Soalan Temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29

Soalan Temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29; Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Sains Gred C29 secara rasmi di sektor awam, pendaftaran boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA8 di Portal SPA8i. Pendaftaran adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara maya atau online.

Soalan Temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29


Kali ini, kami kongsikan tips dan panduan temuduga kepada calon-calon yang dipanggil ke temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29. Anda dipanggil? Nampaknya memang rezeki anda menemui blog kami. Syukur.

Kelayakan memohon jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29


Sebelum tu, apakah kelayakan untuk memohon jawatan ni? Boleh apply sekiranya ada kelayakan mana-mana di antara berikut;

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (principal subjek Matematik atau Sains), atau
  • Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal, atau
  • Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi.

Dan..

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia /  Sijil Vokasional Malaysia.

Baca: Panduan Temuduga Pembantu Makmal C19


Soalan lazim temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29

Berikut dikongsikan tiga (3) tips untuk tackle soalan temuduga yang bakal diajukan. Tidak kiralah sama ada anda duduk temuduga panggilan SPA mahu pun UiTM atau UPM atau lain-lain institusi.

Pertama

Kebiasaannya, kami menasihatkan calon agar membaca, mengambil tahu dan menghafal perkara penting berkenaan isu-isu semasa.

Sekarang ni, banyak sangat isu semasa jadi bacalah semua. Ntah isu mana yang akan diajukan kelak.

Kedua

Pengetahuan am atau kenegaraan. Kena baca dan ambil tahu la apa yang patut mengenai Malaysia ni.

Dasar-dasar, peraturan-peraturan, undang-undang, kempen-kempen dan yang sewaktu dengannya. Sebagai contoh, kalau anda disoal apa itu NBOS? NKRA? KPI? Tak ke ternganga kan?

Ketiga

Baca juga lain-lain soalan lazim temuduga jawatan separa perubatan yang kami sediakan untuk anda.

Selain itu, koleksi 250 soalan temuduga kerja kerajaan ini juga amat sesuai untuk menambah persiapan anda.

Baiklah, seterusnya, soalan-soalan temuduga teknikal yang mungkin akan dikemukakan kepada anda..

Soalan Teknikal Temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29


Apa yang kami senaraikan di bawah hanyalah contoh soalan temuduga sahaja.

Ia sekadar panduan, supaya anda mempunyai idea apakah yang mungkin akan ditanya.

Jangan hadkan persediaan anda dan jangan cuba-cuba meneka soalan kerana 'soalan bocor temuduga' memang tidak wujud.


Kenapa nak jadi jawatan ni?
Apa sumbangan yang awak boleh beri sebagai penolong pegawai Sains?
Boleh ceritakan mengenai projek akhir awak?
Jelaskan langkah demi langkah untuk gram staining.
Apa itu aseptic technique?
Tahu apa itu transport medium?
Agaknya apa barang-barang yang perlu ada dalam lab?
Langkah-langkah untuk cuci tangan ada berapa dan apa dia.
Apa pentingnya mencuci tangan?
Sila beri contoh lactose fermentation and non-lactose fermention bacteria.

Persiapan untuk jenis soalan teknikal Penlong Pegawai Sains C29

Untuk lebih selamat, sila sediakan payung sebelum hujan lebat. Maknanya, oleh sebab jawatan ini akan ditugaskan di dalam persekitaran kerja makmal atau lab, sudah pasti banyak soalan yang ada hubungkait dengan lab akan disoal siasat.

Sila buat ulangkaji mengenai  :

1. Rules and regulation dalam makmal

2. Keselamatan di dalam makmal

3. Nutrition and food management (jika ditemuduga untuk fakulti atau jabatan yang ada kaitan dengan makanan dan pemakanan)

4. Lain-lain aspek kebersihan pengurusan makanan dan makmal.

Pada akhirnya..

Namun pada akhirnya, ia tetap terpulang kepada rezeki masing-masing. Rezeki dapat soalan  yang macamana dan rezeki dapat kerja or not.

Walaupun begitu, adalah tidak molek andai kita tidak berusaha bersungguh-sungguh sebelum berserah kepada takdir.

Memang jauh lebih baik, kalau kita cuba persiapkan diri sebaik mungkin sebelum pergi ke sesi temuduga.

Antara rujukan terbaik yang boleh kami cadangkan adalah rujukan temuduga bestseller yang telah membantu ramai melepasi fasa temuduga dalam usaha mendapatkan pekerjaan ini ;

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Sains C29




Download eBook 44 faktor kegagalan dalam temuduga kerja



Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Sains Gred C29


Manalah tahu kan. Tetiba encik penemuduga bertanyabegini :

Apakah skop kerja atau bidang tugas seorang Penolong Pegawai Sains C29?

Tak terkezut kalau tak bersedia.

Jawab macam yang kami cadangkan di bawah :

" Saya sebagai seorang Penolong Pegawai Sains Gred C29 berkewajipan membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear, merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus, mengawas rekod pembelian peralatan saintifik, membantu aktiviti berkaitan perhubungan awam yang bersangkut-paut dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear. "

Baru power!

Jadual gaji Penolong Pegawai Sains C29

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Pegawai Sains C29;

Gaji minimum - RM1,505.00
Gaji maksimum - RM5,696.00
KGT - RM145.00

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Pegawai Sains layak terima.

Baca: Panduan temuduga Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi N19


Kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29


Bagi anda yang sekarang sedang berkhidmat dalam sektor kerajaan sebagai Pembantu Makmal Gred C19, peluang naik pangkat sebagai Penolong Pegawai Sains Gred C29 tetap terbuka luas.

Apa yang penting, anda memenuhi syarat berikut;

1. Telah disahkan dalam perkhidmatan

2. Memperolehi STPM atau Diploma dalam bidang sains / teknologi makmal / kimia industri / mikrobiologi, atau

3. Lulus Peperiksaan Khas


Dan memenuhi had umur;

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sekian dulu untuk kali ini. Bagi yang lain, yang terlibat dalam temuduga bagi jawatan pembantu akauntan W19, anda boleh baca perkongsian kami sebelum ini mengenai soalan temuduga Pembantu Akauntan Gred W19.

Semoga bermanfaat.



Jangan ketinggalan mendapatkan tips-tips terbaru dan panduan temuduga bagi pelbagai jawatan kerajaan daripada kami. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!