf sijil di bawah bidang kuasa pengambilan SPA :


Alamat Surat Menyurat:

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh ajukan melalui E-mel.

Nombor untuk pertanyaan

Sebarang pertanyaa, sila berhubung terus dengan SPA melalui Hotline : 03-88856000

Unit Separa Perubatan

Unit ini bertanggungjawab dalam ambilan perjawatan separa perubatan. Di bawah ialah nama staf bertugas dan no sambungan :

KPT : Zuraidah binti Shahadan - 6254
PT : Norlisa binti Khairuddin - 6435

Format Peperiksaan Separa Perubatan

Tidak seperti tahun sebelum ini, pada kali ini Peperiksaan Separa Perubatan cuma melibatkan satu seksyen utama sahaja, iaitu :

Seksyen A - Pengetahuan Am

Apa biasanya disoal dalam seksyen A?

Dalam seksyen A, anda akan diuji dengan soalan-soalan berkaitan dengam subjek yang melibatkan skop luas.

Jadi anda seharusnya mengetahui secara umum berkaitan dengan pentadbiran Malaysia, kewangan, hubungan luar, infrastruktur, pengurusan sumber, pembangunan wilayah, aspek keselamatan dan pengurusan teknologi serta jaringan perhubungan.

Selain itu, dalam seksyen A ini juga, calon akan dinilai dari sudut berkaitan kesihatan umum, sains, sosial, budaya dan maklumat perjawatan.

Berikut adalah topik-topik penting yang anda perlu mengulangkaji sebelum anda menduduki peperiksaan online tersebut;

Kesihatan/Perubatan

  • Vaksin Human Papilloma
  • Virus (HPV)
  • Osteoporosis
  • Kardiovascular
  • 1 Malaysia
  • KARISMA
  • Pengiraan BMI
  • Anatomi jantung
  • Virus
  • Suntikan semasa hamil
  • Bahaya dadah
  • Penyakit berjangkit
  • Penyakit komplikasi
  • Tekanan darah
  • Malaria
  • Penyakit kuku, tangan dan mulut
  • Darah tinggi
  • Penyakit bawaan air
  • HIV
  • Fisioterapi
  • Denggi
  • Simptom tangan berair
  • Tekanan darah
  • Jenis ubat – ubatan
  • Strok
  • Diabetis
  • Senaman

Sains

  • Molekul H2O
  • Nutrien makanan

Isu semasa

  • Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC)
  • Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
  • Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
  • Integrasi Nasional
  • Dewan Negara
  • Dewan Rakyat
  • Demokrasi

Berkaitan Perjawatan

  • Institusi latihan separa perubatan
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
  • Nilai Aspirasi 1 Malaysia
  • Jabatan Kerajaan
  • Senarai hospital di bawah kerajaan

Pengetahuan Teknologi

  • Perkakasan komputer
  • Jenayah siber
  • Peralatan ujikaji makanan

Info tambahan : Tutorial cara menduduki peperiksaan online SPA

Contoh Soalan Peperiksaan Online (PSEE) Separa Perubatan


1. Antara berikut, manakah kaedah yang selamat untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam?

I. Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
II.Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
III. Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
IV. Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Jawapan: D


2. Bilakah masa yang sesuai untuk berhenti dari bersenam?

A. Bila anda berasa penat
B. Bila anda sudah bosan
C. Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
D. Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam

Jawapan: C


3. Berikut adalah senarai punca-punca keracunan makanan KECUALI

A. Logam berat contohnya tembaga, plumbum dan raksa.
B. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
C. Bahan kimia contohnya racun rumpai dan racun serangga.
D. Asid askorbik, asid folik, vitamin B12 atau cobalamin.

Jawapan: D


4.Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI

A. Pening
B. Sakit kepala
C. Muntah-muntah
D. Berpeluh/demam

Jawapan: A


5. Bagaimanakah makanan boleh menjadi punca kepada keracunan makanan?

A. Makanan dimasak tidak sedap
B. Makanan dimasak oleh warga asing
C. Makanan tidak dimasak dengan baik
D. Makanan dimasak oleh tukang masak tidak mahir

Jawapan: C


6. Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai piramid makanan

A. Mee, nasi, bijirin, roti dan hasil bijirin dan ubi-ubian adalah makanan yang utama.
B. Mengandungi 5 kumpulan dengan 4 aras termasuk jumlah sajian harian yang dicadangkan.
C. Lemak, minyak, garam dan gula meningkatkan risiko penyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan kanser.
D. 1500 kkal sehari cukup untuk seorang lelaki aktif, wanita yang sangat aktif, remaja lelaki dan wanita serta lelaki yang kurang berat badan.

Jawapan: D


7. Berikut ialah faktor penyumbang kepada kanser serviks KECUALI

A. Strok
B. Merokok
C. Kerap hamil
D. Jangkitan HIV

Jawapan: C


8. Bagaimanakah kencing tikus boleh menjangkiti pada manusia?

I. Dipindahkan menerusi air yang dicemari oleh air kencing binatang dan menyentuh bukaan kulit atau mata.
II. Dijangkiti menerusi air, makanan atau tanah yang dicemari kencing haiwan pembawa.
III. Melalui sentuhan kulit pada binatang yang menjadi pembawa.
IV. Menerusi air kencing binatang secara langsung.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Jawapan: A


9. Dalam proses kejadian manusia, bilakah jantung mula terbentuk?

A. Selepas 1 minggu percantuman ovum dan sperma
B. Selepas 2 minggu percantuman ovum dan sperma
C. Selepas 3 minggu percantuman ovum dan sperma
D. Selepas 4 minggu percantuman ovum dan sperma

Jawapan: D


10. Pneumonia adalah jangkitan kuman pada paru-paru. Bahagian yang dijangkiti ialah

I. Pundi-pundi udara
II. Saluran pernafasan
III. Kerongkong
IV. Tekak

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Jawapan: C


11. Penyebab Sawan demam ialah

A. Perubahan cuaca yang mendadak
B. Apabila suhu badan mencecah 39?C
C. Antibodi di dalam badan lemah akibat virus
D. Perubahan gelombang otak secara mengejut

Jawapan: B


12. Berdasarkan pernyataan di bawah, manakah yang TIDAK BERKAITAN dengan protein?

A. Mengandungi zat contohnya asid amino.
B. Protein kelas pertama banyak diperolehi daripada haiwan.
C. Memanaskan badan apabila berada di persekitaran yang terlalu sejuk.
D. Protein sayuran mengandungi sedikit protein kelas pertama dan protein kelas kedua.

Jawapan: C


13. Apakah salah satu tanda bagi gejala serangan panik?

A. Serangan jantung
B. Kerosakan saraf
C. Pening
D. Buta

Jawapan: C


14. Sekiranya kandungan asid dalam perut masuk semula ke salur esophagus, ia akan mengakibatkan

A. Gastrik
B. Sakit di bahagian perut
C. Sakit di bahagian kerongkong
D. Gastroesophageal Reflux Disease

Jawapan: D


15. Darah tinggi berlaku apabila tekanan darah mencecah

A. 135 mmHg
B. 140 mmHg
C. 145 mmHg
D. 150 mmHg

Jawapan: B

Video tutorial cara duduk peperiksaan SPA

Jika anda belum pernah mengikuti peperiksaan online (PSEE). Anda patut tonton panduan berikut.


Rujukan Peperiksaan Separa Perubatan

Selain daripada apa yang sudah kami kongsikan di atas. Banyak lagi informasi yang perlu anda cari sendiri.

Satu kerja yang banyak, penat dan melelahkan.

Jadi permudahkan hidup anda dengan  rujukan lengkap exam separa perubatan 2019.

contoh soalan peperiksaan online separa perubatan bertaraf diploma


Dihasilkan oleh sekumpulan penulis kerjaya professional dan dipromosikan oleh sekumpulan blogger kerjaya terbaik Malaysia.

Kami amat mengesyorkan kepada anda himpunan nota-nota penting dalam pakej ini.

Pakej exam online separa perubatan mengandungi :


  1. Latih tubi seksyen  A - Pengetahuan Am (lebih kurang 100 soalan & jawapan)
  2. Tip menjawab soalan
  3. Nota-nota Pengetahuan am kesihatan di Malaysia
  4. Info terkini format exam 2019
  5. Lebih kurang 200 helaian

b) Semakan Panggilan Temuduga Separa Perubatan ambilan Sesi Januari 2020


(*Nota - Pautan ini akan dikemaskini kemudian)

Berikut merupakan pautan-pautan Semakan Layak Temuduga Separa Perubatan, Latihan Separa Perubatan bagi ambilan Sesi Januari 2020 untuk calon-calon yang layak dipanggil ke temuduga bagi calon Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Sila masukkan no kad pengenalan di dalam ruangan yang disediakan dan klik butang 'Hantar'.

Latihan Pembantu Kesihatan Awam (Sesi Januari 2020)
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 29 Oktober 2019 - 01 November 2019 ]


Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian (Sesi Januari 2020)
(Calon Sarawak)
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 29 Oktober 2019 - 31 Oktober 2019]


Latihan Pembantu Kesihatan Awam (Sesi Januari 2020)
(Calon Sarawak)
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 28 Oktober 2019 ]


Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian (Sesi Januari 2020)
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 29 Oktober 2019 - 01 November 2019 ]


Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian (Calon Sabah)
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 29 Oktober 2019 - 31 Oktober 2019 ]


Latihan Pembantu Kesihatan Awam (Calon Sabah)
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 1 November 2019 - 4 November 2019 ]



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

1 comment:

  1. bila nama saya dipanggil utk temuduga spa ni??? mohon dipermudahkan dan dipercepatkan

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!