Senarai Tugas Penolong Pegawai Perubatan U29

soalan temududga & PSEE online Penolong Pegawai Perubatan U29 / MA

Contoh soalan temuduga dan contoh soalan peperiksaan PSEE Penolong Pegawai Perubatan U29; Masih tercari-cari rujukan soalan temuduga dan peperiksaan online Penolong Pegawai Perubatan U29? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Sebelum itu, agar anda tidak terkeliru, entri ini dipecahkan kepada tiga topik utama, iaitu :

a) Sejarah kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

b) Temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29

c) PSEE Penolong Pegawai Perubatan U29


a) Sejarah kerjaya Penolong Pegawai Perubatan di Malaysia

Penolong Pegawai Perubatan adalah antara profesion terawal wujud di Malaysia, semenjak 1786 lagi. Kerjaya ini kini menjangkau lebih daripada 230 tahun.

Pada awalnya, jawatan ini dikenali sebagai Apothecaries yang diperkenalkan oleh British Malaya di Pulau Pinang (1823).

Di bawah pemerintahan British Malaya, Apothecaries dikenali juga sebagai Sub-Assistant Surgeon atau Dressar.

Dalam abad ke 19, profesion ini telah melalui beberapa siri transformasi. Peranan jawatan ini berkembang bersesuaian dengan jawatan profesion ini.

Pada tahun 1961 secara rasminya "National Union Of Hospital Assistant" (NUHA) telah didaftarkan di Malaysia.

Evolusi nama jawatan ini;


  1. Dikenali sebagai Pembantu Rumah Sakit (1963),
  2. Pembantu Hospital (1970),
  3. Pembantu Perubatan / Medical Assistant / MA (1985),
  4. Penolong Pegawai Perubatan / Assistant Medical Officer / AMO (mulai 20 Mac 2007).

Penubuhan pusat latihan

Sekolah Latihan Pembantu Hospital telah dibuka secara rasmi di Seremban Negeri Sembilan pada 1971.

Seterusnya, 4 buah sekolah latihan yang lain iaitu di Ulu Kinta, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu.

Sekolah latihan ini kemudiannya dinaik taraf kepada Kolej Pembantu Perubatan pada 1993.


Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner


b) Temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29

Temuduga adalah fasa terakhir sebelum seseorang layak mengikuti latihan separa perubatan bertaraf diploma Penolong Pegawai Perubatan.

Sebelum dipanggil temuduga, anda perlu melalui PSEE atau peperiksaan online separa perubatan (Penolong Pegawai Perubatan).

Baca dengan teliti setiap info yang kami berikan di dalam entri ini.

Ia mengandungi maklumat penting yang anda perlukan semasa menghadapi PSEE dan juga sesi temuduga nanti.

Kalau perlu, sila bookmark page ini untuk kemudahan rujukan anda pada masa hadapan.

Tugas Penolong Pegawai Perubatan U29

Bidang tugas seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 termasuklah memberi penekanan dalam penyediaan perkhidmatan kuratif, promotif, preventif dan rehabilitative pada tahap yang Perubatan bersesuaian dalam program perkhidmatan perubatan dan kesihatan di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perubatan U29:

Berdasarkan kepada skop kerja asas, seorang Penolong Pegawai Perubatan adalah peranan memberikan perkhidmatan primer dan khusus dalam aspek kesihatan berikut:

i. Perkhidmatan Primer

Memberi rawatan primer dan kecemasan di klinik kesihatan, jabatan pesakit luar, wad dan jabatan kecemasan di hospital-hospital.
• Membuat pemeriksaan saringan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan
• Memeriksa, mendiagnos dan merawat penyakit ringan
• Memberi kaunseling/pendidikan kesihatan kepada pesakit atau masyarakat setempat
• Memberi rawatan awal kes-kes kecemasan

ii. Perkhidmatan Khusus

Memberi perkhidmatan di pelbagai jabatan kepakaran dan program-program seperti berikut:

• Penjagaan khusus di unit-unit khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatri, Kardiologi, Pembedahan Am, Bius dan Unit Rawatan Rapi , Urologi, Neurologi dan lain-lain jabatan/unit di hospital

• Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.

Kelayakan mengikuti latihan Penolong Pegawai Perubatan U29

Berikut syarat bagi melayakkan seseorang mengikuti latihan Penolong Pegawai Perubatan U29:

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Lantikan Ke Perkhidmatan Awam

Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan.

Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka,

Syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

  • Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Keutamaan diberi kepada :

  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains / Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

Umur calon untuk mengikuti latihan separa perubatan


Umur Calon untuk mengikuti latihan separa perubatan Penolong Pegawai Perubatan U29 bertaraf Diploma :

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam / Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Jadual gaji Penolong Pegawai Perubatan Gred U29

Mungkin ada yang ingin mengetahui, berapakah gaji seorang Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 setelah dilantik?

Berikut adalah Gaji jadual gaji minimum maksimum gred U29 :

Gaji minimum - RM1,797.00
Gajimaksimum - RM5,753.00
KGT - RM145.00

Itu kadar gaji basic sahaja. Belum termasuk imbuhan dan elaun lain.
*Nota - Ini adalah kadar gaji diterima setelah anda tamat latihan diploma separa perubatan nanti.

Elaun latihan separa perubatan (Penolong Pegawai Perubatan)

Kadar biasiswa yang akan anda terima sepanjang mengikuti latihan adalah sebanyak RM835.57 sebulan.

Di samping elaun-elaun tahunan lain dan elaun pakaian seragam.

Institut Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Anda akan menjalani latihan selama 3 tahun, di institut-institut di bawah KKM berikut :

  • Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
  • Institut Latihan KKM Johor Bahru
  • Institut Latihan KKM Kuching
  • Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
  • Institut Latihan KKM Seremban (Pembantu Perubatan)

Alamat & nombor untuk dihubungi

Sekiranya ada pertanyaan, kemusykilan atau sebarang maklumat berkenaan permohonan boleh menghubungi alamat dan nombor di bawah:

Untuk calon semenanjung :

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas,
Aras 7, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Tel : 03-8885 6254/ 6264/ 6296

Untuk calon Sabah :

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urusetia Cawangan Sabah,
Aras 1, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS/ Sulaiman, Likas,
88450 Kota Kinabalu, SABAH.
Tel : 088-488922

Untuk calon Sarawak :

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urusetia Cawangan Sarawak,
Tingkat 10, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga,
93520 Kuching, SARAWAK.
Tel : 082-240011

Soalan temuduga Penolong Pegawai Perubatan

Contoh soalan yang kami berikan di bawah adalah hasil perkongsian pengalaman daripada calon yang pernah menduduki temuduga jawatan ini, di samping sumber-sumber lain.

Walaupun begitu, sila jangan terlalu bergantung kepada contoh soalan yang kami berikan di bawah. Nasib setiap orang tidak sama. Soalan temuduga setiap orang adalah berbeza.

Ikut suka hati penemuduga yang bertugas nak soal apa.

Saranan kami, perbanyakkan bacaan dan dapatkan rujukan untuk persediaan yang lebih menyeluruh.

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29

1. Kenapa pilih Medical Assistant? Kenapa tak letak Pegawai Persekitaran atau Makmal Perubatan.

2. Awak rasa awak boleh pikul tanggungjawab sebagai MA?

3. Boleh ceritakan latar belakang awak.

4. Boleh terangkan siapa sebenarnya MA, tugas-tugas MA dan bidang kuasa MA?

5. Katakan kalau saya letak awak di pedalaman Sabah, sanggup?

6. Terangkan sedikit mengenai penyakit cacar.

7. Boleh bagitau saya, apakah bidang tugas seorang Penolong Pegawai Perubatan?

8. Pada pendapat kamu, apa yang boleh dikatakan tentang badan sihat?

9. Orang kata, bila bersenam selalu, badan sihat, betul ke begitu?

10. Orang ingat sama, tapi apa beza doktor dengan AMO sebenarnya?

11. Kalau awak dimaki pesakit, apa tindakan awak?

12. Bayangkan pesakit mengamuk tak tentu pasal, jelaskan cara awak menangani situasi tersebut.

Topik rujukan dan ulangkaji temuduga Penolong Pegawai Perubatan

  • Portal Rasmi KKM
  • Cara mencuci tangan
  • Isu jerebu
  • Pakaian seragam Medical Assistant
  • Organ manusia
  • Pelbagai jenis penyakit berjangkit
  • Pola pemakanan
  • Sakit jantung
  • Obesiti
  • Influenza A
  • Talesemia
  • Kencing Manis
  • Batuk Kering
  • HIV/Aids
  • Kanser
  • Demam denggi
  • Hypertensi

Anda dipanggil ke temuduga latihan Penolong Pegawai Perubatan U29?

Bagi mereka yang pertama kali menduduki sesi temuduga, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.

Kami cadangkan panduan menduduki temuduga di bawah untuk kemudahan anda. Ia dikemaskini dan sesuai digunakan pada 2019.

Ia mengandungi puluhan contoh soalan temuduga separa perubatan termasuk jawatan ini. Sila ikuti pautan di bawah :

contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29



Panduan ini adalah umum (tetapi amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29) dan boleh digunakanpakai untuk semua jenis jawatan separa perubatan ambilan kerajaan yang dipohon.

Ia sebuah pakej lengkap kerana mengandungi banyak topik mustahak kepada seorang calon temuduga.

Seperti apakah contoh soalan temuduga separa perubatan yang lazim ditanya, apakah pula skema jawapan yang sesuai, cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung, etika pemakaian yang betul dan beberapa topik penting serta tips temuduga.

Sekarang kita masuk ke bahagian terakhir entri ini iaitu peperiksaan online.


c) Peperiksaan ONLINE (PSEE) Penolong Pegawai Perubatan U29?

Bagi anda yang lain, yang dipanggil ke peperiksaan ONLINE separa perubatan, pasti belum tahu apakah soalan yang bakal dikemukakan.

Bagi yang ingin menyemak semula, sila buat semakan panggilan ke exam online (PSEE) separa perubatan 2019.

Confirm dipanggil? Ok.. Jadi berikut kami sediakan beberapa contoh soalan yang mungkin disoal dalam exam online itu nanti.
Info tambahan, baca juga : Tutorial cara-cara menduduki exam online SPA
Kami mohon, jangan hadkan pembacaan anda, dapatkan sebarapa banyak input-input berkaitan dan rujukan yang anda boleh perolehi.

Contoh soalan Exam Online (PSEE) Assistant Medical Officer (AMO)


1. Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek

A. kualitatif, premature dan preschool
B. kumulatif, pengesanan dan pemberitahuan.
C. kuratif, preventif pencegahan dan pemulihan.
D. kuantitatif, dorongan dan motivasi.


2. AMO memberi rawatan perkhidmatan bantuan kecemasan di pusat-pusat kesihatan termasuk

i. Dispensari Statik dan Bergerak
ii. Jabatan Pesakit Luar Kesihatan Am
iii. Jabatan Kemalangan dan Kecemasan
iv. Jabatan farmaseutikal

A. i, ii, iii
B. i, ii, iv
C. i, iii, iv
D.  i dan iv


3. Anda digalakan melibatkan diri dalam kempen-kempen kesihatan peringkat nasional / negeri seperti

i. Sambutan Hari Kesihatan Sedunia
ii. Hari Kesihatan Mental Sedunia
iii. Hari Wanita Sedunia
iv. Hari Tibi Sedunia

A. i, ii, iii
B. i, ii, iv
C. i, iii, iv
D.  i dan iv


4. Dietary conseling kepada pesakit termasuklah

i. dengue
ii. diabetis
iii. hipertensi
iv. renal failure

A. i, ii, iii
B. ii, iii, iv
C. iii, iv
D. i dan iv


5. Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang manakah adalah SALAH

A. 51 - 100 Sederhana
B. 101 - 200 Tidak Sederhana
C. 201 - 300 Sangat Tidak Sihat
D. 301 - 500 Berbahaya


6. Manakah kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu yang TIDAK BENAR

A. Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
B. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
C. Pening kepala dan muntah-muntah.
D. Mata terasa pedih dan berair.


7. Bilakah anda perlu mencuci tangan?

i. Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
ii. Sebelum dan selepas tidur
iii. Selepas menggunakan tandas
iv. Selepas mengendalikan sisa makanan

A. i, ii, iii
B. ii, iii, iv
C. i, iii, iv
D. i, ii, iv

*Nota - harus anda ingat, soalan di Seksyen A (Pengetahuan Am) dalam exam online selain aspek teknikal (seperti contoh yang kami beri di atas). Juga turut merangkumi aspek kenegaraan. Jadi ambil tahu juga isu semasa, pentadbiran, menteri-menteri, undang-undang, ekonomi dan lain-lain.

Rujukan peperiksaan online separa perubatan

Anda amat disarankan mendapatkan rujukan di bawah.

Pelbagai contoh soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Perubatan ada di dalamnya.

InsyaAllah, ia akan membantu mempermudahkan persiapan anda dalam menghadapi exam pada 4 Oktober 2019 ini.

contoh soalan peperiksaan online (PSEE) Penolong Pegawai Perubatan U29 / MA



Selamat menduduki temuduga atau menjalani peperiksaan online (PSEE) bagi jawatan Penolong Pegawai Perubatan U29 daripada kami dan semoga berjaya!



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!