Ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19

Ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19


Selain jawatan Pembantu Awam Gred H11, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19.

Ujian psikometrik ini anda kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19.

Bagi yang sudah dipanggil temuduga, sila baca - Panduan temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Sebagai calon yang memohon Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19, sudah pasti anda maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 termasuk di dalam kategori pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu).

Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja, basic-nya adalah RM1,352.00. Paling best ialah - itu belum termasuk elaun-elaun lain yang anda layak dan bakal terima.

Saya tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan kerana anda sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik. Maknanya anda memenuhi syarat la tu.

Baca juga - Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11

Tips menjawab soalan psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19


Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik. Semoga berkongsian kali ini membantu sedikit sebanyak persiapan anda menghadapai ujian online yang akan anda duduki kelak.

Ujian Psikometrik Online Pembantu Setiausaha Pejabat

Pilih lokasi menjawab ujian psikometrik yang betul


Oleh kerana ujian ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.

Pesan kami - pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:


  • bising
  • panas
  • laluan orang
  • liputan internet kurang baik


Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang anda terjejas.

Jangan lupa baca kisah Ali dan Ujian Psikometrik. Banyak isi tersirat yang boleh dijadikan panduan di dalamnya.

Selami sikap baik anda


Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman anda. Bunyi macam takda apa kan?

Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19, anda dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.

Ingat kenyatan kami seterusnya ini. Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.

Nampak? Anda dah mula keliru kan.

Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi.

Tidak seperti peperiksaan online yang lain, anda perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.

Bagi ujian psikometrik, ia semua bukan persoalan yang utama. Persoalan terletak pada perangkap 'kekeliruan nilai'.

Awasi personaliti dan keperibadian anda. Kerana - kebiasaan anda, tabiat anda, perangai anda amat mempengaruhi apa yang bakal anda jawab sewaktu ujian psikometrik ini.

Mari saya berikan satu contoh supaya anda faham apa yang saya maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.

Saya selalu didenda sewaktu di sekolah menengah.

Jawab YA atau TIDAK.

So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya anda boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.

SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan anda.

Takut tak? Haha..

OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.

Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.

Nampak di situ!

Nak lagi contoh soalan, jawapan dan nota ujian yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.

Ketekalan dalam menjawab secara baik


Saya percaya anda sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.

Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!

Jika anda lihat dengan lebih teliti, soalan ujian psikomtertik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.

Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!

Hal ini memang mereka sengajakan.

Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.

Bagaimana perangkap ini boleh berkesan? Jawapannya ialah pada masa ujian yang terhad.

Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan 'menembak' jawapan yang difikirkan betul.

Ada antara 'tembakan' ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!

Jadi ketekalan anda hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur.

Berita yang paling tidak baik ialah perangkap ujian psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.

Untuk penerangan yang panjang lebar serta padu mengenai ujian psikometrik ini. Anda boleh baca artikel bertajuk ujian psikometrik SPA- kemasukan ke dalam perkhidmatan awam.

Dalam artikel tersebut semua mengenai ujian ini disentuh, termasuklah definisi, sejarah, format, sukatan ujian, contoh soalan matematik dan lain-lain.

Bagaimana meningkatkan ketekalan semasa menjawab ujian?

Bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik?

Jawapan pendek - buat latih tubi.

Jawapan panjang - dapatkan rujukan khas untuk ujian psikomterik. Dan kenapa kami cadangkan? Ini kerana ia dilengkapi dengan:

✓ Tips jawab soalan psikometrik
✓ Contoh soalan psikometrik
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik

Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada. Jadi dapatkan segera sebelum jualan ditutup.

Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.

Ya.. betul sekarang anda bukan calon Pembantu Setiausaha Pejabat N19.

Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran anda akan dapat panggilan ke ujian ini (walaupun anda memohon jawatan lain).

Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti. Hahah.. baru ko tau!

Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!